Wednesday, December 30, 2009

.counting.

ayaakkkk!!
cuti da nak abes..

mode: menghitung jam nak nek bas
*entri paling short bukan?^^

Tuesday, December 29, 2009

.pengijazahan.

rasanya baru je sekejap
blaja darussyifa'

pejam celik, pejam celik
setahun tu x terasa pun
sebelum ni,
nak balik weekend umah cekdo pun kena pikir 2 3 kali

takut2 ada kelas

but now,
im free..

hehehe~

alhamdulillah

masanya telah tiba dan saya akan buktikan pada dunia!
hahaha..ada kaitan ke?


masih segar tarikh 030109 lalu,
tem tu 1st tyme nak pegi menghadap tok guru
perasaan semua bercampur-campur

ikhlas ke x neh?
knape nak blaja?

nati klu kena usik tengah2 malam cmne ek?
wiwiwi~

itu semua perasaan 'bodoh' yg bergelut + bergelumang lam otak neh..

sijil pengijazahan
ada typing error laa~~

tapi skrg,
im reali proud to announce dat
im Darussyifa' graduated
hahaha~
papepun,
alhamdulillah..

alhamdulillah..
alhamdulillah..
semua ni berlaku atas izin dan kehendak ALLAH


ayah pernah tanya,
"pasni leh la rawat sakit ayah lak.."

hah!
"yg tu kena pikir banyak kali. kakak x ready ag. hehe."

dan buat permata kalinya semalam,
sampai je kat umah
chiq trus nak test ilmu DS saya

"kak, tolong gak baca sket2. ase angin satu badan la..."
gurlppp!

mati kutu dibuatnya.

mana x nya, al-ilmu fi kitab, xkan leh igt sume
nak x nak,
g la cari halia kat dapur dan baca pape yg patut.


huh~

berkesan ke x ek?
x taw.. chiq cakap,
"ok la sket dari x ok".

hahaha...

asanya,
saat yg xleh lupa
bila tyme ijab dan qabul
macam kawen lak bunyinya kan..
tapi,
perkara tu la yg telah berlaku tem pengijazahan tersebut

bangga.
dan pada masa yang sama takut.
ilmu perubatan islam..
bunyinya pun da gah.
inikan pulak, kita yg beramal
semoga ilmu yang diperoleh ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan mendapat keberkatan ALLAH s.w.t
insyaALLAH~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

ustaz Dato' Dr Haron Din:

"NURUL EEFFAH, saya ijazahkan kamu ilmu perubatan Islam"

"saya terima, ustaz"

"alhamdulillah. barokallahu fiki"

Friday, December 25, 2009

.dermatology.


umm, sakit ke x ek?
ntah.
wallhu a'lam

secara fizikalnya sihat alhamdulillah

cuma certain
part je yg perlu diberi perhatian lebeyy..
huhuhu~

sebahagian ubat yg perlu ditelan tiap2 malam
yg tuh blum plus ubat sapu pagi + malam
aduuss~~
dermatology?
pe tuh?

ni pun 1st tyme guna term ni
yg mana didapati pada plastik ubat tuh

umm,
klu diikut pada bahasa kampung saya
lebih kurang sakit badam
kulit gatal-gatal
macam ade 6 sense lak sebab
tiap kali nak makan
bibir macm bleh scan bahan-bahan yg ada dlm satu2 makanan tuh!


yg penting kena berpantang
dari makanan-makanan yg x sepatutnya
dimakan
xperlu di'state'kan satu2 makanan yg elergic tu
sebab,
yg paling utama jauhkan diri dr makanan-makanan itu!
wawawaaaaa...



selamat tinggal my feveret fud.
babai~

janji ALLAH dalam sabda Rasulullah S.A.W:
"tiada seorang muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerana ALLAH akan menghapuskan keburukan-keburukan sebagaimana pohon yang mengugurkan daun-daunnya"
(hadis riwayat bukhari)

moga digugurkan semua dosa-dosa kecilku.
ana abid dhoif.
sentiasa leka dan lalai dariMU
dekatkanlah aku dengan rahmatMU, Ya Rabb.
amin~

Wednesday, December 23, 2009

Saturday, December 19, 2009

.tengkujuh.

masuk hari ni,
da dua hari ayah duk umah sorang2
since chiq + mok pegi cuti2 kat langkawi
abg long dengan rela hatinya accompany ayah utk semalam + malam ni
abe pun nampaknya da ready dari tadi nk pegi teman sama,
tapi ujan yang turun on off
mcm kurang mengizinkan jek..

teringat lak kisah lucu yg ayah cerita smlm tem makan:

"ayah rebus ubi tadi"

"yang dalam periuk tu?"

