Friday, September 4, 2009

.puasa.

wiwiwi~
lamenye x post entri kat cni
since puasa, seingt saya..baru sekali sy post kat cni
huhuhu..xkan la blog pun nak puasa same.

alhamdulillah..hari ni da nak masuk hari ke 15 ramadan. sedar x sedar.. da hampir separuh kita berpuasa. syukur kerana Allah masih bagi kesempatan dan peluang utk saya berpuasa ag sehingga hari ini..- merebut peluang ganjaran dan bonus ramadan yang amat tinggi nilainya.

sepanjang ramadan ini, saya cuba memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya. teringat lak satu tazkirah yang seringkali terngiang-ngiang di telinga saya:
"ibadat sunat, pada bulan puasa ni... ganjarannya seperti kita mengerjakan perkara wajib"

masyaAllah. itulah tanda betapa Allah amat sayangkan hamba-hambaNya. tapi, kenapa hati dan diri yang masih lalai ini seringkali hanyut melayan nafsu untuk tidak merebut peluang keemasan ini. peluang ini hanya datang sekali je dalam kalendar Islam. bershoppinglah dengan peluang yang terbentang luasnya dengan sungguh-sungguh. ikhlaskan niat kerana Allah. insyaAllah.. Allah pasti memberi balasan yang baik.

tengah hari tadi gak, saya sempat meluangkan sedikit masa untuk mendengar tazkirah yang dianjurkan oleh ppismp sem 6. teringat kata2 ustazah engku:
"apa yang kita lakukan pada bulan puasa ni..semuanya telah kita "plan" sejak 11 bulan yang lalu ag. bulan ramadan tetap sama dengan bulan2 yang lain. apa yang istemewanya cumalah bulan ini penuh dengan keberkatan berbanding bulan2 lain. jika kita malas dalam mengerjakan amalan dlm bulan ini.. itu semua adalah nafsu. nafsu yang kita didik n ternak sejak 11 bulan lalu. dalam bulan ini a.k.a madrasah ramadan ini, kita sebenarnya sedang mengumpul bekal untuk 11 bulan yang berikutnya. kita akan gunakannya sedikit demi sedikit sehingga kita bertemu lagi dalam ramadan berikutnya"

allahu akbar!
jauhnya saya untuk mencapainya..
belum cukup lagi bekalan yang hendak dibawa untuk menghadapNya
andai saya dijemput sebelum tiba ramadan seterusnya
alangkah ruginya jika saya x memanfaat kan ramadaan yang pada kali ini

ramadan ini
belum tentu saya dapat menghadapinya
hingga ke hari terakhir
mungkin
esok, lusa
saya akan kembali padanya

Ya Allah
aku masih lalai dalam mengerja perintahMu
mengikut sunnahnya
bantulah aku Ya Allah
aku pohon padamu
Engkau terimalah segala amalan aku selama ini
Engkau panjangkanlah umurku
untuk aku terus menghambakan diriku padaMu
mengerjakan segala amanah dan suruhanMu
Engkau dekatlah hatiku padaMu
supaya aku sentiasa merinduimu
Engkau pautkanlah hatiku pada jalanMu
agar aku tidak tersasar dari landasan syariatmu

namun,
jika mati adalah terbaik bagiku
matikanlah aku dalam keadaan iman dan islam

aku takut Ya Allah
aku takut Ya Allah

saya pernah terfikir...
bagaimana sekiranya Allah tidak menerima segala amalan saya?
di manakah Dia akan tempatkan saya?
YA ALLAH...
aku mendambakan keampunanMu Ya Allah
terimalah aku yang hina lagi kerdil ini

mungkin aku terleka
lupa sementara
aku hanya membuat kebaikan dan amal hanya untuk pandangan mata manusia
pandanganMu bagaimana?
masyaAllah...
aku malu denganMU Ya Allah...

semoga dengan 15 ramadan yang berikutnya ini, aku akan lebih dekatkan diriku padaMU
bantulah aku Ya Allah
aku rindukanMU..

No comments:

Post a Comment

inspiring words