Saya nak cerita pasal double hari ni.
Bukan single, bukan juga triple.
Tapi double = gandaan, atau dua
Orang selalu keliru dengan nama saya
Mungkin timbul ‘kepelikkan’ agaknya
Yela, mana x nya…
Saya ada double huruf pada nama double kali
Nampak macam tamak pula, sebab bolot dua-dua, kan?
;P
Saya ada dua E dan dua F
Tapi A dan H satu je ya..
Macam ni : EEFFAH
Equations rekaan sendirian berhad:
Bila E ada dua,
Bila F ada dua,
Maka A dan H hanya akan ada satu
Hehehe~
(Sori ya cikgu math. Saya memang x pandai nak buat persamaan neh!)
Bila dah tahu hukum equations tu,
Maka bilamana kita tinggalkan salah satu daripada huruf double-double itu,
(oh! Ayat terbelit-belit sudah..)
X dapatlah nak eja nama saya dengan betul
Wink! ^_^
Saya pernah ditanya,
“kenapa nama awak ada dua double ek?
Shhh..
Ni rahsia kita je ye…
Dan ini adalah cerita asal daripada umi
“Ayah yang namakan kakak. Waktu umi balik dari hospital tu, tup-tup naik je atas rumah, ayah terus kata: “kita namakan dia عفّه ”)”
Ayah (read: panggilan kepada atok sebelah emak)
Tapi kenapa mesti dieja dua E dan F?
Saya ada dua E sebab nak samakan dengan huruf ع pada huruf arab
Ayah kata:
xkan nak letak ‘epostrafi’ (`) pulak pada huruf E tu
Macam ini `E
F pula diduakan sebab nak meraikan tanda ّ (syiddah) yang ada pada huruf fa
Macam ini فّ
Jadi, sebab itulah saya dinamakan EEFFAH
Yang membawa maksud pemaaf
Dan ada juga sesetengah terjemahan yang membawa erti maruah
Keseluruhannya, nama saya adalah NURUL EEFFAH BINTI AWANG
= Cahaya yang pemaaf lagi bermaruah
(saya ambil dua-dua maksud nama ;P)
Alhamdulillah.
Semoga nama yang ditaklifkan ini sejahtera dengan diri, sifat dan sikap saya.
Amin.
Ummm..memang banyak kan orang nama macam saya?
Ada yang dieja Iffah, Effah, Eefah dan macam-macam lagi
(Dan ejaan-ejaan di atas seringkali “disalah-tulis” pada sijil atau apa-apa saja tentang saya)
tapi, saya yakin.. x ramai yang ada ejaan nama macam saya
Sebab saya dua E dan dua F
siapa tahu, mungkin saya seorang sahaja kan?
bunyi mungkin sama, tapi ejaan lain-lain
Oh ya!
Bukan saya seorang je yang ada double huruf pada nama.
Walau apapun, berbanggalah dengan nama yang diberikan oleh ibu bapa kepada kita
Nama itu adalah sesungguhnya yang terbaik buat kita
Sebab, nama itulah yang akan kita bawa sepanjang hidup ni..
(Melainkan ada orang yang tukar nama dia)
Saya pernah terbaca satu artikel tentang motivasi hidup
yang mengatakan bahawa nama kita menggambarkan diri kita sendiri, cara hidup kita, sifat perangai kita, cara kita berfikir serta apa yang orang lain fikir tentang kita dan sebagainya
semuanya adalah kerana nama adalah identiti dan nilai diri kita sendiri
saya suka ini
Kamu akan di seru Hari Qiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama kamu.
juga yang ini. tentang hak kita sebagai seorang anak
Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah lalu bertanya :
Apakah hak anakku ini, jawab Baginda : Berilah nama yang baik kepadanya, ajarlah ia akhlak yang baik dan letakkanlah dia di tempat yang baik.
oh! berangan pula saya(sambil senyum-senyum) sebab tengah fikir apa nama anak yang sesuai bila dah bina baitul muslim nanti
ketuk kepala sendiri baru tahu*
ishk..nakal betul =)