"haah..yg lam periuk tu benanye da lps tuka"
means periuk yg berisi ubi tu x sama dgn periuk yg digunakan utk merebus sebelumnya

"maksud ayah?"

"ayah x taw pun api (dapur gas) tu bleh wat kecik besar. ayah buka jek dan tunggu sampai air tu kering. sedar2 da hangit.."

haahahahaaaa...
abes kami semua gelak.

"patutla tadi tem basuh periuk, ade se yang itam sgt2"

"hush..klu mok tahu..."

shhh!!!^^

"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

status ym saya:
tengkujuh datang lagi~~

umm,
mmg da jadi satu kemestian
tiap2 taun pada bulan 12
ujan mesti turun
air sungai mula naik
dan banjir pun terjadi

langit pekat gelap dan ombak tinggi yang menghempas
di pantai bisikan bayu

benar kata orang tua-tua:
air yang tenang jangan disangka tiada buaya
setenang manapun ombak itu
kita tetap x tahu bahaya yang menanti di bawahnya

bagaimana pula nelayan?
ikan di lautan mungkin sedang bersorak kegirangan
tapi,
keluarga di rumah mungkin sedang merintih kesedihan
dek kerana bekalan yang makin berkurang

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
tengkujuh begini,
seronok rasanya jika dpt menikmati ubi rebus 'ayah'
xpun pulut kukus + ikan bakar
hehehe~


alhamdulillah
aku masih beruntung daripada mereka.

Friday, December 18, 2009

.permulaan.

berkata Abu Hurairah r.a:
"setiap kali datangnya tahun baru, membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku,
semakin dekatnya ajalku,
semakin tipisnya waktu pengampunan ALLAH terhadapku,
semakin dekatnya hari perhitunganku"

kita pula bagaimana?



kuasa di tangan kita
kita yang mencorakkan tahun baru lebih bermakna

salam awal muharam 1431H

Wednesday, December 16, 2009

.1612.

monolog:

ya rahman ya rahim

bukan mudah untuk aku mendapatkan sahabat seperti dia

bukan kebetulan aku bertemu dengannya

tapi takdir yang sudah termaktub
kehadiran dia ini adalah anugerah tidak ternilai buatku
aku tidak akan lepaskannya kerana aku terlalu menyayanginya demiMU
namun,

aku sesekali tidak minta sayang dibalas sayang
cukup sekadar aku pohon agar dirinya mendoakanku sewaktu adaku dan tiadaku di muka bumi ini

dan aku harapkan dia sedar kehadiranku sebagai sahabatnya

uhibbuki fillah..^^


masih terasa seperti di awangan
terngiang-ngiang setiap bait bicara kami
satu persatu potret kenangan tadi bersilih ganti di minda
ini
ya ALLAH betapa indahnya ukhwah itu jika semuanya keranaMU
aku bersyukur ya ALLAH kerana ditemukan sahabat-sahabat dunia akhirat sepertimana
mereka

alhamdulillah..
alhamdulillah..

alhamdulillah..


sesungguhnya di jalan ALLAH,

persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,

persahabatan ini adalah perancangan ALLAH yang mengetahui segala rahsia,

kerana DIA lah aku mengenalimu
dan kerana DIA juga telah menetapkan kita mengukir seribu kenangan bersama
persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang

harapanku,

moga berkekalan hingga ke jannahMU

nilai ukhwah itu lazat rasanya
nilainya itu bukan hanya terletak pada satu pertemuan
nilai itu tidak terletak pada meriahnya perbualan

nilai itu juga bukan dikira pada harga hadiah berlian

tapi ukhwah itu bernilainya tersirat pada sebuah ingatan


“ where are the ones who love each other because of My Exaltedness (for the sake of Allah)? Today I will provide shade for them in My shade – a day wherein there is no shade except for My shade” (Prophet saw)



yuni.tiqah.fizah.teha.naemah.mimi.eeffah
"memori 1612"

note:
insyaAllah upload gambar nanti..

