Monday, April 26, 2010
.facebook.
sumber: http://www.ilasyahid.blogspot.com
Kata orang,
Facebook itu satu keperluan.
Keperluan asas hidup ke-4 malah. Selepas makanan, pakaian, dan tempat tinggal.
Saya tersenyum. Dalam kata, ada makna. Dalam bicara, ada benarnya. Memang, facebook memang seakan satu keperluan. Jika orang tak kata pun, keadaan sekarang yang menggambarkan begitu.
Lakaran kehidupan yang kita dapat lihat setiap hari.
Di rumah, di pejabat, di mahalah, ataupun ketika sedang belajar subjek computer di makmal.
Facebook, kain dakwah yang tercorak luas.
“Hikmah itu adalah barangan yang tercicir (dari tangan) orang Mukmin. Di mana pun beliau menemuinya, maka dialah yang paling berhak terhadapnya” -Hadis
Walau yahudi yang membuatnya, kita mukmin yang akan mengambil hikmahnya.
Facebook mempunyai sistem yang amat luas dan menarik. Dari sistem tagging, terus kepada group yang senantiasa bercambah dari saat ke tahun. Ataupun terus message yang boleh terus dibalas, dalam hanya sekilas tangan.
Ianya semakin mudah.
Dan dalam semua ini. Ia mencampakkan kita ke lembah komunikasi yang amat luas. Dan bila ada komunikasi, maka ada perhubungan. Dan bila ada hubungan, maka di situ ada,
Dakwah.
Sistem tagging yang menyentuh bahu.
Saya cuit bahu kamu. Tersenyum, dan berkata,
"Jom, kita berjalan bersama menuju Allah"
Dengan muka yang manis mesra.
Dan itulah sistem tagging. Bila kita mentag seseorang, pasti keluar notification padanya dan memberitahu.
"Anda telah di tag"
Kan itu menyentuh bahu? Apabila kamu tag seseorang melalui nota islamik, atau yang kamu lukis pada picture yang mengandungi mesej-mesej islami, mahupun ketika kamu invite seseorang ke dalam group perbincangan agama dan pemikiran.
Mereka akan rasa terpanggil untuk membaca. Malah, bila ditag, mereka merasakan bahawa mereka benar-benar special. Istimewa. Memang khusus untuk mereka, kerana itu mereka di tag.
Bukankah kamu sudah menyentuh bahu mereka?
Untuk kita juga, kerana kita juga adalah mad'u.
Sentuhlah hati mereka dengan nota kamu. Semoga hati kamu juga tersentuh.
"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.
Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui mereka yang mendapat petunjuk" -125 surah al-Nahl.
Seandainya malu menyampaikan melalui lisan, sampaikanlah melalui tulisan.
Kamu tulis nota, kamu sampaikanlah. Kamu ada gambar cantik-cantik, kamu sebarkanlah. Agar semua dapat baca.
Tak ramai yang minat untuk membaca blog. Tak ramai yang tertarik untuk melayari laman yang mempunyai tulisan dan karangan yang panjang-panjang, yang seakan seperti karya ketika SPM dulu.
Dan kadang, mereka merasa malu dan segan untuk hadir ke situ. Mungkin mereka malu, maka kamu yang hadir kepada mereka. Tersenyum, dan sampaikanlah. :)
Semoga hati kita juga tersentuh.
"Saya tak pandai menulis"
Tak mengapa, kamu jadilah orang tengah. Ramai orang yang bekerja sebagai orang tengah sekarang, menjadi perantara yang selalunya untung membukit.
Saya juga nak untung membukit.
Bukit pahala. Walaupun kadang kita tak tulis, tapi kita menyampaikan. Kita orang tengah. Tak ramai yang baca blog, maka kita bawa blog kepada mereka.
Kita copy, kita paste.
Blog Ustaz Hasrizal, blog Hilal Aysraf, blog Ustaz Pahrol, blog Majdi Nadwan, dan semua blog yang ada. Kita letak link blog mereka.
