Tuesday, June 26, 2012

.dr mursi.

saya mahu lontarkan satu pandang sisi 
kejayaan Dr Mursi(tahniah untuk beliau atas taklifan yang diberikan oleh rakyat ini), 
apabila berjaya ditabalkan sebagai Presiden Mesir bagi tahun 2012-2017


sungguh hebat..
masyaallah lihat sajalah bagaimana keadaan rakyat Mesir apabila menerima berita kemenangan beliau,




lautan manusia sujud syukur tanda puji bagi Dia yang mengurniakan kemenangan ini
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
walillahi hamd..


terfikir...
bagaimana pula dengan kita apabila dikhabarkan tentang kemenangan "tangan-tangan yang ingin mendaulahkan Islam" dalam PRU ke 13 nanti?


moga Al-Haq akan menang. pasti menang!

Sunday, June 24, 2012

.in-out.

semalam, semasa dalam perjalanan untuk berbengkel KD
saya berkesempatan untuk mendengar motivasi pagi di IKIM fm oleh Prof Dr Muhaya
satu perkara yang saya kira sangat membina diri saya untuk menjadi seorang yang lebih positif dalam hidup


pernah dengar : 
kita mesti hidup dari dalam ke luar?


semua perkara yang ada dalam diri kita 
terutamanya emosi (yeah! im so so mudah emo) 
sangat mempengaruhi keadaan sekeliling kita
dan jika kita mahu semua perkara bahagia
kita mesti bahagia dari dalam dulu
dan adalah salah kalau kita beranggapan bahawa surroundings yang mempengaruhi kita (yeah, sumhow)
tapi beliau kata, percayalah inside kita sebenarnya yang kawal diri kita


dan satu lagi,
jadilah manusia export, bukannya manusia import


bermaksud:
kita mestilah meng'eksport' segala kemahiran, tenaga yang Allah pinjamkan kepada kita untuk orang lain
dan bukannya meng'import' kelebihan orang lain untuk kepentingan diri sendiri
memang kena banyak memberi-lah, bukannya menerima
sebab orang yang yakin bahawa dia tak akan kurang atau rugi apa-apa bila banyak memberi
adalah orang yang paling berbahagia


ya, memang susah untuk memberi
tapi kita kena cubalah..kita juga pasti tersenyum
kerana dengan memberi itu, Allah sebenarnya telah mendatangkan kebahagiaan kepada jiwa-jiwa yang berhajatkannya 


"kita tak dapat nak ubah tiupan angin, tapi kita dapat menentukan arah layar kita - ke mana kita nak tuju"
salah pilih arah - sesat
kalau mampu ubah/pandu layar bila dah sedar tersesat - untunglah
tapi kalau dah dari awal-awal lagi dah pada arah yang betul, lagi bagus kan?
jadi tetapkanlah matlamat hidup kita, arah mana yang hendak dituju
moga-moga dengan hati yang ikhlas, iltizam yang tinggi dan pertolongan Allah
Dia akan pandu kita agar tak jatuh dan jauh dari Dia ;)

Tuesday, June 19, 2012

.tarbiyyah.

bismillah
thummal hamdulillah

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah
ALLAH masih pinjamkan nyawa untuk saya pagi ini, saat ni

moga-moga Dia pinjamkan saya juga kekuatan untuk menempuh hari ini dengan  sebaik dan sesempurnanya
EnshaAllah hari ini akan jadi lebih baik dari semalam dengan izinNya juga

hari ini sudah masuk hari ke tiga selepas peristiwa itu berlaku
sungguh, inilah antara tarbiyyah hebat yang Allah berikan kepada saya
jauh di sudut hati yang dalam, 
masih timbul rasa fobia, takut, dan bermacam-macam perasaan
bercampur aduk
hingga kadang kala terasa di dunia sendiri pula :p

Allahu robbi,
kuatkan aku
kuatkan..
kuatkanlah...
inilah salah satu ujian yang Engkau timpakan
tidak lain dan tidak bukan untuk mentarbiyyah aku

Alhamdulillah juga, 
27 rejab telah pun berlalu pergi meninggalkan kita
esok lusa, syaaban bakal menghampiri 
dan tiba lama lagi, ramadhan pula akan menjelma
banyak yang perlu dipersiap siagakan
banyak juga yang perlu ditingkatkan tahap istiqomah
takut-takut nanti amal yang dilakukan
hanya semata-mata untuk bulan mulia itu sahaja
bukankan berterusan itu lebih baik dari amal yang banyak, 
tapi tidak konsisten?

tepuk hati, tanya iman
;)

suka untuk saya berkongsi kegembiraan bersama
Alhamdulillah
Allah kurniakan rezeki lebih untuk Abah dan keluarga
(macam yang Abah cakap semalam)
EnshaAllah hari ini Abah akan diberikan surat pelantikan rasmi oleh JPN
katanya inilah hadiah Israk mikraj, hari bapa dan hadiah untuk keluarga ^_^

walau apapun yang berlaku dalam hidup kita,
kita jangan sekali-kali menyalahkan Allah
sebab Dialah Maha Pengatur yang paaaliiing hebat sekali
Dia tahu apa yang terbaik untuk saya, awak, kamu dan kita semua
kerana Dialah Yang Menciptakan kita
Pemilik Hati kita, dan Pemilik segala-galanya

La tahzan Eeffah
Inna Allaha Maa As-Sobiriinn

hadapilah semuanya dengan senyuman
mintalah pertolongan dari Dia bila kita amat-amat memerlukan seseorang
;)

‘We have reached the morning and at this very time unto Allah belongs all sovereignty, and all praise is for Allah. None has the right to be worshipped except Allah, alone, without partner, to Him belongs all sovereignty and praise and He is over all things omnipotent. My Lord, I ask You for the good of this day and the good of what follows it and I take refuge in You from the evil of this day and the evil of what follows it. My Lord, I take refuge in You from laziness and senility. My Lord, I take refuge in You from torment in the Fire and punishment in the grave.’ 

- mathurat -