Monday, August 29, 2011

.T.


kepada semua yang mengenali diri ini;

selamat kembali kepada fitrah!
kullu 'am wa antum bikhoir

daripada:
eeffah dan keluarga

Saturday, August 27, 2011

.28.

Bulan Ramadhan, inilah sebaik-baik bulan.

Jika kita tak diampunkan oleh Allah di bulan ini, bila lagi?
Jika kita tak mendapat rahmat Allah di bulan ini, bila lagi?
Jika kita tak mendapat kebebasan api neraka Allah di bulan ini, bila lagi?
Jika tahun ini kita tak berpeluang mendapat Lailatul Qadr, ada tak peluang lagi?

*dipinjam dari sini

allahu robbi
sedar tak sedar
ramadhan bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi
sekejap sahaja kan?
27 hari sudah pun berakhir
dan kini hanya berbaki lebih kurang 3 hari sahaja lagi

allahu robbi
aku terfikir sendirian, 
memuhasabah diriku, 
apakah amalan-amalan yang telah aku lakukan sepanjang Ramadan ini? 
adakah aku telah bersungguh-sungguh dalam mengejar Lailatul Qadar, 
malam yang lebih baik daripada seribu bulan, 
ataukan aku telah menghabiskan malam-malamku di tempat peraduan? 
apakah telah aku telah cukup ikhlas dalam mengerjakan amal ibadahku selama ini? 
dan yang paling aku risaukan, 
apakah Allah telah menerima amalan-amalanku, 
ataukah ianya hanya akan dicampakkan kembali ke mukaku di akhirat nanti? 
nau’dzubillahi minzalik

allahu robbi
masih banyak yang perlu aku perbaiki, 
dan masih banyak bimbingan yang aku perlukan
aku berharap agar Allah masih memberikan aku peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang, 
supaya aku dapat terus meningkatkan darjat iman dan taqwaku di sisi Allah swt
Ameen..

sekadar renungan untuk aku, kamu
andai ini ramadhan terakhir

wahai dikau…renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu…sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal…terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu
sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian…adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu…kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai…
sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh, minda, dan qalbu…
bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil…
menangisi kecurangan janji

“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku… kuserahkan
hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih…berqiamullail…bertahajjud…
mengadu…merintih…meminta belas kasih

“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi…aku juga
tidak sanggup untuk ke neraka-MU”
oleh itu duhai Ilahi…
kasihanilah daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman
duhai Ilahi….
 
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi…
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


“Taqabbalallahu minna wa minkum”
 Semoga Allah menerima amalan kamu dan amalan kami

Friday, August 19, 2011

.formula.

bismillah
thummal hamdulillah

apa khabar iman?
apa khabar puasa?
bagaimana pula tadarus, sihat?
moga-moga ibadah puasa kita pada tahun ini jaaaaaaaauuuh lebih baik dari puasa sebelum-sebelumnya 
ameen..

hari ini mahu 'tepek' satu ilmu baru
tips yg nak dikongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran 
memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran yang kita baca

jom sama-sama kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. 

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

menarikkan?
;)

***

inshaAllah jika dipanjangkan umur esok
kita akan mula 'masuk' ke zon sepuluh ramadhan terakhir
satu zon, daerah yang sangat-sangat dinantikan kita
di mana Allah janjikan di sepuluh malam terakhir ini
akan ada satu malam
bilamana ibadah pada malamnya itu, akan lebih baik dari seribu bulan

Subahanallah..
hebatkan Allah?
Dia sangat-sangat sayangkan kita
sebab 
Dia hadiahkan kita satu malam 'khas' bagi umat nabi Muhammad untuk menggandakan nilai dan kualiti ibadah kita hingga menyamai ibadah 1000 bulan!

semalam dalam Semanis Kurma ada menyebut;
"alangkah ruginya manusia itu jika tak merebut-rebut peluang untuk 'berpesta ibadah' di bulan puasa ini, terutamanya di sepuluh malam terakhir. rebutlah, lipat gandakanlah ibadah kita, moga-moga kita tergolong dalam tetamu lalilatul qadrNya.."

jadi kawan-kawan,
marilah kita sama-sama 'check' kembali amal ibadah kita sepanjang 19 hari lepas
ok ke tak ok?
lagi ok,
kalau kita makin 'pecut' di sepuluh terakhir ni kan?

so,
on your mark, get set, GO!

