Sunday, January 31, 2010

.kalau.

diri seringkali mengeluh
penat. xsempat. xcukup masa
kerap kali juga berkata 'kalau' di setiap kekesalan
Ya Allah..
lupakah aku pada pesan Rasulullah s.a.w
:

"..sekiranya engkau ditimpa musibah, maka JANGANLAH engkau berkata: sekiranya aku lakukan ini, maka inilah yang akan berlaku. akan tetapi, katakanlah apa yang menimpa aku adalah qadar Allah dan Dia berhak melakukan apa yang dikehendaki. sesungguhnya 'kalau' boleh membuka amalan syaitan"
(riwayat muslim)

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk mendapat ketenangan.
biarpun ia hanyalah ketenangan yang sementara.
namun apa yang ku harapkan adalah satu ketenangan yang hakiki!


jangan mudah mengeluh duhai diri!
tabah. cekal. istiqamah. dan yang penting niat. ikhlas

"sesungguhnya Allah begitu dekat kepada orang yang sabar dan sentiasa mendekatkan diri denganNYA"

Tuesday, January 26, 2010

.sujud.


Sejenak ..
ku imbasi kembali
Erti pelayaran usiaku
Ke timur ke barat
Dunia akhirat
Segalanya ..

Di tengah hangatnya kejahilan
Membakar hangus keimanan
Dan aku hanyut
Tiada berpaut
Layu sudah pedoman diriku

Kini bersendiri
Ku meniti hari
Ke kanan ke kiri
Ku menilai kembali
Jalan ku lalui
Dosa yang telah pergi
Walau tanpa ku sedari
Air mata membasahi

Kurasakan terbuka
Kunci pintu hatiku
Timbullah ketenangan di jiwa yang keliru
Terurai kekusutan
Dan membaralah cinta
Milik-Mu Yang Esa
Selamanya...
Pada-Mu selamanya..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

dalam sujud ku temuiMU

Ya Rabb… begitu indah pertemuan denganmu, ketidaksempurnaan diri ini begitu terasa saat aku bersujud, bersimpuh memohon redhaMu. Hamba yang lemah dan hina ini datang menemuimu… biarkan apa yang melekat tubuh dinilai oleh siapapun yang melihat, namun hati ini jangan kau biarkan siapapun mengambilnya dariMu.
Hati ini hanya milikMu...

amin

.permanent.

mungkin sudah tertulis di atas sana
saya akan memegang amanah ini juga

A.K.A.D.E.M.I.K!

xpernah terlintas di fikiran untuk menjawat tanggungjawab ini
tapi,
sejauh mana hebatnya perancangan manusia itu,
perancangan Allah adalah sebaik-baiknya..
kerana,

"tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
Al-Baqarah:216

*******************************************************

'Rabbi Yassir wa la tu'assir. Rabbi tamim bil khair'

O Allah, make it easy, and do not make it difficult. O Allah, make it end well

Saturday, January 23, 2010

.bond.

gambar ini diambil sewaktu menjayakan program motivasi di
SRA al-Amin, Puchong

persahabatan dengan dasar ikhlas kerana Allah bagaikan pohon menjulang tinggi ke langit dan akarnya menghunjam ke bumi, tumbuh di hati-hati yang suci, disirami dengan ilmu, indah dan mans dengan kejujuran dan ketulusan, menjadi besar dengan husnudzan (bersangka baik), buahnya disediakan mimbar-mimbar dari cahaya di hari kiamat untuk mereka,
apakah kita siap untuk berteduh di bawah naungan pohon tersebut dan melaksanakan hak-hak persahabatan?

Allah Taala berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. Maka damaikanlah di antara keduannya yang bersaudara. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, moga kamu di kalangan orang yang memperolehi rahmat”
al-Hujarat (49)

currently missing,

it is not how close or far we are today,
its how much we value each other

for me,
you are heaven's gift
a special one i would always remember
^^

ya Rab,
lindungi ikatan ini dari fitnah dunia akhirat.
rahmati tali mahabbah ini.
moga kan terus kekal hingga bertemuMu..
amin~

Thursday, January 21, 2010

.email.

entri ni adalah sekadar perkongsiaan
email daripada seorang sahabat
yg seringkali mengingatkan diri ini
di saat aku lalai dan lupa akanNYA..