Tuesday, December 15, 2009

.semek.

0001am
15 disember 2009
28 zulhijjah 1430H

alhamdulillah

saat ni adik a.k.a semek baru cukup umur spulOh taun
huhu~
xpercaya kan?
tuan bukan men besar+tinggi
rupe2nya baru standard 4
tengokla sendiri gambar dia yg ala-ala pakai purdah kat bawah ni!


dan utk pengetahuan semua
gambar ni penah menimbulkan kontroversi kpd saya

"eeffah ke tu?"

aisehh..
ade lak yg pikir cmtu ek?
most yang tanya tu btul2 igtkan saya yg posing maut cmtu
hihihi~
terpaksa la explen balik gambar tu
mungkin a bit persamaan
ye la kan..
kami ni siblings
sket byk pun akan ada sama gak

sempena bday dia arini
she maked me a nice + cute pic
dengan bantuan ida yg kreatif..^^
yang mana skrg ni telah dijadikan sbg main pic kat desktop
wiwiwi~~


thanx adik + ida!
cam tetau lak yg kakak suka word
EEFFAHngOkngek
froggy
belang2 yang kalerful
terharu sgt2..
mekaceh banyak-banyak

tapi pelik kan?
spe yg sambut hari lahir neh?
tetuka lak..
hehehe~
xpe2
nati klu kakak ade duit lebih
kakak belanja + beli hadiah
hahahaha~
jahat kan?

there's notim dat i can give u
no special give
no special word
but deeply in my heart
i only wanna say dat
i luv u because of ALLAH

sori byk2 sebab kakak selalu buli adik kan?
heheh~
banyak sgt nicknames yg kakak bagi kat adik
poi : singkatan dari sempoi
pamper
nama baru sbb adik manja ngat

semek
yg ni paling lama kekal kan?hihih~
and many mores
sori sangat-sangat

last,
kakak doakan semoga adik panjang umur
dimurahkan rezeki
berjaya di dunia + di akhirat
jgn lpa doakan kakak cm biasa ek?
heheh~


Monday, December 14, 2009

.windows 7.

bagaikan satu transformasi baru
hahaha~
windows 7 profesional..
saya agak puas hati dgn anjakan paradigma yang amat kepada laptop ni
macam baru lak asenye..^^
even tuan kedai tu lupa nak masukkan kaspersky!
aiseh..
xpe..saya maafkan.
naseb bek pandai bace instruction utk upload..
menjadi la jugak
hehehe...

x banyak nak cite sbb ada sumtim yang lebih menarik malam ni
football match sukan sea
malaysia vs laos
skrg ni dah 2-1
huh!
sengit lak asenye sbb malaysia penah kalah ngan laos lum ni
papepun,
chaiyok!chaiyok!fight!fight!
saya sokong malaysia!

Sunday, December 13, 2009

.layakkah.

Kadangkala aku sering mengejar suatu yang tak pasti,

Dan sering lupa pada realiti,

Mengeluh pada satu tekanan,

Lupa padaMU Yang Mencipta

Mampu kah aku bertahan,

Hingga saat senyuman terukir tak terpadam,

Bernafas dan terus bernafas,

Mendiami jasad nan kerdil,

Melangkah dan terus melangkah…

Mencari redhaMU Sang Pencipta

Aku tahu aku di alam realiti

Aku sedar aku punya TANGGUNGJAWAB yang pasti

Tapi aku leka mencari hidup yang fantasi

Aku leka mengejar cinta duniawi

Aku lupa padaMU YANG MEMBERI

Dimana rasa MALU padaMU

Kau sentiasa bersamaku

Kau sentiasa mengasihiku

Kau beri aku peluang

Namun aku berpaling

Kau beri aku UJIAN

Aku mengeluh tanpa iman

Ya ALLAH,aku berdosa padaMU

Aku TAK LAYAK UNTUK SYURGA MU YA ALLAH

Tapi aku juga tak mampu menahan API NERAKA Mu yaALLAH

Semalam aku berpaling dari Mu ya ALLAH

Aku lari dari mengingatiMU yaALLAH

Hari ini aku ketawa gembira,

TanpaMU di ingatan YA ALLAH

Esok…

Layakkah aku terima KASIHMU

Mampukah aku bertemu denganMU

Terlalu banyak dosa silamku YA ALLAH

Dosa yang tak terhitung

YA ALLAH

AMPUNKAN aku

Terimalah taubatku

Terimalah taubatku

Terimalah taubatku YA ALLAH..