Kita copy, kita paste, dan kita tag mereka pada tazkirah itu.
Gambar? Ya, samalah. Begitu juga caranya.
Mesej, status, pimpinlah ia dengan iman
"Dari lisan kepada islam. Pimpinlah ia terus ke Iman menuju Ihsan"
Bila kita tukar status, mesti terpampang di home facebook kan? Dan orang akan baca. Meskipun tidak di tag. Sekurang-kurangnya mereka akan membaca sepintas lalu. Mengerling sepintas mata.
Tak salah nak berkongsi status peribadi kita. Kan kita berukhuwwah?
Kita sharing. Sharing is caring. And caring is loving.
Cuma, selitkan selalu kata-kata hikmah. Madah pujian berindah akhlak. Peringatan berhias pengajaran.
Jika tak baca, mereka menjeling. Jika mereka komen, kan boleh sama-sama kongsi idea?
Saya gembira, moga ini saham saya.
"Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu yang bermanfaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh.”-hadis Riwayat Muslim
Hidup kat dunia, kejap sangat. Macam tengok filem. Habis aksi, habislah filem. Atau macam lagu. Habis intonasi, habislah lagu. Yang seakan mimpi. Bila terjaga, habislah semua.
Pastikan setiap saat kita dalam dakwah. Mestikan setiap nafas kita dalam tabiyyah. Apa yang kita buat, kita nak semua dalam pahala.
Kita bermain, kita nak pahala. Kita berblog, kita nak pahala. Kita bertwitter, juga nak pahala. Apatah lagi facebook kan? Di situ, pasti, kita juga mahu pahala.
Saya gembira, saya suka. Saya rasa banyak yang saya dapat buat dalam facebook. Amat luas, amat besar.
Macam multi-level kan? Macam MLM. Bila seorang baca, dan yang lain sampaikan. Huh, boleh naik pangkat saya.
Moga ini saham akhirat saya.
Usaha, usaha!
"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya.
Maka berlomba-lombalah kamu (dalam berbuat) kebaikan.
Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." 2:148
Banyak sangat yang kamu boleh buat dalam facebook ni.
Tagging, status, event, forum, group, discussion. Ah! Terlalu banyak.
Dan InsyaAllah. Setiap kali orang baca, selagi mana kerana Allah. Setiap kali itulah kamu dapat pahala.
note: "seandainya mampu, kita nak buat semua perkara.. tapi, kita tak dapat nak buat semua.. dan kita tak mampu.. sungguh, manusia amat lemah..."
.bersyarat.
atau..
saya yang mem'busy'kan diri?
daripada Abdullah ibn Abbas r.a
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda
"Dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia:
nikmat kesihatan dan masa lapang"
(HR Bukhari)
rungsinglah hati andai tidak berbuat apa-apa dengan nikmat masa lapang
sebaliknya syukuri dan nikmatilah peluang sibuk yang Allah berikan buat kita
andai tidak sibuk, menyibuklah anda dengan kesibukan bersyarat
kerana
“hanya orang yang sibuk punya masa”
Thursday, April 22, 2010
.silent.
Monday, April 19, 2010
.usaha.
semakin ia akan membuatmu mengejarnya
"Barangsiapa mengkehendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedang dia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik"
Sunday, April 18, 2010
.el-azzhar.
16-18 APRIL 2010
KEM EL-AZZHAR, MORIB, BANTING, SELANGOR
antara 29 peserta:
NURUL EEFFAH BINTI AWANG
NAIB KETUA BIRO
EXCO AKADEMIK DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
bla kamera bertemu model x bertauliah
antara ragam manusia dan alam
hide-and-seek belakang pokok
model baju muslimah
kenapa ada satu biru yang ganjil?
promote beg institut..