*******************************************************************

tika tahajjud datang mengejutku,
aku tersedar...
dan terus aku bertemu Dia......
aku rindukanNya...
rindu padaNya tak dapat dibendung lagi...
kasih padaNya yang sebenarnya Maha Pengasih...

Ya Rahman...
ku korbankan masa tidur yang tidak seberapa untuk bertemuNya yang Maha Penyayang...
Ya Rahim...
di saat insan-insan lain yang dibuai keenakan malam, aku terus menatap kekasihku yang Maha Pencinta...
Ya Wadud...
Dia kekasihku yang Maha Agung...
Ya A'dzim...
yang tidak pernah sedikit pun membiarkan aku lemah longlai....
yang tidak pernah membebankanku walaupun aku berjuta kali melupakanNya...

"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya" [Al-Baqarah: 286]

walaupun dulu diri ini pernah mengalpakanNya,
melakukan maksiat terang-terangan dihadapanNya,
membelakangkanNya dalam pelbagai hal....
hanyut dengan kenikmatan dunia yang 1...
aku lupa akan nikmatMu yang 99 lagi....

"sesungguhnya Allah Yang Maha Gagah (Ya Jabbar Ya Qahhar) lagi Maha Tinggi (Ya Majid) mempunyai 100 rahmat, dan 1 daripada bahagian rahmatNya itulah yang diberikan kepada makhluknya di dunia, manakala baki 99 rahmatNya yang lain adalah untuk hari akhirat iaitu kepada hamba-hambaNya yang beriman"
[HR Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah]

kini ku tahu,
Kau-lah sebenar-benar kekasihku
kerana Kau menyedarkanku bahawa tiada yang lebih-lebih utama dariMu...
kerana Kau tetap menerimaku
walaupun bermacam-macam hal yang telah aku lakukan...
Kau masih memberikanku ruang dan peluang untuk bersamaMu
walaupun Kau punya hak untuk menghancurkanku,
membiarkan aku terus hanyut leka dibuai kenikmatan dunia yang sementara ini...

sesungguhnya Kau-lah Yang Maha Memberi Perlindungan...
Ya Muhaimin...

termanggu aku seketika tatkala terkenangkan masa silamku...
Kau mampu untuk menarik nyawaku ketika aku tenggelam dan hanyut dalam duniaku...
namun kau membiarkan ku terus hidup menghirup udara ciptaanMu
sehinggakan berpeluang untuk memohon ampun dariMu Yang Maha Pengampun..
Ya Ghaffar...
sesungguhnya itulah bukti cintaMu terhadapku...

Ya Allah Pemilik cinta, kasih dan rinduku...
ampunkan dosaku....
dosaku yang menggunung tinggi...
namun ku tahu keampunanMu adalah lebih dari sehamparan lautan yang luas.....

sesungguhnya,
Munajat taubat sebagai kunci syurga-Mu....

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Rabbku,
Kesalahan telah menutupku dengan pakaian kehinaan
Perpisahan dengan-Mu telah membungkusku dengan jubah kerendahan
Besarnya dosaku telah mematikan hatiku
Hidupkan aku dengan ampunan-Mu
Wahai Cita dan Dambaanku
Wahai Ingin dan Harapanku

Demi keagungan-Mu
Tidak kudapatkan pengampunan dosaku selain-Mu
Tidak kulihat penyembuhan lukaku selain-Mu
Aku pasrah berserah pada-Mu
Aku tunduk bersimpuh pada-Mu

Jika Kau usir aku dari pintu-Mu
kepada siapa lagi aku bernaung
Jika Kau tolak aku dari sisi-Mu
kepada siapa lagi aku berlindung
Celaka sudah diriku
lantaran aib dan celaku
Malang benar aku
kerana kejijikan dan kejahatanku

Aku bermohon pada-Mu
Wahai Pengampun dosa yang besar
Wahai Penyembuh tulang yang patah
Anugerahkan padaku penghancur dosa
Tutuplah untukku pembongkar cela
Jangan lewatkan aku, di hari Kiamat, dari sejuknya ampunan maghfirah- Mu
Jangan tinggalkan aku dari indahnya maaf dan penghapusan-Mu

