Tuesday, November 16, 2010

.qurban.


hari raya qurban
>> bukan ritual semata- mata <<

ya!
bukannya satu amalan kebiasaan dan dilazami setiap kali tibanya 10 Zulhijjah
tapi lebih kepada memperingati dan menghayati
betapa tingginya nilai pengorbanan seorang hamba kepada Khaliqnya

kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah s.w.t supaya menyembelih anak kesayangannya, Ismail

"Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?"

"jika inilah perintah dariNya, maka laksanakanlah!"

subhanallah
betapa tingginya nilai pengorbanan dan ketaatan
Nabi Ibrahim serta Ismail kepada Allah s.w.t..

"Sesungguhnya Kami memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai tanda syukur)"

***********************************************

justeru, di kesempatan yang ada ini,
saya ingin memohon ampun dan maaf
terutamanya kepada

abah + umi yang disayangi
angah, abang, ateh, man dan adik
keluarga besar - sepupu sepapat
cikgu, ustazah, lecturer, madam, sir, sensei dan teacher saya
sahabat fillah
serta semua muslimin dan muslimat

atas segala salah dan silap yang telah dilakukan
sama ada yang disengajakan atau tidak

oh ya..
ini tahun pertama saya tidak beraya di kampung
sekadar 'berqurban' di kl
terasa macam berada di perantauan pula..
;)

Have a blessed Eidul Adha!

foot note : If you're among the "balik kampung" crowd, have a safe journey ya!^^

No comments:

Post a Comment

inspiring words