3 model lagi tu interframe jek..ngee~
gelung hijau, biru, merah dan K.A.M.I
kumpulan 4 yang mantOp
dari kiri:
kak zunairah, saya, kak nisakh, kak farhana dan kak aziah
piramid el-azzhar yang sesat di banting
model kapal hanyut di tepi paya bakau
petani-petani bersama pokok-pokok yang berjaya ditanam
tidak tertarikkah anda untuk main bersama?
langit biru itu
khemah hiasan
terpaksa bermalam di dewan dek hujan kebasahan
bingkisan kenangan
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2010/2011
Friday, April 16, 2010
.2nd.
dan rasa hepi sangat sebab x de task yg perlu di'langsai'kan..
ngee~~
ni adalah award ke dua selepas tasbihcinta
dan kali ni, nak kasi kat dia lak..
hehehe..
xlupa, untuk chiq
insyaAllah,
petang ni saya akan berangkat ke kem al-azhar, morib
utk menghadiri kursus kepimpinan
doakan yang terbaik utk saya ya..
buat chiq, sorry sgt2 sebab xdpt join U pergi kenduri tu
yg penting, duit I x kan 'melayang' utk treat U
hahahah...
len kali je la ye..^^
.dipuji.
**********************************
"bkpe lak??"
"adalah...rahsia!"
pening.
dalam hati sebenarnya berteriak nak taw.
petangnya...
"awk, nape td?"
"ada lec @#$%^&** awak kat kelas kami td"
"allahu akbar"
__________________________________
"assalamualaikum ustzah eeffah. ana rasa kagum ngan enti. kita bagai langit dan bumi"
"ya Allah! dah..dah..cukup. saya bukan sebagaimana yg lecturer tu cakap. sy hanya org biasa je"
"x..x..siapala kita nak banding ngan dia"
__________________________________
ntah bagaimana dan di mana penilaian lecturer tu pada saya..
sekadar pertemuan kita di masjid?
atau sapaan kita di jalanan..
allahu akbar!
itu hanya pada pandangan manusia
cikgu hanya boleh menilai saya pada mata kasar..
luaran semata-mata..
tapi, sejauh mana pandangan Allah pada saya?
pujian.
semua orang suka bila dipuji.
saya pun x terkecuali.
tapi, bila bab amal ibadat ni disebut-sebut...
saya x suka. bukan tu je, semuanya.
teringat satu tazkirah pendek yang pernah disampaikan oleh seorang sahabat
"bila kita dipuji, orang tu sebenarnya boleh membawa kita ke neraka"
masyaAllah.
astaghfirullah al-azim.
saya takut.
pelbagai perasaan mula timbul di lubuk hati.
pelbagai persoalan mula timbul di benak fikiran.
sedangkan,
sufyan ats Tsauri pernah berkata, "Sesuatu yg paling sulit bagiku untuk luruskan adalah niatku, kerana begitu seringnya ia berubah-ubah"
janganlah kita menjadi golongan yang terpedaya
“Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” (al-kahfi:104)
Bayangkan semua amalan yang dianggap saham kita di akhirat kelak, sebenarnya sia-sia. maka jadilah kita golongan yang tertipu dengan kehidupan kita di dunia ini.
“Ya Allah, tetapkan keikhlasan aku dalam beramal dan janganlah engkau golongkan aku dikalangan mereka yang tertipu dengan amalan-amalan aku sendiri.”
Tuesday, April 13, 2010
.21th.
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa"
(al-Furqan:74)
selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 21
buat abah & umi
AWANG B HARUN dan HASMAH BT ABAS
daripada:
nurul eeffah
nurul eezzah
ahmad lutfi
nur khaleeda
ahmad luqman
nur awatiff
.le tour.
alhamdulillah...
selepas hampir seminggu x update sebarang berita di blog
hari ni berkesempatan pulak meng'upload' beberapa gambar
sempena le tour de Malacca : Raudhatul Ibtisam...
walaupun pada awalnya agak keberatan untuk turut serta,
ternyata pengorbanan yg sedikit cuma itu amat bermakna untuk diabadikan bersama...