Ilahi,
naungi dosa-dosaku dengan awan rahmat-Mu
curahi cela-celaku dengan hujan kasih-Mu

Ilahi,
Kepada siapa lagi hamba yang lari kecuali pada Mawlanya
Adakah selain Dia yang melindunginya dari murka-Nya

Ilahi,
Sekiranya sesal atas dosa itu taubat
Sungguh, demi keagungan-Mu, aku ini orang yang menyesal
Sekiranya istighfar itu penghapus dosa
Sungguh, kepada-Mu aku ini beristighfar

Ilahi,
dengan kudrat-Mu ampuni aku
dengan kasih-Mu maafkan aku
dengan ilmu-Mu sayangi aku

Ilahi,
Engkaulah yang membuka pintu menuju maaf-Mu kepada hamba-hamba-Mu
Kau namai itu taubat
Engkau berfirman: "Bertaubatlah taubat yang nashuha! [At-Tahrim:8]

Wahai Yang Menjawab pengaduan orang yang berduka
Wahai Pelepas derita
Wahai Penabur kurnia
Wahai Yang Maha Mengetahui rahsia
Wahai Yang Paling Indah dalam menutup cela
Aku memohon pertolongan dengan kurnia dan kebaikan-Mu
Aku bertawassul dengan kemuliaan dan kasih-Mu
Perkenankan doaku, jangan kecewakan harapanku
Terimalah taubatku, hapuskan kesalahanku dengan kurnia dan rahmat-Mu
Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.....

tatkala alunan "nasuha" oleh mestica berdendangan...
ku terus mencurahkan titisan air mata meratapi dosa-dosa yang lalu...
pintaku moga dosa-dosa itu terus lenyap seperti terbangan debu dengan keizinanMu
Ya Allah...
Ya Rabbi...
Ya Ilahi...

PadaMu ku serah segala
Harta sepenuh jiwa raga
Hanya Kau yang Maha Pemurah
Meredakan hati yang gundah
Ya Allah
PadaMu ku curah segala
Perasaan yang melara
Engkaulah yang punyai cinta
Membawaku ke puncak nasuha
Ku kesali kealpaan diriku
Ku tangisi kesilapan lalu
Walaupun sekali
Tak kan aku ulangi
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Jangan biarkan diriku
Terus dibelenggu
Ampuni dosaku
Terangi hatiku
Izinkanku kembali
Ke jalan redhaMu
Tiada lain yang ku harap
Hanya kasih sayangMu Tuhan
Membawaku ke rimbun keampunan
Ya Allah
PadaMu ku serah segala....

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Wednesday, January 20, 2010

.nusrah.

Siapa yang mengangkat seseorang untuk satu jawatan yang berkaitan dengan urusan masyarakat sedangkan dia mengetahui ada yang lebih baik, maka sesungguhnya ia telah mengkhianati Allah, Rasul, dan kaum Muslimin.
(Riwayat al-Hakim)


"salam..tahniah n takziah fah.. trskan lgkh prjuangan.. jgn takut jgn gentar..nusrah Allah psti bersma"
insyaALLAH~

kosong.
serabut.
fikiran saya kosong tetapi serabut!

bila tengok pada satu benda tu
umpama saya terlalu fokus + terlalu memikirkannya
hakikatnya,
saya cuma perhati
tanpa ada apa2 di fikiran!

baru 3 hari..
dah ada 'konflik'
blum setahun lagi bekerja bersama
adush!
TT.TT

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan(menyuruh kamu)apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat.
(An-Nisaa: 58)

Ya Allah...
permudahkanlah segalanya..

******************************************

sabda Nabi Muhammad s.a.w:
Apabila amanah dipersia-siakan, maka tunggulah masa kehancuran.
Ketika ditanya
“bagaimana mensia-siakannya?”
Nabi menjawab:
Apabila jawatan pemimpin diserahkan kepada orang yang tidak layak.”


Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

Monday, January 18, 2010

.time table.

musim demam menceriakan + mengemas sedang melanda!
from zero to hero~
kelas da bertambah2 ceria + cantik sekarang
bangga.
puas hati.

bak kata ustaz kamaruddin:
"ana rasa tenang msuk kls ni. ni la calon2 ahli syurga!"
ntah nak perli atau .....

bertungkus-lumus menyiapkan da biggest time table neh!
thanx to daya + aziemah
^^
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

"dont put off your work tomorrow, if you can do it today"

kerja bertangguh!
saya suka wat keje last minute..
aiyok!
manusia sering kali lupa bahawa masa adalah satu amanah yang akan ditanya kelak

sabda Rasulullah s.a.w:
"Tidak akan berganjak kaki setiap hamba pada hari kiamat sehinggalah ditanya tentang empat perkara. iaitu umurnya ke mana dihabiskan. Tantang masa mudanya ke mana digunakan. Tentang harta dari mana diperolehinya dan ke mana digunakannya dan tentang ilmunya apa yang diperbuat dengannya"

Wahai saudaraku
janganlah kau tangguhkan taubat kepada tuhan, kerana sesungguhnya kedatangan mati itu adalah satu kejutan!

..::merenung.berfikir.muhasabah::..

Sunday, January 17, 2010

.tears.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka

Adakalanya buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini

Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan

Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH

persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru


Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata

Demi ALLAH dan Rasulnya

bukan semata kerana harta dan kedudukan

"Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang..

perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang"

""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan.

Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan, serta rindu akan RasulNya.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang" (al- Hasr: 20)

Thursday, January 14, 2010

.al-asr.

‘In the Name of God, Most Gracious, Most Merciful. By Time, indeed humanity is in a state of loss. Except those who believe and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of truth and in the mutual teaching of patience’

*********************************************************************

Sometimes...

Sometimes I wish there were a manual,

to tell us the right things to say,

to help us understand why we feel some ways.

The information exists,

but it is so widely spread,

I want it all in one big book, one place.

More like I need it..

I feel so lost at times and don't know if I'm the only one who feels that way..

not necessarily for adverse experiences though..

some of them are just swell n I've been thinking lots about stopping time lately..!


Life...

Life has had its ups and downs in the past,

it's like riding on an emotional roller coaster

but I guess you learn from mistakes, and life experiences..

they either make you a tougher person or a mellow one.

For me, it's the former.

You learn to deal with things as your mind matures...

When someone disappoints you, angers you, hurts you..

There's always another that's like the air that cools you.

Never take them for granted!

Wednesday, January 13, 2010

.satu cinta.

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

*******************************************************************
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan,
dan janganlah kamu menurut langkah-langkah syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu." (2:208)


Jagalah hubungan hati dengan Allah
moga bertemu kekuatan

.:iman.zikr.doa:.

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agamaMu"

Tuesday, January 12, 2010

.trust.


Trust in Allah wont make the mountain smaller, but will make your clibing easier,
Dont ask HIM for a lighter load, but ask HIm for a stronger back..

******************************************************************

'Sesaat matamu berkerdip, ingatlah Allah,
Sesaat jantungmu berdegup, ingatlah Allah,
sehabis budimu ditabur, ingatlah Allah,
sekilas hatimu ditaut, ingatlah Allah
dekat padamu'

Kadang-kadang diri ini alpa,
lupa tujuan dicipta,
kejar dunia dan buang masa,
ibadah tidak dijaga, hati dibiar leka,
begitulah manusia,
bila senang,mudah sahaja lupa,
bila susah, cepat-cepat berdoa,
mengapa?

Wahai diri, ingat kembali tujuan hidupmu,
betapa bertuahnya dirimu,
kerana kamu orang terpilih,
untuk berada dalam agama yang diredhai oleh Tuhanmu,
lihat sekelilingmu,
sahabat-sahabatmu,
berapa ramai yang masih dalam lingkup jahiliah,
masih belum mengenali erti hidup sebenar,
kasihan mereka,
mereka tidak merasai keindahan sebagai seorang muslim,
mereka tidak merasai kenikmatan bergantung padaNya,
hati mereka masih belum terbuka,
Tapi engkau telah merasai semua itu wahai diri,
dan sekarang engkau cuba menjauhi semua nikmat ini,
Engkau tidak memelihara nikmat itu sebaik-baiknya,
mengapa?