Saturday, December 12, 2009

.keberkatan.

cuti panjang yang kurang bermanfaat + x banyak perkara yang diisi
agak merugikan bukan?
rindunya nak balik ipis..
saya rindukan suasana dan biah di sana
kuliah agama
solat jemaah
tentang segala-galanya

susah untuk istiqamah perkara baik di rumah..
banyak sangat cabaran + dugaan
kemalasan yang meninggi akhirnya akan membuatkan kita lupa dan semakin lalai dariNYA

"Dua nikmat yang manusia sering lupa: nikamt SIHAT dan MASA LAPANG"

masa terlalu banyak dibazirkan dengan kekuatan fizikal yang sihat dariNYA
ahhh!
manusia mudah kufur dengan nikmat pinjaman ALLAH
mudah rasa x puas hati dengan pencapaian yang ada

"elok brnti wat sesuatu bile kite da cpai thp tu..then kasi pluang kt org lain.."

huhhh..
senang nak luahkan
tapi mampukah kita laksanakan bila sampai masanya itu?
kekadang,
pernah x kita merasakan bahawa kita x cukup waktu?
sedangkan memang sejak azali dan pastinya kita semua telah diberikan masa yang secukupnya,
malah sama rata bagi semua manusia
namun, acapkali pula kita mengeluh kerana kekurangan masa..

mengapa?
dan mengapa?

"kerana TIADA KEBERKATAN di dalam waktumu"

Allahu akbar!
tiada keberkatan?
patut la awal2 cuti selalu ase lama sangat masa berlalu..
bila da nak abes..
mula la,
"alaa...sekejapnye cuti"

itu ada 7 cara

1. meninggalkan maksiat
2. meningkatkan ketaatan
3. menjaga solat di awal waktu

Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang paling bagus adalah yang apabila habis waktu solat, dia menantikan waktu solat yang seterusnya"

4. membaca Al-Quran
5. tidak tidur selepas subuh
6. memperbanyakkan menuntut ilmu
7. menjaga makanan yang dimakan

masih belum terlambat untuk kita mencari keberkatannya
gali dan carilah ia selagi belum terlambat
pintu taubat ALLAH masih terbuka untuk hambanya sentiasa mengingatiNYA

ya Allah,
tunjukkanlah aku yang hak itu hak untuk aku mengikutinya
dan tunjukkanlah aku yang batil itu batil untuk menjauhinya

note:
"sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang x mungkin dapat dijahit melainkan dengan menghadap penuh kepada ALLAH. di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang x mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama ALLAH. dalam hati itu juga ada sebuah kesedihan yang x akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal ALLAH dan ketulusan berinteraksi denganNYA. dalam hati juga terdapat kegelisahan yang x mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana ALLAH dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju ALLAH. dalam hati juga terdapat gelojak api yang x mampu dimampatkan kecuali dengan keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan ALLAH, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan denganNYA"

Thursday, December 10, 2009

.seruan.

sekadar perkongsian tazkirah
dari seorang sahabat, Kak Ana[upm]

dalam hidup kita, Allah menyahut kita dengan 3 seruan sahaja..

1. seruan azan
sambutlah seruan ini.. seruan pertama bagi meperingatimu agar menuanikan kewajibanmu kepada Yang Esa

sesungguhnya harta dunia itu akan menjadi saksi pada hari akhirat kelak. Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara yang bakal menjadi saksi ialah laungan azan. sebanyak mana makhluk itu mendengar azan, sebanyk itulah ia akan menjadi saksi di akhirat kelak.

