Tuesday, August 24, 2010
Monday, August 23, 2010
.imam.
assalamualaikum~
Jangan tanya aku soal lelaki idaman.Sebab jawapannya terlalu panjang dan berderet-deret.Cerewat.Pemilih.Kalau hendak disenaraikan 7 hari pun belum tentu aku selesai menghuraikannya.
Beragama.Itu kritirea paling utama.Asas kepada semua ciri-ciri.Aku nakkan seorang ketua yang mampu membimbing dan meluruskan rantaian perjalananan aku.Yang boleh menasihati dan mengajar aku hal-hal yang berkaitan akhirat dan dunia tidak ketinggalan.Yang boleh menjinakkan aku pada keindahan Islam.Menjadi imam dan aku mahu setia menjadi makmumnya.Jangan ditanya lagi kerana jawapanku pasti akan berubah lagi kerana aku akan menambah.Lelaki yang tahu agama pasti tahu tanggungjawab.Tanggungjawab pada Tuhan.Solatnya,puasanya,zakatnya,dia tahu dan faham kenapa dia melaksanakannya...Juga tanggungjawab pada ibunya.Aku mahu lelaki yang cintakan orang tuanya dan tahu menghargai ibunya terutamanya.
Aku mahu lelaki yang boleh buat aku berasa bangga dan bahagia biarpun dia cuma seorang lelaki biasa.Muka biasa.Kerja biasa.Taraf hidup biasa.Keluarga biasa.Kereta biasa.Rumah biasa.Ekonomi biasa.Biasa pada pandangan orang lain.Tetapi luar biasa pada pandanganku.Dia biasa saja tetapi aku bahagia bila bersamanya.Yang boleh kuajak dan kutunjuk pada ahli keluarga kerana sikapnya yang biasa itu luar biasa.Dia lelaki biasa yang akhlak dan budi bahasanya luar biasa pada pandangan mataku.Dia adalah lelaki biasa yang terdidik dengan cara hidup manusia biasa.Aku mengidamkan lelaki biasa kerana aku juga manusia biasa...
Hakikat manusia takkan pernah puas dengan apa yang ada.Selagi boleh memiliki yang terbaik dia akan terus mengejar walaupun semput dan lelah.Aku mahu lelaki yang setia.Seperti itu juga aku akan setia padanya.Taat padanya kerana ketika itu syurgaku ada padanya.Yang boleh menemani dan menjadi teman baikku.Melalui usia tua bersama-sama.Susah dan senang dilalui bersama.Takkan meninggalkan aku walaupun suatu hari nanti aku dah kepudaran rupa.Gigi rapuh dan tulang bongkok.Rambut putih dan berat badan naik.Jangan tanya lagi...Kerana lelaki seperti ini hanya satu dalam sejuta.Jumlahnya semakin pupus.Ada tetapi mungkin sudah berpunya.Ada tetapi mungkin suami orang.Ada tetapi mungkin dia bukan milik kita.
Berbeza perangai dan sikap.Kenapa?Kerana aku mahu dia saling melengkapi hidupku.Menutup dan membetulkan kekuranganku.Begitu juga aku.Yang akan sedaya upaya menjaga keaibannya.Saling membetul dan diperbetulkan.Aku mahu lelaki yang berbeza minat dan kesukaan denganku.Supaya kami boleh berkongsi dan saling bertukar.Supaya ada banyak perkara yang boleh kami kongsikan juga untuk didebatkan.Jangan ditanya lagi...Yang ini jawapanku tetap sama.
Senarai ini sudah kupendekkan dan diringkaskan.Nah,banyak bukan?Jangan ditanya lagi kerana aku sudah pun menemuinya...Siapa dia,dimana dia,kenapa dia, aku sendiri tidak tahu jawapannya kerana aku tiada jawapan itu.Juga aku belum pasti adakah aku mampu memilikinya walaupun aku sudah menemuinya.Bukankah jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan.Sebagai manusia aku hanya mampu merancang dan berdoa.Yang mengabulkannya adalah DIA...
"Ya Allah
Seandainya aku jatuh cinta
Tetapkanlah hatiku untuk terus jua mencintai Mu
Menjadikan Mu keutamaanku
Mudah-mudahan terselamat aku dari azab dan celaan Mu
Ya Allah
Seandainya dialah yang terbaik untukku maka takdirkanlah kami untuk bersama
Jadikanlah aku halal untuknya dan dia halal untukku
Jauhkan kami dari lalai kerna cinta dunia
Sesungguhnya aku mahu bercinta kerana Mu Ya Allah...."
psssttt : Kekasih halalku masih dalam rahsia Kitab Illahi.Aku menantinya untuk kuberikan hati ini kerana di dalam jasadku bersemadi tulang rusuknya.Dialah sebenar-benar pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul..;)

