Tuesday, September 25, 2012

.sebab.

sebab saya manusia biasa
saya tak kuat untuk berdepan dengan semua perkara

sebab saya manusia biasa
saya bimbang kalau apa yang saya lakukan hanya untuk manusia sahaja

sebab saya manusia biasa 
saya kadang-kadang tewas dalam membezakan mana satu yang lebih utama

sebab saya manusia biasa 
saya perlu berusaha jadi yang luar biasa

dan disebabkan saya manusia biasa
yang cuba nak jadi luar biasa
saya janganlah bersikap biasa-biasa sahaja

sebab manusia luar biasa
dia akan kerja lebih dari apa yang diberi padanya

sebab manusia luar biasa
setiap waktu yang dia ada akan jadi sangat bermakna

sebab manusia luar biasa
pandangan dia mesti dari kaca mata yang berbeza

sebab manusia luar biasa
hidup dia mesti dipenuhkan dengan perkara yang tak sia-sia

sebab manusia luar biasa
mesti urus diri dan jaga masa dengan sebaiknya

sebab manusia luar biasa
makin dia sibuk, makin dia kena dekat Penciptanya

**
i like nonsense,
it wakes up the brain cells
;)

Monday, September 24, 2012

.aib.

Subhanallah
Maha Suci Allah dari sifat kelemahan yang lain

Subhanaka Allahumma wa bihamdika 
Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau 
Allahumma Ighfirli
wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku
Innaka Antat-Tauwwabur Rahim
Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang

sungguh,
saya sungguh malu
teramat malu
malu sekali dengan Allah

kita dipandang hebat selagi mana Allah tutup keaiban kita kan?
bagaimana pula jika sebaliknya
T'___T'

ighfirli Ya Allah..
ighfirli Ya Rahman..
ighfirli Ya Rahim..

Allah tegur saya dengan cara yang sangat halus
sangat-sangat halus sampai betul-betul tembak hati saya
kali pertama melalui mesej yang tak-sengaja-dibaca oleh seorang sahabat
kali ke dua sedikit dahsyat sebab terkantoi terus
dan tipulah kalau saya langsung tak terkesan dengan tembakan bozuka yang confirm-confirm direct dari Allah tu!

mungkin selama ni Allah jaga dan tutup aib saya
dan once bila Dia buka
terus buat saya jatuh terduduk
tak mampu nak kata apa lagi

Allahu robbi...
sungguh saya sangat malu dengan Allah
dan sebab saya manusia biasa juga
saya malu kalau manusia lain di sekeliling saya tahu pasal aib diri saya yang sangat hina ni
saya sangat malu :(

saya sangat mohon 
mohon agar Allah masih simpan dan tutup aib saya di depan sahabat-sahabat
cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ni
saya perlukan kekuatan
saya butuh doa
saya MESTI berubah
inshaallah ini adalah turning point yang Allah nak hadiahkan untuk saya
hikmah atas semua dan segala yang berlaku selama ini

Ya Allah tutuplah aib dan cela kami, Dan ubahlah rasa takut kami menjadi rasa aman damai, Peliharalah kami dari depan dan dari belakang kami, Dari Kanan dan dari kiri kami, Dan dari atas kami dan dari bawah kami, Dan kami berlindung di bawah kemahaagunganMu, Dari malapetaka yang ditimpakan kepada kami, Dari arah bawah kami, Ya Allah ampunilah kesalahan kami, ketidaktahuan kami, Dan sikap berlebih lebihan kami dalam urusan kami, Dan hal hal yang engkau lebih tahu dari kami

saya yang perlu qawiyy untuk berdepan dengan semua ini,
eeffah

Sunday, September 23, 2012

.3K.