Friday, August 12, 2011

.persepsi.

alhamdulillah
tika ni, 12 ogos 2011 bersamaan 12 ramadhan 1432H
jam 8.25 pagi

Allah masih bagi kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa
dan bermula semalam, 
sedar tak sedar kita sudah masuk ke fasa 2
sekejap je kan?

bagaimana dengan amal kita sebelum-sebelum ini?
sudah mencapai pada tahap tertinggi kah?
*sob..sob..kena tepuk dada tanya iman sendiri dulu..

takut..
seandainya puasa 11 hari sebelum ini hanya sia-sia
alangkah ruginya kita

“Berapa ramai orang yang berpuasa, mereka tidak mendapat apa-apa daripada puasa mereka kecuali lapar dan dahaga.”

inshaAllah hari ini mahu berkongsi dua persepsi
yang mana saya kira mula wujud dalam diri manusia hari ini

golongan satu

orang yang hanya puasa adat
puasa yang tiada penghayatan
bila orang puasa, dia pun puasa,
tak makan, minum
bila orang bertarawikh, dia pun datang masjid sama

"yay!...ada lagi kurang 28 hari nak raya! x sabarnyaaaaaa...."

"sempat x eh nak buat kuih raya? nak pergi shopping kat jalan tar lagi..."

"bila nak habis puasa nih? lambatnya nak tunggu sebulan..."

atau mungkin,
kita berada dalam... 

golongan ke dua

orang Islam yang benar-benar faham madrasah Ramadan
pastinya mereka tidak melepaskan ia pergi begitu saja
setiap kali berpeluang menyambut Ramadan mereka pasti menjadi orang paling gembira bagi menyucikan rohani dan jasmani

"allahu rabbi, ramadhan sudah 12 hari berlalu. bagaimana agaknya puasa dan amal aku?"

"x sabarnya nak rebut sepuluh malam terakhir. moga-moga aku terpilih menjadi tetamu lailatul qadr Dia.."

"semoga dengan tarbiyyah ramadhan ini akan berijazahkan TAQWA untuk aku...amin..."

huh, kena ketuk kepala sendiri dulu
mana kedudukan iman saya sekarang?
sebabnya,

“Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadan”
 
memang rugi sangat-sangat kalau nikmat dan kesempatan ramadhan yang kita dapat kali ini,
kita tak isi mampat-mampat 
dengan amal ibadah ikhlas lagi berganda 
kita tak hiasi indah-indah
dengan qiam sujud syukur pada Pencipta

semuanya itu kita mesti rebut cepat-cepat
dengan menggunakan kudrat dan daya usaha superb yang Allah kurniakan..
bimbang sangat-sangat
takut seandainya
Allah tak temukan lagi ramadhan akan datang kepada kita
nauzubillah...

Ramadan itu taman
Taman untuk merawat diri
Daripada luka parah noda duniawi
Agar bekal taqwa dapat dicari

Sehebat-hebat Ramadan
Tuhan Ramadan lebih Maha Hebat
Mengapa hanya beribadat tika Ramadan?
Kita bukan hamba bulan ini

Allah matlamat kita
Dunia ini perjalanan sementara
Ramadan itu pemudah cara
Agar Taqwa dapat dibawa 

kena banyak-banyak doa,
kamu dan saya
moga-moga kita dalam golongan "T" sebagaimana yang disebutkan oleh Allah
amin!
=)

Friday, August 5, 2011

.megasale.

*post yang kesekian lamanya selepas hampir sebulan deactivate ^^

bismillah
alhamdulillah
thummal hamdulillah

hari ini dah mula menginjak masuk madrasah ramadhan hari ke 5
bulan 'megasale' dan promosi berganda-ganda dari Allah
bila mana amalan sunat dikira fardhu
dan fardhu digandakan 70 kali kebajikan pahala
subhanallah
wah, kena segera rebut tawaran hebat ni!
sangat keciwa dan rugilah jika ramadhan yang penuh barakah ini tak diisi dengan perkara-perkara baik kan?

“Ramadhan has come to you - a blessed month. Allah has made it obligatory on you to fast in it. During this month, the gates of Paradise are opened, the gates of the Hellfire are closed and the evil devils are chained. To Allah belongs a night in it, which is better than a thousand months. Whosoever is prevented from its good, then he has been deprived.”
— The Messenger of Allah صلى الله عليه وسلم narrated Abu Hurairah رضي الله عنه

so,
my dear me
let the birth of new moon
mark the start of happier life
;) 

Allahumma innaka `afuwwun tuhibbul `afwa fa`fu `annee
‘O Allah! You are forgiving, and you love forgiveness. So forgive me.’