Tuesday, January 31, 2012

.mengerti.

bismillah
thummal hamdulillah

Allah bagi apa yang sesuai dengan kemampuan kita kan?
sebab Allah tahu setakat mana tahap kita nak terima satu ujian tu

apa yang Dia atur, 
semuanya memang superb dan terbaik punya
cuma kita yang banyak mengeluh
tak pandai bersyukur
dan tak cuba memanipulasikan setiap ujian dan keadaan yang Dia 'hadiahkan' itu 
dengan sebaik-baiknya

huh.
kena sebenar-benarnya yakin dengan janji Allah 
jika kita tolong agama Dia,
inshaallah Dia akan tolong kita
tak kira masa
tak kira keadaan
kat mana-mana saja
malah
tanpa segan silu
Dia memang dah tolong kita banyaaaakkk kan selama ini!

Alhamdulillah

sungguh
Dia tahu apa yang kita tak tahu
yang orang lain tak tahu
sebab
Dia Maha Mengetahui setiap satu kenapa ia terjadi
dan Dia memang sedia tahu
apa yang terbaik untuk kita sebenarnya

jadi
senyumlah
sebab Dia lebih mengerti!

Monday, January 30, 2012

.tanya.

kisah lama yang ingin diceritakan kembali ;)

pilihan raya kampus yang sungguh osem!
yeah,
sepanjang hampir 4 tahun berkampung di bumi wakafan ini
inilah pertama-tama kalinya saya merasakan satu suasana yang sangat-sangat berbeza
ya.
sungguh berbeza
suasana prk yang sangat panassss dan mantoppp

video
kredit to adhwa untuk video ini ;)

Islam itu datang dalam keadaan dagang, dan kembali dalam keadaan dagang juga

kalau bukan kita yang mahu memperjuangkan Islam,
siapa lagi?

tanya sama pokok
apa sebab goncang
jawab pokok
angin yang goyang

tanya sama angin kenapa tiup terbang
jawab angin
Allah yang utuskan

dan kita
tepuk dada sendiri, tanya Iman

ya
kalau bukan saya, siapa lagi mahu berjuang?

Friday, January 13, 2012

.osem.

entri kali ini macam rentetan dari post lepas pula
ada yang datang menyinggah bertanya
dan tak lupa juga pesanan ringkas dari adik sayang, cik ex


"apa sebenarnya yang telah berlaku?..."


**


setiap manusia
punyai kelebihan
miliki kekuatan
ada kelemahan
dan juga kekurangan


dan kekadang ujian dan dugaan yang dikurniankan oleh Allah ta'ala itu,
meliputi kekurangan dan kelemahan
berbanding kekuatan dan kelebihan


kerana apa?
kerana itulah hikmah 


Allah timpakan sesuatu dugaan dan ujian itu,
agar sudut yang lemah menjadi kuat
yang kurang menjadi sempurna


kerana ujian dan dugaan itulah yang mematangkan jiwa
dan akal kita dalam menjalani kehidupan dunia


Subhanallah..
sweet kan Allah?
;)


suka sangat-sangat
the moment bila kita tengah recite a surah dalam solat kita,
and out of sudden air mata mengalir laju
tik..tik..
dan pada masa tu, 
all i wanna do is to go straight to sujuud and let out everything to him!


rasa puas kan?
menangis, menangis dan terus menangis
sehingga akan terbit satu kepuasan dan kita akan kata;


"...macam dah bagitahu semua pada Dia.."


huh.
entah kenapa dua tiga hari ini,
mood saya swing-swing berkarat gitu
otak sangat berselirat serabut bagai


sungguh,
Allah uji saya sebab Allah sayang
Allah sayang sebab Allah itu Maha Penyayang
sayangnya Allah, takk terbayaaangg!
osem kan?
(osem: read awesome)


by the way 
my pretty heart,
it is my duty to inform you that my nervous system becomes overwrought when you allow myself to fell hurt by every small thing that happens.


stop it. now.


sincere,
your brain


p/s: untuk kamu dan kamu yang sedang membacanya, saya baek-baek sahaja! ^_^

Wednesday, January 11, 2012

.random.

ya.
ada sesetengah benda
tak kira sekuat mana kita usaha, kita nak
dan cuba dapatkan
tak kan mampu juga untuk kita miliki

kerana
bukan itu yang tertulis dalam rencanaNya
kerana
bukan itu yang Dia kehendaki
dan 
bukan sengaja Allah tak nak bagi
tapi, 
ada sebabnya
ada sebabnya Allah tak permudahkan
percayalah.
mesti ada sebab.