Saturday, August 21, 2010
.pecut.
"The Night of Power is better than a thousand months"
sekejap je rasanya puasa kali ni
insyaAllah esok da masuk hari ke 12
lots of thing yg belum dibuat dan dilaksanakan
masih banyak amal yg perlu diperkemaskan
ayuh!
kita sama-sama atur langkah
mengejar lailatul qadr..
dan
moga fasa ke dua puasa tahun ini lebih baik dari fasa yang sebelumnya..
read: fasa ke dua - maghfirah(keampunan)
;)
amin

note : doakan saya dapat siapkan assignment 'menggunung' itu dengan jayanya. yeah!
Tuesday, August 17, 2010
.x sama.
"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua? Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan?"
"Kenapa kita tak macam tu? Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan."
"Bukan setakat 'paun', nak pergi 'potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee..."
"Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey, teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik... Hmm..."
*** IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL ***
"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak?"
"Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."
"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".
*** PENONTON TERCENGANG! ***
"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah... Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"
"Exclusive hape plak tu ustaz?"
"Ok satu-satu ye? Mula-mula, jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, Eh, mestilah boleh, bukan buat apa-apa pun kan??!!!?"
"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."
"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak?"
"Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"
"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."
"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
Di dalam riwayat yang lain,
Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya". - Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih
Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.
Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....
"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi."
"Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi 'berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari 'berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".
"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".
"Kalau jawab ikut 'exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan 'pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua, adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".
Cakap-cakap orang... Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua? Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua? Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa? Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?
"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, 'mungkin hal persatuan agaknya'... Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?"
"Inilah yang Allah nak elakkan, 'peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. 'Peluang-peluang' inilah FITNAH".
"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki. But women? Kita bercakap soal 'exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"
"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk 'touch n go'".
Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping...
Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu...
Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah...
Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu... Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."

"Even dia tipu dan reka cerita sekalipun kawan-kawanya bukannya tahu!"
"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat. Perempuan... Biar dikerat empat, 'kawan baik' itulah tempat dia curhat. Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.
Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk 'berpisah'.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?'
'Sayang'? Dah bagi kat boyfriend.
'Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group.
'Suara bangun tidur'?Dah bagi kat abang angkat.
'Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
'Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot???"
*** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ***
"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?".
"Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!"
(Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )
*** TUKAR CHANNEL BALIK ***
"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".
Allah menyebut didalam al-Quran,
35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.
06 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).
"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"
"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah 'fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar..."
*** BLACKOUT, TUTUP TV ***
.rahmat.
awal rahmat
pertengahan berkat
akhir pengampunan
pertengahan berkat
akhir pengampunan
" Dan Tuhanmu berpesan, "Berdoalah kepadaku, nescaya akan aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembahku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina." ( Surah al-Mukmin: ayat 60)
sesungguhnya rahmat Allah itu sungguh dekat bagi orang yang sentiasa melakukan kebaikan
sesungguhnya rahmat Allah itu sungguh dekat bagi orang yang sentiasa melakukan kebaikan
Wednesday, August 4, 2010
.topup.
“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
jom!
'topup' bekal untuk menghadapi Ramadhan kali ini
******************************
Sabda Rasulullah s.a.w:
((كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ))
"Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperoleh apa-apa kecuali lapar dan dahaga dan berapa ramai orang yang qiam (solat malam) tetapi ia tidak memperoleh apa-apa melainkan berjaga sahaja"
[ Riwayat Imam Ahmad]
.sempurna.
cikgu matematik saya pernah tanya..
"bentuk apakah yang paling sempurna?"
diam.
semua jenis bentuk mula bermian-main di fikiran kami.
"bulat.."
"kenapa bulat, cikgu?"
"sebab bulat itu satu bentuk yang sempurna.."
**********************************************************
dan hari ini,saya cuba membuktikan
benarkah bulat itu sempurna?
yahoo! answers..
Karena bulat adalah bentuk yang paling optimal/efisien bagi seluruh materi. Bila ada suatu benda yang fluid (belum solid) maka bulat adalah bentuk yang paling sempurna karena dengan bentuk bulat, dengan massa yang sama, maka akan mendapatkan luas permukaan yang paling kecil dibandingkan dengan bentuk yang lain, sehingga energi yang diperlukan untuk saling mengikat atau saling menyatu adalah paling kecil.
Pada awal terbentuknya bumi, bumi hanya berupa gumpalan gas yang fluid, sehingga secara natural akan membentuk bola bulat dan setelah mendingin akan menjadi bulat dengan agak oval di bagian equator karena pengaruh gaya sentrifugal akibat rotasi bumi.
dan yang paling saya ingat,
seorang konsultan yang pernah bagi talk pasal bentuk ni
pernah bagitahu...
"orang yang suka bulat ni suka makan, tido.."
hahahaha~ macam terkena plak!
corak bulat itu begitu sinonim dengan saya
oh ya!
kawan-kawan selalu kata saya ni 'kera aktif'
but i dunt think so!
siyes..
saya hanya pandai lukis bulat
xkan tu pun terus masuk kategori tu!
saya dan shiqah sewaktu menconteng banner hari guru yang entah apa-apa
^_^
kami berkongsi minat yang sama
x kira masa
asal ada krayon dan kertas di tangan
pen pun jadik!
kami pasti x lekang dari menconteng-conteng
abes terus penuh satu muka
hehehe~

dinding kelas turut menjadi mangsa vandalisme saya!
Sunday, August 1, 2010
.MEGA.
dulu
M.E.G.A
Minggu Ekspresi Gemilang Akhawat
M.E.G.A
Minggu Ekspresi Gemilang Akhawat
sekarang
M.H.R
Minggu Halawatul Rabitah
pengisian?
masih sama
even tahun ni kononnya ada sedikit pembaharuan..
tapi,
"pembaharuan" itu mengundang 1001 masalah kan?
ishk!
susah nak membuat orang faham apa yang kita faham
lagi susah untuk kita fahamkan orang yang langsung x nak faham
<('T_T')>

Subscribe to:
Posts (Atom)