"ustaz rahmat meninggal.."
cerita ni benar2 meruntun perasaan saya, terkesan
walaupun dialek pertuturannya dalam indon..namun itu langsung tidak mematahkan semangat saya untuk memahami setiap butir bicaranya
perjalanan hidup seorang hamba dalam mengabdikan diri sebagai hamba kepada Penciptanya bermula apabila kita membuat "baiah" kepada Allah di alam sebelum ini yang dipanggil alam roh
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi(tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini,"
~ Al-A'raf:172 ~
tugas sebagai daie itu bukan sesutau yang mudah
ia satu tugas yang mulia dan amat tinggi nilainya di sisi Allah swt
saya pernah terdengar satu potongan hadis sewaktu menghadiri usrah
(sila betulkan jika salah)
"Barangsiapa yang mengucap Lailaha illah allah, muhammad rasul Allah, dia adalah daie"
Allahu Akbar!
kita semua adalah daie di jalan Allah
hampir saban hari kita melafazkannya walaupun antara sedar atau tidak
tanggapan sesetengah golongan sekular yang cuba memisahkan agama dan kehidupan
yang mana suka berada di stand
"hal2 agama hanya untuk orang agama"
adalah salah sama sekali
sebaliknya, semua orang bertanggungjawab dalam menyampaikan dakwah itu
walaupun secara formal atau tidak
"ballighu anni walau ayat"
sampaikanlah walupun satu ayat(hadis Rasulullah)
Ya Allah..
kerdilnya hambamu ini..
aku terlalu pengecut dalam menyebarkan seruanMU
agamaMU, suruhanMU,laranganMU
Kau ampunilah dosaku Ya Allah
saya teringat pada lirik lagu nasyid firmanNYA
lagu ini benar2 menyentuh hati
subhanallah..Allah telah mengurniakan ilham yang tinggi kepada beliau untuk berkarya
sama2 kita hayati liriknya
video x dapat di downlod
asif~~
FirmanNYA.....
dan sekiranya engkau melihat orang berdosa
menundukkan kepalanya sambil meratap
kini ku lihat
kini ku dengar
kini yakin kembalikan aku semula ke dunia
benarlah firman al-quran di dalam surah as-sajadah ayat yang kedua belas
kini aku lihat
kini aku dengar
kini aku yakin
apa boleh buat
sesal tak berguna
dulu asyik leka
cuma ku pohonkan
keampunanMU...
tak guna
biarpun air mata darah dan nanah kau curahkan
semua tak guna
sengsara
pedihnya azab yang diterima lantaran tingkah kita
yang lagho
benarlah firmanNYA , benarlah firmanNYA
jangan asyik terleka dengan tipu daya dek mainan dunia
jangan lupa arah kiblat luangkan masa berzikir kepadaNYA
hubungan sesama manusia dijalin kerana keredhaanNYA
jadilah insan yang suka memberikan kebaikan sesama insan
membuang
duri di jalanan
tampak mudah
namun sukar dilakukan
mengajak
beramal kebaikan
perlukan kekuatan iman
bukan mudah untuk masuk ke syurga
bukan pentingkan diri sendiri sahaja
jiran tetangga perlu diingatkan sama
agar dia tidak mendakwa disana
jangan kecewa jangan berputus asa
perlu bersabar walau sering dicerca
dia tak faham kita cuba fahamkan
dengan penuh kasih sayangkan umat
Nabi tunjukkan
hei manusia usahlah terleka
dunia cuma mainan sahaja
bagai bayang yang pasti menghilang
lenyap
sesungguhnya yang benar
beriman pada KAMI
jika diingatkan
segera bersujud bertasbih puji ALLAH nan Esa
kini aku lihat
kini aku dengar
kini aku yakin
apa boleh buat
sesal tak berguna
dulu asyik leka
cuma ku pohonkan
keampunanMU
Ya ALLAH
ampunilah segala dosaku bak buih yang terapung dilautan
sengsara
pedih azab ku terima lantaran dosa yang tidak ENGKAU maafkan
andainya boleh ku pulang ke dunia
ingin ku ucapkan sepatah subhanallah
tapi tak mungkin kini ku di alam lain
lautan air mata darah tak berguna
ALLAHHU Rabbi
pandanglah amalku
walau sekadar duri yang ku alihkan
itu yang mampu terlaksana olehku
dengan tahap iman serendah itu
ampuni aku..
ampuni aku...
ampuni aku....
ampuni aku.....
No comments:
Post a Comment
inspiring words