2. seruan haji
bagi mereka yang mampu.. sambutlah seruan ini, maka engkau akan mengecapi kemanisan Islam itu

3. seruan Ilahi
panggilan ini akan mempertemukanmu dengan Tuhan Yang Maha Mengasihi

oleh itu, persiapkanlah dirumu untuk menyambut seruan pertama dan kedua, sebelum kamu dijemput untuk seruan ke tiga

"katakanlah (wahai Muhammad) : wahai hamba-hambaKUyang telah melampaui batas terhadap mereka sendiri (dengan perbuatan- perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi."
(Al-Zumar:53)

"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

ingatlah,
dalam kita melangkah,
kadang-kadang kita diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita tunduk dan menangis,
peritnya terasa.
tapi, ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan..

“bersyukurlah dalam istighfar padaNya. paling tidak, hati masih lembut, masih celik tiapkali teringat khilaf yang lalu. sesungguhnya hidayah itu sentiasa berlegar-legar dalam sanubari kita. genggamlah ia dengan kejap, biar berparut pada hati, biar membekas pada jiwa, biar pelukannya mampu menghantar suara hati hambaNYA yang sentiasa berharap akan rahmat dan petunjuk di sepanjang perjalanan hidup ini menuju akhirat"

Monday, December 7, 2009

.take turn.

macam amek giliran plak
baru semalam saya dan adik2 tiba dari kl
arini, abah plak ke kelang
seminggu lamanya..
huuuuhuu~
ada kerja ngan LPM..
nyaris2 semalam abah bgtaw yg umi kena pegi sama klu paper dia x sampai
len yg dirancang, len plak yg jadiknya
dijadikan cerita
pagi2 ag pejabat pos kol

"cikgu, kertas dah sampai.."

hehehe~
maksudnya:
umi x perlu ke kelang utk antar kertas tu^^

bukannye x nak bg umi g jln2
cuma by tis saturday
she will sit for english paper
klu pegi, x dpt nak studi kan?
wiwiwi..
agpun,
ni kan da final sem umi
tesis pun da anta
rehat kat umah je la ya?
^^

*************************************************

pernah dgr x lagu steamyx?
ala...yg ada iras satu lagu tu
da lupa lagu pe..
tapi, lirik nya lebih kurang camni

"potong.. potong..potong..potong..
potong..potong..potong..potong sajalah"

heheh~
lirik ni sesuai untuk musim berkhatan skrg ni kan?
ye laa..
masuk je cuti sekolah akhir taun
kanak2 mula la berebut2 di klinik untuk bersunat
x terkecuali
AHMAD LUQMAN BIN AWANG a.k.a man
lalalala..
arini man telah selamat dikhatankan oleh pak cik min merangkap MA di hospital besut
selama ni..
abg pun berkhatan ngan pak cik min kat umah dia
kirenye abg pemula, then man penutup
agpun saya ada 2 je adik lelaki
huhuu~~


kirenye skrg ni da moden la sket
xperlu ada batang pokok pisang ag dan benda2 leceh
ubat bius pun da wujud
xde la rasa sakit sangat kan?
cam tetau tak..hihii
yang penting kena berpantang dalam satu tempoh masa yg xditetapkan sehingga benar2 sembuh
semalam pun,
umi + abah ada wat solat hajat sket kat umah ayah sempena man berkhatan
nak bagi semangat sket sebelum dipotong
heheh~

kat bawah ni gambar candid man yg sedang 'mengerang' kesakitan
hihiiii...
sori, abah xde! jgn demand byk sangat ya...
hahahahaha...

nampak x tali rafia merah tu?
sengaja digantung dari gril bilik ke tali penyambung aircond
supaya dia x sakit sangat bila kain tu bersentuhan dengan kulit
huhuuhu...
tahan sket ya?^^


papepun,
thanx a lot to ayah nif + abg long yg accompany man tadi
since abah xde
dorg la yg tolong tangokkan man tadi
syukran

teringat seloroh umi tadi:

"cheq x kan ajak dah abg long tolong2 klu ada khatan"

"mmg pun. cheq mane ade anak laki doh. cucu la plok"

hahaha...
note:
cheq tu panggilan untuk umi(umi's side)..
mmg la xkan ada lagi adik beradik yg akan berkhatan coz kami cuma ada 2 lebah dan 4 kuntum bunga je dalam famili..
xtaw la kut2 ada ag org lam famili ni yg nak berkhatan 2 kali
lalalalala~~

Sunday, December 6, 2009

.package.