"Ya Allah, ampuni diri ini yang benar-benar lemah,mudah leka dan alpa Aku hanya mampu berharap padaMu kerna Engkau Penciptaku. Bantulah aku,Ya Allah agar aku sentiasa mengingatiMu pada tiap saat hidupku. Ya Allah, Jauhilah diri ini drp maksiat dan dosa serta drp mengikuti langkah-langkah syaitan. Jadikanlah aku sentiasa bergantung dan berharap padaMu semata-mata. Jadikanlah aku manusia yang bersyukur dengan segala nikmat dan ujian yang Engkau turunkan padaku. Sesungguhnya diri ini lemah tanpa bimbinganMu.Tetapkanlah aku pada jalan kebenaran dan bimbinglah aku dengan petunjukMu.Ya Allah, tingkatkan iman dan taqwaku kepadaMu serta dekatkan diri ini padaMu. Moga seluruh kehidupanku mendapat keredhaanMu"

Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya dia menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan mungkar. Kalau bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu,niscaya tidak ada seorang di antara kamu bersih(drp perbuatan keji dan mungkar) selama-lamanya. Tetapi Allah membersihkan sesiapa yang Dia kehendaki.Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"(24:21)

Wahai diri,
jangan biarkan dirimu itu terus hanyut,
jangan biarkan kamu lemas perlahan-lahan,
tanpa kamu sedar kamu makin tenggelam,
bukalah matamu,
dan sedarkan dirimu,
kerana kamu tiada lagi masa,
Cepat-cepatlah kamu berpaut,
dan meminta pertolongan,
daripada Dia yang Maha Kuasa,
kerna Dialah sebaik-baik penolong dan tempat bergantung.
"Cukuplah Allah sebagai penolongku,dialah sebaik-baik penolong"(3:173)
" Maka Allah sebaik-baik Penjaga, Dia adalah antara Maha Penyayang di antara para Penyayang"(Yusuf:64)

*************************************************************************
May Allah be with us every step we take.
MAy He guides each decision we make,
May He helps us when life gets rough,
May He lift us when we've had enough,
May He protects us when we fall,
May He hears when we call,
may He soothe our heart when we dont undertand,
may ALLAH always HOLD us in His HAND

Monday, January 11, 2010

.yakin.

seminggu pertama di alam PISMP telah pun berlalu
mencabar. kepenatan. dan semuanya totally different.
dunia foundation sudah tiada lagi dalam kamus hidup saya
kini, yang ada di depan saya
adalah satu perjalanan jauh dalam menuju pendakian menghabiskan degree!
huish..^^

Sabda nabi,
“Barangsiapa yang inginkan dunia maka dia perlukan ilmu, barangsiapa yang inginkan akhirat, maka dia perlukan ilmu, dan barang siapa yang inginkan kedua-duanya maka dia perlukan ilmu.”

teruja.
x sabar.
bukan kejayaan semata yang dicari. tetapi redha Allah yang mesti didahului!
amin~
*******************************************************

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

alhamdulillah.
result exam dah keluar.
syukur alhamdulillah atas kejayaan yg x disangka-sangka ini.

saya hampir putus asa dan lemah semangat tem exam last sem.
jadual pack dengan aktiviti.
komitmen kerja yang tinggi.
pembahagian masa yang kelam-kabut.
di tambah-tambah dengan keputusan xm yg drop sem 2..
benar-benar membuatkan saya hampir mengalah sebelum sempat berperang!

namun, saya yakin dengan janji Allah:

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa,” (Al Hajj : 40)

alhamdulillah.
tiada kata-kata yang mampu saya gambarkan lagi perasaan ini.
syukur yg x terhingga..
suka untuk saya kongsi bersama result foundation saya
(untuk dimuhasabah kembali agar mendapat keputusan yang lebih baik)

semester 1 - 3.55
semester 2 - 3.37
semester 3 - 3.70
PNGK : 3.53

semoga dengan result ini akan menjadi pencetus inspirasi saya dalam usaha meningkatkan prestasi diri!
insyaAllah^^

*****************************************************

Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada ilmu yang tidak diamalkan,
Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan.

Tuhan… Ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan. Jangan pula kehidupan orang lain tersuluh tapi kehidupanku gelap,
Di akhirat kelak menjadi hujah & saksi mengapa aku tidak amalkan.