'keoooosemmmmness'
orang biasa versus orang luar biasa

3K orang biasa
kuliah. kelas. kafe
rutin harian yang jarang-jarang sekali berubah

3K orang luar biasa
komitmen. kesempitan. keluar

komitmen
sibuknya sebab disibukkan dengan tanggungjawab yang luar dari silibus student's life nya
antara komitmen yang zahir dan tidak dizahirkan

kesempitan
tak cukup masa
tak cukup duit
sebab orang biasa boleh pegi hang-out jalan-jalan alamanda
duduk goyang kaki kat bilik sambil buat esaimen
atau membuta 
dan orang luar biasa pula
biidznillah masa dan duit elaun dia dah laburkan kat jalan-jalan dakwah yang dah dipilih

keluar
kejap pergi sini
kejap lagi pergi sana pulak
dalam bahasa mudahnya..memang tak selalu di bilik lah!

yeah, kita tak sama
antara orang biasa dan orang luar biasa

kita dah dipilih untuk jadi orang luar biasa
kita dah jadi orang luar biasa
jadi, kita mesti buktikan keluarbiasaan kita tuh!

buktikan melalui akademik kita
buktikan melalui akhlaq kita
tutur kata kita dan semuanya laahhhh
inshaallah bila kita dah pilih jalan luar biasa ni
ada keberkatannya dalam 3K kita
walaupun kadang-kadang tipulah kalau kita kata kita tak jeles dengan 3K orang biasa
kan? ;)

tak ramai yang nak pilih jalan luar biasa ni sebab mereka tahu jalan ni jauh... panjang...
hargailah nikmat yang Allah bagi bukan kepada semua orang ni
panjang... jauh.. tapi ganjaran yang dijanjikan tersangatlah osemmmmm
hoyeah!

allahumma ya muqallibal qulub
thabbit qulubana ala dinik

insan biasa yang cuba jadi luar biasa,
eeffah

Friday, September 7, 2012

.traveller.


Live 
in this life 
as a 
traveller

Ne baisse pas les bras, et ne perd pas espoir

Don’t give up and never lose hope




Monday, September 3, 2012

.permusafiran.

bismillah
thummal hamdulillah

Allah.. 
lama sungguh dah tak berblogging.. 
(*if blogging means personal journal with reflections to you) 
sungguh,
i've always wanted to write, 
but i just couldn't find the right time to do so :)
dan Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan sekejap ni untuk menulis, koreksi diri

lewat petang semalam baru sampai dari Terengganu
balik untuk mengisi hati dan berjaulah di rumah sahabat-sahabat
penat pun masih lagi segar terasa ;)

walaupun masih lagi berbaki tiga minggu berpraktikum dengan observe yang boleh-jadi-pada-bila-bila-masa
penat yang hanya sedikit cuma dan kekangan masa yang memang tak kan henti mengejar saya
sangat-sangat dirasakan bahawa pulang ke sana semula (walaupun baru je minggu lepas seminggu pulang beraya) 
sangat dirasakan bahawa bukan sekadar pulang seperti lazimnya
malah lagi luar biasa dirasai pengalamannya...

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
indah sekali permusafiran yang Allah hadiahkan ini
pengisian indah
jaulah indah
ukhwah indah
dan semuanya lahhh.. 
sangat-sangat indaaaaahhh 
suwiittt sangat-sangat akak-akak dan adik-adik osem! \(^_^)/

benar bila Dia kata
bila kita lapangkan masa dan korbankan tenaga kita untuk Dia, 
Dia akan mudahkan semula kerja kita
Dia akan bantu kita
ramai orang berkorban
bukan saya seorang je yang berkorban masa nak buat persiapan praktikum (kononnya lah!)
tapi, adik-adik pun sama..
assignments, nak buat itu, buat ini dan semuanya laahhhh..

sama juga bila Dia 'hilangkan' atau ambil kembali satu benda milik Dia
inshaAllah Dia akan gantikan semula dengan sesuatu yang lebih baik,
malah lagii baik dari apa yang kita ada sebelum ini
banyakkan bersabar, doa
mohon Allah kuatkan hati
sabar yang pertama lagi baik lagi sabar yang ke dua kan? 

huh. memang short and quick post lah
i've to stop now. 
kereta dah siap  ;)
(tengah tunggu servis kereta sebenarnya)