pernah x terbayang difikiran utk dapatkan pakej mengecat rumah + melancong?
hihihii...
pakej tu lah yg telah ditawarkan kepada saya tempoh hari
seminggu!
mengecat rumah sambil meronda-ronda di KL + melaka
memang menyeronokkan
hahahahaa~~

kirenye saya nak cite dari awal perjalanan pakej ni
since umi + abah + abe + atih
x accompany kami..
makanya, agak bebas la sket utk buat pape
huhuuu..
tapi, x bermakna kami bleh langkah panjang
sebab chiq olweys bersama
aiseh!
>,<

*********************************************************
011209
selasa

tourist guide:
chiq + kak najihah + angah + me
pelancong:
adik + kak ming
ramai pemandu dari penumpang...hehehe..

tempat pertama: suria klcc
actually saja je nak bawa adik pegi tengok hiasan xmas kat sana
heheh..berbaloi..
dia pun cam seronok je..^^

adik dgn gaya luv nya...

orang kata:
alang-alang menyeluk pekasam
biar sampi ke pangkal lengan
tourist guide kata:
alang-alang datang klcc
bek kita masuk aquaria lagi
heheheh~
benanye saya yg beria nk masuk sebab ni la 1st tyme pegi
hihihi...
sekecik-kecik adik pun da masuk..x adil!

so, nak x nak
'termasuk' la chiq+kak najihah+adik+angah buat kali ke duanya
dan kali pertama buat saya + kak ming
agak 'jakun' la gak
tengok ikan besar2 live
wiwiwi~

angah+adik terpegun ngan stingray
ikan ni asyik senyum je..agaknye senyum kat jurukamera
hehehe..(saya la tu)

saya + adik di 'booth' jellyfish yang kalerful
subhanallah...lawa sangat

seronok sgt di sana...
kami terlepas tem feeding fishes
huhuhu...
nak wat gane
xkena timing(*.*)

klua je dari klcc,
tibalah masa yg ditunggu-tunggu
kami pegi melawat bangunan bersejarah sogo
yayy!
tapi x sempat beli papepun
org ramai sangat
lagipun, tem tu nak cepat sebab xnak jam peek hour org balik keje
kami pegi cuma pegi makan-makan je
stuff?
ambil..letak balik
ambil..letak balik
last2, balik without notim
wiwiwi~

********************************************************
021209
rabu

kami amek keputusan nak pegi melaka
since ayah de beria nak bawa pegi waterfall
why dun we grab tis oppurtunity?
heheh..
sume makanan, tempat tinggal, tiket masuk
FOC @ free
cuma spend duit untuk tiket pergi dan balik je
RM12 x pergi balik = RM24 seorang!
yahUuuuu...

macam amazing race lak..hihiii

perjalanan pagi tu bermula dengan berjalan kaki ke LRT putra
sebab nak rush
sampai stokin yg saya pakai pun tertuka
hehehe~

naseb bek xde org perasan
xcept angah..tu pun sebab x tahan gelak sorang2
hahahah...nampak x different kaler dy?

malam tu
kami keluar akan char kue teow spesel
then, meronda-ronda sekitar bandar melaka

bak kata "org2 melaka":
melawat melaka bererti melawat malaysia
hehhe~
so, malam tu
kami telah di'treat' untuk nek river cruise + menara taming sari

sungai yang penuh ngan biawak kiri kanan..aisehh


xsangka melaka pun ada menara ek?

balik je,
terus tido sebab nak sipan tenaga men air esok
yayy!

*************************************************************
031209
khamis

agenda utama ke melaka pun tiba
kami ke A Famosa Resort
untuk men air di wetland water A Famosa

tag tangan sebagai tanda masuk

seumur hidup
xpernah mimpi nak masuk men air tempat2 macam ni
lebih2 lagi dengan kos yg agak mahal
RM40 per head!
sape la saya yg nak pegi?
nak ajak abah?
da bleh agak...
abah will said:

"xyah la...bek g men air kat lata belatan ke.."
huhuuuu^.^

betul2 enjoy
asalnya bertudung x dibenarkan
tapi kami redah jek
asenye, kami je yg bertudung kat sana
klu muslim len pun,
pakai skaf..
paling best, men pelampung
ntah la ape nama mainan tu...
kami rela panjat tinggi2 berkali-kali semata-mata nak men mainan tu...
hehehe~~

petangnya,
kami ke telok mas untuk lawat ayah teh (adik abah yg menetap di sana)
thanx for giving me hundred
hehehe..bleh topup duit yg abes tu^^
dan malamnya plak,
kami ke mbmb di umbai untuk menikmati ikan bakar
yumm..yumm..
alhamdulillah..

