Thursday, February 18, 2010

.kekuatan.

membuang duri di jalanan
tampak mudah
namun sukar dilakukan
mengajak beramal kebaikan
perlukan kekuatan iman

ahhhh!!
kenapa lidah seringkali kelu untuk mengajak orang lain berbuat kebaikan?

"awak..jom pegi masjid!"

"jom jemaah sama-sama!"


"dah solat dhuha?jom!"


ayat yg simple.
mudah.

tapi...

sukar sekali untuk dilontarkan.


ahhh!
lemahnya tahap imanku..


bukannya mudah untuk masuk ke syurga
bukan pentingkan diri sendiri sahaja
jiran tetangga perlu diingatkan sama
agar dia tidak mendakwa di sana


"kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentukah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik"
(Surah Al-Imran:110)

No comments:

Post a Comment

inspiring words