perubahan memerlukan
pengorbanan yang besar.
keberanian yang amat.
sokongan yang kuat.
istiqamah.
ya, itu yang lebih penting!
istiqamah.
teringat perbualan saya dengan salah seorg adik usrah
(adik ke? kami sama umur..tapi dy panggil saya akak- huhuhu~)
"akak, saya nak berubah. tapi..malu. ilmu agama x ada"
"akak leh tolong ajar saya mengaji?"
saya diam.sekejap.
cuba memikirkan kebenaran kata-katanya.
cukupkah dengan ilmu yang ada di dada ini untuk mengajarnya?
mampukah saya membantunya dalam mendalami ilmu agama
Ya Allah..
aku hamba yang lemah
aku memerlukan bimbinganMu lagi
Ya Allah
aku hamba yang hina
aku dambakan kasih dan sayangmu
saya masih berkira-kira dengannya.
namun..
"awk cuba la slow-slow.datang masjid lu.dengar tazkirah... banyak bertanya."
"ilmu agama ni..xleh belajar sorg2. kena berguru. klu x sesat"
ya!itulah kebenarannya.
saya masih lagi dalam proses belajar.
mentarbiyyah diri menjadi seorang bakal guru yang berjaya.
bukan sahaja di dunia.
yang lebih penting...di akhirat sana.
"sesungguhnya setiap amal perbuatan kita..walau sekecil biji sawi sekalipun akan dihitung amal baik dan buruknya"
Ya Allah..
moga aku istiqamah di jalanMu
No comments:
Post a Comment
inspiring words