Sunday, June 24, 2012

.in-out.

semalam, semasa dalam perjalanan untuk berbengkel KD
saya berkesempatan untuk mendengar motivasi pagi di IKIM fm oleh Prof Dr Muhaya
satu perkara yang saya kira sangat membina diri saya untuk menjadi seorang yang lebih positif dalam hidup


pernah dengar : 
kita mesti hidup dari dalam ke luar?


semua perkara yang ada dalam diri kita 
terutamanya emosi (yeah! im so so mudah emo) 
sangat mempengaruhi keadaan sekeliling kita
dan jika kita mahu semua perkara bahagia
kita mesti bahagia dari dalam dulu
dan adalah salah kalau kita beranggapan bahawa surroundings yang mempengaruhi kita (yeah, sumhow)
tapi beliau kata, percayalah inside kita sebenarnya yang kawal diri kita


dan satu lagi,
jadilah manusia export, bukannya manusia import


bermaksud:
kita mestilah meng'eksport' segala kemahiran, tenaga yang Allah pinjamkan kepada kita untuk orang lain
dan bukannya meng'import' kelebihan orang lain untuk kepentingan diri sendiri
memang kena banyak memberi-lah, bukannya menerima
sebab orang yang yakin bahawa dia tak akan kurang atau rugi apa-apa bila banyak memberi
adalah orang yang paling berbahagia


ya, memang susah untuk memberi
tapi kita kena cubalah..kita juga pasti tersenyum
kerana dengan memberi itu, Allah sebenarnya telah mendatangkan kebahagiaan kepada jiwa-jiwa yang berhajatkannya 


"kita tak dapat nak ubah tiupan angin, tapi kita dapat menentukan arah layar kita - ke mana kita nak tuju"
salah pilih arah - sesat
kalau mampu ubah/pandu layar bila dah sedar tersesat - untunglah
tapi kalau dah dari awal-awal lagi dah pada arah yang betul, lagi bagus kan?
jadi tetapkanlah matlamat hidup kita, arah mana yang hendak dituju
moga-moga dengan hati yang ikhlas, iltizam yang tinggi dan pertolongan Allah
Dia akan pandu kita agar tak jatuh dan jauh dari Dia ;)

No comments:

Post a Comment

inspiring words