Tuesday, January 12, 2010

.trust.


Trust in Allah wont make the mountain smaller, but will make your clibing easier,
Dont ask HIM for a lighter load, but ask HIm for a stronger back..

******************************************************************

'Sesaat matamu berkerdip, ingatlah Allah,
Sesaat jantungmu berdegup, ingatlah Allah,
sehabis budimu ditabur, ingatlah Allah,
sekilas hatimu ditaut, ingatlah Allah
dekat padamu'

Kadang-kadang diri ini alpa,
lupa tujuan dicipta,
kejar dunia dan buang masa,
ibadah tidak dijaga, hati dibiar leka,
begitulah manusia,
bila senang,mudah sahaja lupa,
bila susah, cepat-cepat berdoa,
mengapa?

Wahai diri, ingat kembali tujuan hidupmu,
betapa bertuahnya dirimu,
kerana kamu orang terpilih,
untuk berada dalam agama yang diredhai oleh Tuhanmu,
lihat sekelilingmu,
sahabat-sahabatmu,
berapa ramai yang masih dalam lingkup jahiliah,
masih belum mengenali erti hidup sebenar,
kasihan mereka,
mereka tidak merasai keindahan sebagai seorang muslim,
mereka tidak merasai kenikmatan bergantung padaNya,
hati mereka masih belum terbuka,
Tapi engkau telah merasai semua itu wahai diri,
dan sekarang engkau cuba menjauhi semua nikmat ini,
Engkau tidak memelihara nikmat itu sebaik-baiknya,
mengapa?

"Ya Allah, ampuni diri ini yang benar-benar lemah,mudah leka dan alpa Aku hanya mampu berharap padaMu kerna Engkau Penciptaku. Bantulah aku,Ya Allah agar aku sentiasa mengingatiMu pada tiap saat hidupku. Ya Allah, Jauhilah diri ini drp maksiat dan dosa serta drp mengikuti langkah-langkah syaitan. Jadikanlah aku sentiasa bergantung dan berharap padaMu semata-mata. Jadikanlah aku manusia yang bersyukur dengan segala nikmat dan ujian yang Engkau turunkan padaku. Sesungguhnya diri ini lemah tanpa bimbinganMu.Tetapkanlah aku pada jalan kebenaran dan bimbinglah aku dengan petunjukMu.Ya Allah, tingkatkan iman dan taqwaku kepadaMu serta dekatkan diri ini padaMu. Moga seluruh kehidupanku mendapat keredhaanMu"

Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya dia menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan mungkar. Kalau bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu,niscaya tidak ada seorang di antara kamu bersih(drp perbuatan keji dan mungkar) selama-lamanya. Tetapi Allah membersihkan sesiapa yang Dia kehendaki.Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"(24:21)

Wahai diri,
jangan biarkan dirimu itu terus hanyut,
jangan biarkan kamu lemas perlahan-lahan,
tanpa kamu sedar kamu makin tenggelam,
bukalah matamu,
dan sedarkan dirimu,
kerana kamu tiada lagi masa,
Cepat-cepatlah kamu berpaut,
dan meminta pertolongan,
daripada Dia yang Maha Kuasa,
kerna Dialah sebaik-baik penolong dan tempat bergantung.
"Cukuplah Allah sebagai penolongku,dialah sebaik-baik penolong"(3:173)
" Maka Allah sebaik-baik Penjaga, Dia adalah antara Maha Penyayang di antara para Penyayang"(Yusuf:64)

*************************************************************************
May Allah be with us every step we take.
MAy He guides each decision we make,
May He helps us when life gets rough,
May He lift us when we've had enough,
May He protects us when we fall,
May He hears when we call,
may He soothe our heart when we dont undertand,
may ALLAH always HOLD us in His HAND

No comments:

Post a Comment

inspiring words