Wednesday, May 22, 2013

.ease.

alhamdulillah
kertas terakhir untuk semester ini telah selamat dijawab
dan cuti semester bakal tiba
yeay!
cuti tiga minggu yang in shaa Allah akan cuba dimanfaatkan dengan sepenuhnya ;)

sempena cuti yang akan datang ini
sudah pasti banyak perancangan kenduri kendara yang akan diisi
seminggu pertama yang saya kira akan jadi sesak dengan majlis kahwin tiga orang sahabat
deskmate tersayang, ketua bilik darjah dan aisya :)

selamat membina baitul muslim buat semua
semoga segi tiga chenta yang dibina dengan Allah pada puncak yang tertingginya
akan membawa sakeenah, mawaddah dan rahmah hendaknya

rasanya masih belum terlambat untuk ucap tahniah buat abang dan ateh
abang - CAT dan ateh di UNI-KL Kuala Nerang

semoga dipermudahkan semuanya
dan doakan saya juga
semoga semua urusan sehingga selamat balik ke rumah dipermudahkan semuanya!

;)

Thursday, May 16, 2013

.16mei.

didedikasikan untuk

umi dan abah
guru terbaik saya!

ahli-ahli keluarga besar saya yang majoritinya guru

tak dilupakan
buat semua guru formal saya

tabika kemas kuala krai
sk padang luas
smk saujana
sbpi batu rakit
ipg kampus pendidikan islam

dan 
guru informal saya
di mana-mana sahaja

termasuk kamu ; 
yang banyak mengajar saya

terimalah

video

SELAMAT HARI GURU!
^_^

* teha - sanah helwah sayang ;)

.mengejut.

Allah (melalui malaikat Izrail) boleh mengambil nyawa kita bila-bila masa kan
tanpa mengira masa dan tempat
Dia tidak akan sesekalipun menunda-nunda
sama ada mempercepatkan atau melambatkan detik kematian
malah, 
kita sendiri tidak akan tahupun di bumi mana kita akan diambil semula nyawa

saya teringat akan satu nasihat dari seseorang yang cukup rapat dengan saya
bila mana dia mengingatkan saya
betapa sayangnya Allah kepada kita melalui pensyariatan menutup aurat
ya.
aurat perempuan
semua
macam kita nak solat
kecuali muka dan tapak tangan
bila kita keluar, pakailah terus pakaian yang bersih dan kita sangat yakin dengan pakaian itu, kita boleh bawanya di dalam solat
Subhanallah
Islam itu mudah kan?

dan apa yang saya nak kongsi di sini ialah beliau mengingatkan saya supaya tidak mengambil mudah dengan cara berpakaian kita hatta nak keluar dekat je pun
biarlah lengkap semuanya ; berpakaian menutup aurat
dia mengingatkan saya secara halus kerana kita tak kan tahu pun apa yang akan berlaku di pertengahan jalan nanti
bukan kita meminta
tapi inilah salah satu persediaan kita
persediaan menuju Allah dari aspek pemakaian
biarlah andai kita ditarik nyawa pada masa itu
kita tidak dalam berpakaian yang mengaibkan
wana'u zubillah

bila berbicara soal kematian
kita (read ; saya) tidak akan lari dari perasaan takut 
sangat takut bila memikirkan amalan mana yang sebenar-benarnya akan diterima Allah :(

semalam saya dan dua orang sahabat telah ke sungai rawang
menziarahi suami kepada cikgu di sekolah tempat kami berpraktikum yang telah meninggal dunia
suasana sedih menyelubungi allahyarham
saya secara peribadi belum diuji dengan kematian keluarga terdekat 
Alhamdulillah
umi abah dan adik-adik
ayah, mak (sebelah umi) dan cheq, mak (sebelah abah) 
serta ahli keluarga terdekat lain masih sihat
walaupun cheq sekarang ni banyak terlantar atas katil dek diserang penyakit gout
Alhamdulillah sehingga hari ni Allah masih pinjamkan nikmat hidup sebagaimana Allah berikan kepada saya dan kita semua
Alhamdulillah untuk semuanya

kematian itu mengejut
dan kerana kejutan itulah kita perlu sentiasa bersedia
bersedia untuk dicabut nyawa bila-bila masa
Allah... 
matikanlah aku dalam husnul khotimah, bukannya su'ul khotimah

yuk!
fastabiqul khairat
mari sama-sama kita menabur amal di dunia ini
semoga kita dapat menuai hasil yang lumayan di akhirat kelak

Monday, May 13, 2013

.flies.

Alhamdulillah

time flies so fast
i was just thinking how quickly the last semester go by;
it just seems like yesterday
i was gelak-ing wif my BFF
huh,
satu semester yang sangat short dan sweet
pengalaman berpraktikum 3 bulan yang sangat osem
dan sedar tak sedar
satu kertas telah pun selamat dijawab pagi tadi

Alhamdulillah
today is 3 rejab
kurang berbaki 60 hari sahaja lagi 
seluruh umat Islam akan menyambut Ramadhan yang penuh barokah, again
;)

i was just thingking how quickly my last ramadhan go by;
it just seems like yesterday
i was bertadarus-ing dan tarawikh sama-sama
bertukar-tukar iftor di masjid berbeza hampir setiap hari
rindu
sangat merindukan suasana tarbiyyah dan madrasah Ramadhan
dan azam kali ini
mahu lagi baik dari yang lepas

dan sudah pastinya
starting point nak jadi baik ramadhan nanti
bermula dari sekarang
kena mula islahkan diri dari sekarang
kena pertingkatkan tadarus dan tadabbur dari sekarang
sebab everything bermula dari sekarang!
bukan bila dah masuk ramadhan zone
baru nak merangkak-rangkak macam kura-kura nak pecut ijazah taqwa

so, 
on your mark,
get set... go!!

Allahumma baariklana fii rejab, wa syaaban
wa ballighna fii Ramadhan

^_^

Friday, May 10, 2013

.MRQ.

bismillah

as I promised before this
presenting you

"BULATAN GEMBIRA"

sempena
Malam Rabhitatul Qulub

video

Ya Allah,
peliharalah mereka
sungguh
mereka sangat dekat sekali dengan saya

Thursday, May 9, 2013

.chenta.

buah tangan dari saya
sudah lama disimpan,
baru mahu dikongsi

sempena pertandingan video islamik kreatif VIK'12
terimalah
moga ada manfaatnya untuk semua


video

alhamdulillah
walaupun kemenangan illegal ;)

*ada satu lagi yang masih disimpan. in shaa Allah lepas majlis malam ni, akan dipublish

.berehat.

bismillah
thummal hamdulillah

sudah rasa rasanya saya berehat, bukan berhenti
daripada ber'blogging'
banyak perkara yang menuntut diri untuk melupakan seketika kawaii hana
yang mampu dibuat
hanya
membaca kembali post-post lama
dan berblog-walking di blog mereka yang osem

Alhamdulillah
Allah bagi kekuatan semula untuk menulis
menaip apa sahaja yang sedang bermain-main di fikiran ini
kadang pernah terfikir
alangkah rugi
sudah lah tidak mampu menyumbang apa-apa yang bermanfaat dalam bentuk lain

moga penulisan yang tak seberapa cuma ini
yang mana lebih bersifatkan peribadi 
ada manfaatnya
lebih dekat untuk diri saya
dan kamu yang mungkin sedang membacanya

dan ini nota kaki saya tinggalkan;
doakan saya agar tidak berehat lama-lama
senyum ;)