***************************************************************
jumaat
041209

bertolak pulang ke kl dengan bas mayang sari
adim nyaris-nyaris ketinggalan bas sebab sakit perut
aisehhh!
papepun, thanx a lot to ayah de + cik nad
sebab da spend byk sgt duit untuk kami enjoy
hehehe

dan pada hari ni gak adalah birthday anfal

selamat hari lahir
selamat hari lahir
selamat hari lahir anfal
selamat hari lahir

even agak lambat untuk wish
tapi, sekurang-kurangnya
saya x lupa kan?
better late than never omputeh kata...
hihiii~~

******************************************************************
051209
sabtu

rancangan utama kami baru bermula
iaitu
mengecat umah!
macam la byk ngat yg perlu dicat
hehehh...
tapi demi cek do
kami tetap laksanakannya...^^

bersepah dengan papers yg dilapik + cat + berus
teka kaki sape tu?
hehe...

sekejap je cat2 tu
abes je cat, saya keluar ag ke jusco
saja jalan2 bawak man
sblum ni dy di melaka dan saya+adik+angah di KL
kirenya nak bawa di ronda2 sbelum balik esok
means arini..

**************************************************************
061209
ahad

tempoh seminggu bercuti akhirnya tamat jua
huhuhu~
jam 11 tadi
bart antar kami ke LRT putra untuk nek tren ke sentral
b4 amek bas ke lcct
sambil2 tu
dia dtg antar birth certs adik + man yg tertinggal di umah
hehehhe...
naseb bek abah x marah!
huish..

dan,
pukul 2 tadi kami check in di R39
amek tiket + terus masuk boarding room

flight AK5288
KULKBR
06 dec 2009
selebihnya tengok sendiri kat atas ya!

my bag(da only bag yg x masuk kargo sbb kecik je)..
act x bawa byk baju pun sbb da ada kat umah cek do...hihiii

sepanjang almost 45 minutes tu
saya tido jek!
keletihan agaknya..
angah said:

"adik + man 'terlekat' je muka kat tepi"
ni 1st tyme dorg nek...agpun ni hadiah abah+umi untuk man sebab dpt 5A


papepun,
ni adalah holiday terbaek utk taun ni
hehehh~
thanx 4 umi + abah yg byr tket
cekdo 4 tempat penginapan
ayah de + cik nad 4 travelling to melaka
n everybodi yg contributes dlam pakej percutian ni
heheh~~

time kaseh daun keladi,
len kali nak pegi dan belanjalah lagi!

Wednesday, December 2, 2009

.pudu.

as i mentioned u b4 tis,
arini kami akan 'merendek' ke melaka lak
heheh~
kurang lagi 1 jam
klu ikut plan chiq
kami akan ke pudu + amek bas ke MC
ni kali ke 2 saya akan ke MC
klu ke melaka...
ummm, da xleh nak kire..
wiwiwi~~

perancangan di melaka?
A Famosa Resort
betul ke name nye?
hihiii...nak mandi manda..
menara taming sari + eyes on melaka
jumaat baru balik kl semula..

so,
doakan keselamatan kami ya!
need to go 1st
chiq da suruh bersiap...
tata~

Tuesday, December 1, 2009

.planning.

npe tbe2 nak ubah plan?
agaknye sebab lame sgt bercuti di sini
6 days!
aiseh...
lame + panjang sgt tempoh tu..
ase da boring duk sini..
kononnye sbb da lame 'bertapak' di sini
even saya hanya duk bangi..T.T

plan asal nak dtg cat umah..
then bawa adik jalan2..
asenye kena tambah ag tempat2 yg kena dilawat + dijajah
melaka?
dlm perancangan...
hihihi..
kelip2?
xde rezeki tul..
kak ashek ada course..
gamaknye klu nak dtg
kena sendiri2 la plak..

papepun,
jgn lupa pegi lawat bangunan bersejarah SOGO
bak kata chiq:
never say NO to YES
wawawa...
comin!
wait for us ya...