Mari berbahasa
contoh penggunaan ayat kalaulah:
kalaulah saya stay up semalam, mesti hari ni boleh jawab punya
kalaulah saya simpan duit lebih sikit hari tu, mesti boleh beli kereta toyota ke, honda ke…
“manusia banyak mengeluh sebab mereka sering katakan kalaulah…..dan kita banyak membuat expection atas apa yang bakal berlaku. Sedangkan semuanya sudahpun tertulis di luh mahfuz..sebab tu kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang”
Motivasi pagi Ikim.com
buk!
terus terkena
kenapa ya,
jarang kita [read:me] saya nak sebut:
kalaulah Allah itu tidak Maha Pemberi Rezeki,
sudah tentu Dia boleh tarik semua nikmat yang telah Dia berikan kepada orang kaya yang tidak beribadat padaNya
kalaulah Allah itu tidak Maha Pengasih, boleh jadi Allah sudahpun menghantar malikat Izrail datang mengetuk pintu rumah kita untuk mencabut nyawa
kalaulah itu..kalaulah ini
tapi sebab Allah Maha Pemberi Rezeki, Maha Pengasih
dan Maha segala-galanya lah
membuatkan kita sering lupa
hanya pada Dia kita wajib tunduk dan Esakan
wajib nyatakan kesyukuran
Alhamdulillah
umm,tiba-tiba terfikir
kalaulah bukan ‘sperma saya’ yang masuk dalam ‘ovum umi’, sudah pasti saya tidak akan hiduppun di dunia ini!
Ơ̴̴̴̴̴̴͡.̮Ơ̴̴͡
nice
ReplyDeletehehe..thanx!
ReplyDelete