agak merugikan bukan?
rindunya nak balik ipis..
saya rindukan suasana dan biah di sana
kuliah agama
solat jemaah
tentang segala-galanya
susah untuk istiqamah perkara baik di rumah..
banyak sangat cabaran + dugaan
kemalasan yang meninggi akhirnya akan membuatkan kita lupa dan semakin lalai dariNYA
"Dua nikmat yang manusia sering lupa: nikamt SIHAT dan MASA LAPANG"
masa terlalu banyak dibazirkan dengan kekuatan fizikal yang sihat dariNYA
ahhh!
manusia mudah kufur dengan nikmat pinjaman ALLAH
mudah rasa x puas hati dengan pencapaian yang ada
"elok brnti wat sesuatu bile kite da cpai thp tu..then kasi pluang kt org lain.."
huhhh..
senang nak luahkan
tapi mampukah kita laksanakan bila sampai masanya itu?
kekadang,
pernah x kita merasakan bahawa kita x cukup waktu?
sedangkan memang sejak azali dan pastinya kita semua telah diberikan masa yang secukupnya,
malah sama rata bagi semua manusia
namun, acapkali pula kita mengeluh kerana kekurangan masa..
mengapa?
dan mengapa?
"kerana TIADA KEBERKATAN di dalam waktumu"
Allahu akbar!
tiada keberkatan?
patut la awal2 cuti selalu ase lama sangat masa berlalu..
bila da nak abes..
mula la,
"alaa...sekejapnye cuti"
itu ada 7 cara
1. meninggalkan maksiat
2. meningkatkan ketaatan
3. menjaga solat di awal waktu
Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang paling bagus adalah yang apabila habis waktu solat, dia menantikan waktu solat yang seterusnya"
4. membaca Al-Quran
5. tidak tidur selepas subuh
6. memperbanyakkan menuntut ilmu
7. menjaga makanan yang dimakan
masih belum terlambat untuk kita mencari keberkatannya
gali dan carilah ia selagi belum terlambat
pintu taubat ALLAH masih terbuka untuk hambanya sentiasa mengingatiNYA
ya Allah,
tunjukkanlah aku yang hak itu hak untuk aku mengikutinya
dan tunjukkanlah aku yang batil itu batil untuk menjauhinya
note:
"sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang x mungkin dapat dijahit melainkan dengan menghadap penuh kepada ALLAH. di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang x mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama ALLAH. dalam hati itu juga ada sebuah kesedihan yang x akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal ALLAH dan ketulusan berinteraksi denganNYA. dalam hati juga terdapat kegelisahan yang x mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana ALLAH dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju ALLAH. dalam hati juga terdapat gelojak api yang x mampu dimampatkan kecuali dengan keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan ALLAH, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan denganNYA"
No comments:
Post a Comment
inspiring words