"And it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know."
(2:216)


**

too many things stuck inside my mind lately
TT_TT"

tak semua perkara boleh dikongsi
tak semua benda boleh diluah
tak semua benda boleh dicerita
sebab ada sesetengah perkara yang perlu dihadapi dan ditelan sendiri

"sometimes i keep my feelings to myself because it's hard for someone else to undertand.." 
menangis sendiri*

diluah takut membuka aib
dicerita takut dijaja kelak

dengan manusia
lidah kelu walau hati ingin sangat berbicara
hinggakan
tiada kata yang mampu menzahirkan segala rasa

denganNya
bibir kaku, tiada kata mampu terucap
yakin sekali,
kerana Dia sudah mengerti

hanya doa terzahir;
"Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini"

**

sungguh
Allah-lah sebaik-baik pengatur
hikmah pasti ada di setiap hujung lorong ujian

"the moment we understand Allah's decision is always in our best interest,
everything will start to make sense.."

cuma manusia yang kurang sabar;
belum sampai ke hujung jalan, pantas saja mahu patah pulang
sudahnya, bagaimana mahu sampai kepada hikmah yang dijanjikan?

**

bersangka baiklah dengan Allah
sebab
He knows what's the best for you,
and He will always give you the best!

Alhamdulillah
moga-moga inilah pilihan yang terbaik untuk saya
senyum ;)

Wednesday, January 4, 2012

.smartphone.

syukurlah!
kita tidak perlu bersusah payah seperti mereka untuk ke sekolah


ayuh
tanamkan azam baru, betulkan niat, pasang cita-cita 
dan tentukan semula matlamat kita hidup
ingat tanggungjawab dan tujuan asal kita dihidupkan di muka bumi!

perjalanan masih jauh
banyak lagi yang masih belum selesai
bila hidup sudah diinfakkan untuk Islam,
manfaatkanlah segala-apa-yang-ada dengan sebaiknya

berusahalah

dan ya,
amalkan apa yang kita tahu dalam kehidupan

jika tidak,ilmu itu ibarat Smartphone yang dibeli mahal - tapi hanya diguna untuk main game

dalam erti kata lain, ilmu yang tidak diamal - tidak berguna


btw eeffah,
people will change
and please do change to be a better person!
;)

Tuesday, January 3, 2012

.permata.

sungguh Ya Allah
mereka permata hati saya
dunia dan akhirat


umi 2 jan 1965
abah 3 jan 1960

banyak sekali yang ingin ku pinta darimu Ya Allah untuk dirinya
tapi cukuplah..

"Engkau pelihara dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil-kecil dahulu..." 


from the bottom of my heart
truly say
i love you both fillah. lillah

.cogitation.


pertama
.of 365 days.

sekejap rasanya tahun 2011 berlalu pergi 
a lot of things happened that sometimes we cannot remember them well
so many ups and downs
all the bitter and sweet in life
huh. macam semalam je rasa semuanya berlalu pergi T_T


walau apa pun berlaku, 
alhamdulillah
Allah masih pinjamkan; saya dan kamu nyawa untuk terus hidup di bumi ini
moga-moga dengan pinjaman umur yang sudah tinggal tak-seberapa-panjangnya lagi ini
mampu dimanfaatkan oleh kita dengan sebaik-baiknya
dan 
may we be blessed with an abundance of love and joy for the next 365 days :)


"If Allah knows (any) good in your hearts, He will give you (something) better than what was taken from you."
[8:70]



there's still a long journey to go
so Iman, pray hard, work hard


ke dua
.result.


Alhamdulillah
keputusan semester 4 telah pun selamat keluar
itulah yang Allah berikan, yang terbaik
Allah jawab doa dengan memberi yang terbaik
maka, bersyukurlah ;)


semoga Allah tambah dan tingkatkan lagi keputusan
selepas semua usaha yang telah dibuat dan tawakkal yang disandarkan kepada dia