Allah (melalui malaikat Izrail) boleh mengambil nyawa kita bila-bila masa kan
tanpa mengira masa dan tempat
Dia tidak akan sesekalipun menunda-nunda
sama ada mempercepatkan atau melambatkan detik kematian
malah,
kita sendiri tidak akan tahupun di bumi mana kita akan diambil semula nyawa
saya teringat akan satu nasihat dari seseorang yang cukup rapat dengan saya
bila mana dia mengingatkan saya
betapa sayangnya Allah kepada kita melalui pensyariatan menutup aurat
ya.
aurat perempuan
semua
macam kita nak solat
kecuali muka dan tapak tangan
bila kita keluar, pakailah terus pakaian yang bersih dan kita sangat yakin dengan pakaian itu, kita boleh bawanya di dalam solat
Subhanallah
Islam itu mudah kan?
dan apa yang saya nak kongsi di sini ialah beliau mengingatkan saya supaya tidak mengambil mudah dengan cara berpakaian kita hatta nak keluar dekat je pun
biarlah lengkap semuanya ; berpakaian menutup aurat
dia mengingatkan saya secara halus kerana kita tak kan tahu pun apa yang akan berlaku di pertengahan jalan nanti
bukan kita meminta
tapi inilah salah satu persediaan kita
persediaan menuju Allah dari aspek pemakaian
biarlah andai kita ditarik nyawa pada masa itu
kita tidak dalam berpakaian yang mengaibkan
wana'u zubillah
bila berbicara soal kematian
kita (read ; saya) tidak akan lari dari perasaan takut
sangat takut bila memikirkan amalan mana yang sebenar-benarnya akan diterima Allah :(
semalam saya dan dua orang sahabat telah ke sungai rawang
menziarahi suami kepada cikgu di sekolah tempat kami berpraktikum yang telah meninggal dunia
suasana sedih menyelubungi allahyarham
saya secara peribadi belum diuji dengan kematian keluarga terdekat
Alhamdulillah
umi abah dan adik-adik
ayah, mak (sebelah umi) dan cheq, mak (sebelah abah)
serta ahli keluarga terdekat lain masih sihat
walaupun cheq sekarang ni banyak terlantar atas katil dek diserang penyakit gout
Alhamdulillah sehingga hari ni Allah masih pinjamkan nikmat hidup sebagaimana Allah berikan kepada saya dan kita semua
Alhamdulillah untuk semuanya
kematian itu mengejut
dan kerana kejutan itulah kita perlu sentiasa bersedia
bersedia untuk dicabut nyawa bila-bila masa
Allah...
matikanlah aku dalam husnul khotimah, bukannya su'ul khotimah
yuk!
fastabiqul khairat
mari sama-sama kita menabur amal di dunia ini
semoga kita dapat menuai hasil yang lumayan di akhirat kelak
No comments:
Post a Comment
inspiring words