Monday, August 23, 2010

.imam.

assalamualaikum~

Jangan tanya aku soal lelaki idaman.Sebab jawapannya terlalu panjang dan berderet-deret.Cerewat.Pemilih.Kalau hendak disenaraikan 7 hari pun belum tentu aku selesai menghuraikannya.

Beragama.Itu kritirea paling utama.Asas kepada semua ciri-ciri.Aku nakkan seorang ketua yang mampu membimbing dan meluruskan rantaian perjalananan aku.Yang boleh menasihati dan mengajar aku hal-hal yang berkaitan akhirat dan dunia tidak ketinggalan.Yang boleh menjinakkan aku pada keindahan Islam.Menjadi imam dan aku mahu setia menjadi makmumnya.Jangan ditanya lagi kerana jawapanku pasti akan berubah lagi kerana aku akan menambah.Lelaki yang tahu agama pasti tahu tanggungjawab.Tanggungjawab pada Tuhan.Solatnya,puasanya,zakatnya,dia tahu dan faham kenapa dia melaksanakannya...Juga tanggungjawab pada ibunya.Aku mahu lelaki yang cintakan orang tuanya dan tahu menghargai ibunya terutamanya.

Aku mahu lelaki yang boleh buat aku berasa bangga dan bahagia biarpun dia cuma seorang lelaki biasa.Muka biasa.Kerja biasa.Taraf hidup biasa.Keluarga biasa.Kereta biasa.Rumah biasa.Ekonomi biasa.Biasa pada pandangan orang lain.Tetapi luar biasa pada pandanganku.Dia biasa saja tetapi aku bahagia bila bersamanya.Yang boleh kuajak dan kutunjuk pada ahli keluarga kerana sikapnya yang biasa itu luar biasa.Dia lelaki biasa yang akhlak dan budi bahasanya luar biasa pada pandangan mataku.Dia adalah lelaki biasa yang terdidik dengan cara hidup manusia biasa.Aku mengidamkan lelaki biasa kerana aku juga manusia biasa...

Hakikat manusia takkan pernah puas dengan apa yang ada.Selagi boleh memiliki yang terbaik dia akan terus mengejar walaupun semput dan lelah.Aku mahu lelaki yang setia.Seperti itu juga aku akan setia padanya.Taat padanya kerana ketika itu syurgaku ada padanya.Yang boleh menemani dan menjadi teman baikku.Melalui usia tua bersama-sama.Susah dan senang dilalui bersama.Takkan meninggalkan aku walaupun suatu hari nanti aku dah kepudaran rupa.Gigi rapuh dan tulang bongkok.Rambut putih dan berat badan naik.Jangan tanya lagi...Kerana lelaki seperti ini hanya satu dalam sejuta.Jumlahnya semakin pupus.Ada tetapi mungkin sudah berpunya.Ada tetapi mungkin suami orang.Ada tetapi mungkin dia bukan milik kita.

Berbeza perangai dan sikap.Kenapa?Kerana aku mahu dia saling melengkapi hidupku.Menutup dan membetulkan kekuranganku.Begitu juga aku.Yang akan sedaya upaya menjaga keaibannya.Saling membetul dan diperbetulkan.Aku mahu lelaki yang berbeza minat dan kesukaan denganku.Supaya kami boleh berkongsi dan saling bertukar.Supaya ada banyak perkara yang boleh kami kongsikan juga untuk didebatkan.Jangan ditanya lagi...Yang ini jawapanku tetap sama.

Senarai ini sudah kupendekkan dan diringkaskan.Nah,banyak bukan?Jangan ditanya lagi kerana aku sudah pun menemuinya...Siapa dia,dimana dia,kenapa dia, aku sendiri tidak tahu jawapannya kerana aku tiada jawapan itu.Juga aku belum pasti adakah aku mampu memilikinya walaupun aku sudah menemuinya.Bukankah jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan.Sebagai manusia aku hanya mampu merancang dan berdoa.Yang mengabulkannya adalah DIA...

"Ya Allah
Seandainya aku jatuh cinta
Tetapkanlah hatiku untuk terus jua mencintai Mu
Menjadikan Mu keutamaanku
Mudah-mudahan terselamat aku dari azab dan celaan Mu

Ya Allah
Seandainya dialah yang terbaik untukku maka takdirkanlah kami untuk bersama
Jadikanlah aku halal untuknya dan dia halal untukku
Jauhkan kami dari lalai kerna cinta dunia
Sesungguhnya aku mahu bercinta kerana Mu Ya Allah...."

psssttt : Kekasih halalku masih dalam rahsia Kitab Illahi.Aku menantinya untuk kuberikan hati ini kerana di dalam jasadku bersemadi tulang rusuknya.Dialah sebenar-benar pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul..;)

3 comments:

  1. from kak edah:
    wow...u thought about it....
    me???never....i dunno if i have thought about it^^
    hahaha....
    kak efah x pela, da bole kahwin daaaa^^

    ReplyDelete
  2. to kak idah:
    no!no!no!
    xde calon agi...

    to usrati saidah:
    kamu sepatutnya ketahuan yg sy itu jiwang!
    lalalala~~

    ReplyDelete

inspiring words