Ya Allah aku memohon kepada-Mu betambah amalku,
Jangan sampai usahaku orang lain selamat & aku tidak,

Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada ilmu yang tidak diamalkan,
Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan
Tuhan… Ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan,
Jangan pula kehidupan orang lain tersuluh tapi kehidupanku gelap,
Di akhirat kelak menjadi hujah & saksi mengapa aku tidak amalkan,

Ya Allah aku memohon kepada-Mu betambah amalku,
Jangan sampai usahaku orang lain selamat & aku tidak,
Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk mujahadah
Serta membantuku untuk beribadah & bertaqwa

Ya Allah aku berlindung dengan-Mu jangan sampai ilmuku melaknatku
Semula kerana bermegah-megah & tidak amalkan,
Jadikanlah aku bertambah-tambah ilmu bertambah dekat dengan-Mu,
Bertambah ilmu bertambah ibadah & amalan,

Tuhan jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri & orang lain,
Boleh menyuluh hatiku & menyuluh hati orang lain,
Seterusnya jadikanlah ilmu itu sentiasa memberi manfaat & syafaat
Amin Ya Rabbal Alamin..

Saturday, January 9, 2010

.tertipu.

petang tadi, balik dari melawat abe ufi di KISAS
kami (saya+angah+cek do) singgah di TESCO Selayang jap..
alasan: nak beli sabun?
huh!macam xde kedai je kat gombak neh..

nak dijadikan cerita
sementara menunggu cek do mencari sabun-sabunnya..
saya + angah nek kat bhgn atas
nak beli stationaries..
memandangkan skrg da masuk pembelajaran fasa baru
maka, banyaklah jumlah dan ketebalan fail yang diperlukan
disebabkan harganya yang 'teramat' berpatutan
1= RM 2.50! so, banyaklah yang diborongnya
siap rumates kirim agih..hehehe

nak dijadikan cerita
sem ni angah kena masuk persatuan badminton
so, kami cari-cari la racquet yang paling baik kualitinya dengan harga yang berpatutan
paham2 je la..skrg ni allowance xmasuk agih..so kena banyak berjimat!

pusing-pusing..
belek-belek..
dan akhirnya berkenan lah pada satu ni
jenama PRINCE
dengan price yg reasonable..

secara tiba-tiba..

"angah nak beli shuttle court la. klu xdok, nak men gane kekgi"

"doh amek la. cari yg murah2 je. klu rosak bleh beli ag"

"xpe mahal sket..angah kongsi ngan kawan"

"doh..ikut laa..."

lepas da settle cari semua barang..
(di kaunter pembayaran)

"semua harga RM126.15"

"hahhh??!!"

dengan muka blur dan terkejut dengan harga barang dia yang x seberapa

"kakak..pinjam duit. xcukup laa.."

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"angah, cuba tengok resit. mende yang mahal sgt"

"jap. angah pun pelik. tadi wat klua duit lam RM50 je. bejet sume2 tu lam RM50-60"

"shuttle court?!"

"hah!"

"bia betul...harga ye RM65!"

"tadi kat situ tulis RM14 jah.."

"mak oiii..abeh doh la duit angah. doh la pokai doh.."

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

xpatutkan?
harga racquet 3 kali lebih murah dari shuttle court!
sebab YONEX punya pasal..abes burn duwet...

moral of stori:
check harga betul2 sblm bayar..

TESCO bandingkan harga kami..memang x bleh dipercayai!

Friday, January 8, 2010

.perkongsian.

This is such a beutiful song by Maher Zain.
It's so true that Allah has shown in front of signs in His creations.
In camels,sky,sea and land.
Most importantly in ourselves- for us to think.
That He is the absolute Creator.
The One and only that is Eternal and Everlasting .

"He has created man: He has imparted unto him articulate thought and speech. [At His behest] the sun and the moon run their appointed courses; the stars and the trees prostrate themselves [before Him]. And the skies has He raised high, and has devised [for all things] a measure, so that you [too, O men,] might never transgress the measure [of what is right]: weigh, therefore, [your deeds] with equity, and cut not the measure short!" (55:3-9)
"It is Allah Who created everything in the best of form…It is He Who created and perfected all things." (32:7, 87:2)

So take a second...
Think and ponder...
And look for His signs...

Open Your Eyes

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..