ya rahman ya rahim
bukan mudah untuk aku mendapatkan sahabat seperti dia
bukan kebetulan aku bertemu dengannya
tapi takdir yang sudah termaktub
kehadiran dia ini adalah anugerah tidak ternilai buatku
aku tidak akan lepaskannya kerana aku terlalu menyayanginya demiMU
namun,
aku sesekali tidak minta sayang dibalas sayang
cukup sekadar aku pohon agar dirinya mendoakanku sewaktu adaku dan tiadaku di muka bumi ini
dan aku harapkan dia sedar kehadiranku sebagai sahabatnya
uhibbuki fillah..^^
masih terasa seperti di awangan
terngiang-ngiang setiap bait bicara kami
satu persatu potret kenangan tadi bersilih ganti di minda ini
ya ALLAH betapa indahnya ukhwah itu jika semuanya keranaMU
aku bersyukur ya ALLAH kerana ditemukan sahabat-sahabat dunia akhirat sepertimana
mereka
alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah..
sesungguhnya di jalan ALLAH,
persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
persahabatan ini adalah perancangan ALLAH yang mengetahui segala rahsia,
kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA juga telah menetapkan kita mengukir seribu kenangan bersama
persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang
harapanku,
moga berkekalan hingga ke jannahMU
nilai ukhwah itu lazat rasanya
nilainya itu bukan hanya terletak pada satu pertemuan
nilai itu tidak terletak pada meriahnya perbualan
nilai itu juga bukan dikira pada harga hadiah berlian
tapi ukhwah itu bernilainya tersirat pada sebuah ingatan
“ where are the ones who love each other because of My Exaltedness (for the sake of Allah)? Today I will provide shade for them in My shade – a day wherein there is no shade except for My shade” (Prophet saw)
yuni.tiqah.fizah.teha.naemah.mimi.eeffah
"memori 1612"
"memori 1612"
note:
insyaAllah upload gambar nanti..
insyaAllah upload gambar nanti..
No comments:
Post a Comment
inspiring words