**kita biarkan gambar berbicara ya..
nakhoda bersama kapal hanyut^^
kak dila, saya, hidaya dan aziemah
penyambut tetamu muziun Islam melaka
muzium islam melaka
penumpang-penumpang kereta api raudhatul ibtisam..
ngee~~
bangau oh bangau..
kenapa engkau kurus?
jom angkat itik..
angkat gajah lak!
last..
menjamu selera di RFC
radix fried chicken
walau apapun
berjalanlah kerana ALLAH
melihat dan mentafsir
'Maka tidakkah mereka berjalan di bumi, sehingga akal mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta tetapi yang buta itu adalah hati di dalam dada '
( 22:46)
Wednesday, April 7, 2010
.patience.
`Certainly, We shall test you with fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits; but give glad tidings to the patient - those who, when afflicted with calamity say, `Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.` It is those who will be awarded blessings and mercy from their Lord; and it is those who are the guided ones.`
[Surah Baqarah, 2:155-157]
Subhanallah,
The life of this world is nothing but a Big Test, one after another...
but the believer stays strong and never gives up.
The Believer shows gratitude and thankfulness
for all the wonderful blessings Allah gives him
and displays patience and submission during sickness and hardships, hunger, or other afflictions
Never give up, remain patient and know your reward is with Allah, To Him we belong and surely to Him is our Return.
"He whom Allah has predestined to enter Paradise, the reasons which will cause his entrance shall spring from calamities;
and he whom Allah has predestined to enter the Hellfire, the reasons which will cause his entrance shall spring from lusts." -
Ibn Al-Qayyim
May Allah guide our hearts to always be mindful of Him
~Jazaakallahu khairan katheeran~
Sunday, April 4, 2010
.diam ubi.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
*************************************************
dalam diam bakal 'terisi'
ngee~
baru sebentar tadi saya terbaca+terbuka blog sahabat seperjuangan
adlin farhana - my long journey
xsangka..
dalam diam-diam ya!
nottii...kikiki
bercerita soal jodoh + bab kahwin ni
sampai esok pun xkan abes
yg sure, bila org yg sibuk2 cite psl kawen ni kawen sendiri baru stop topik 'matching', jodoh, Mr Right, dan bla..blaa.blaa... (apa2 saja yg seangkatan dengannya)
tertarik dengan satu ungkapan yg sinonim dengan jodoh
“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan”
benarkah?
x semua orang akan berpegang pada pendapat ini
mungkin ya..
dan mungkin juga tidak..
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir"
sudah menjadi sunnatullah bahawa Allah menciptakan semua makhluknya berpasang-pasangan
dan semua manusia itu pasti ada jodoh dengan izinnya
tergantung ikhtiar dari manusia itu sendiri atau takdir Allah
sebab setiap takdir itu ada yang mutlak(sudah menjadi ketetapan dan ketentuanNYA)
kita sebagai hamba hanya boleh menerimanya
dan satu lagi takdir iailah takdir ikhtiari
iaitu takdir yang memang boleh diperoleh dengan jalan ikjhtiar atau usaha yang bersungguh-sungguh
saya pernah terbaca satu sifir
dan saya pasti ini bukan sembarangan sifir matematik
sebab ini adalah sifir tanda jodoh!
1. memaklumi
2. memaafkan
3. memotivasi
note: xbleh nak komen byk tentang sifir ini. hanya yg pernah mengalami akan lebih merasainya..^^
yang penting,
jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan
manusia hanya perancang di pentas dunia ini
dan skripnya ditulis oleh Yang Maha Esa
dan adakalanya,
dalam memainkan peranan sebagai pelakon,
kita diberi petunjuk melalui mimpi.
mimpi memang mainan tidur,
tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah
dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk,
insyaAllah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk
jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
jika tidak, tolaklah dia dengan baik
semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia
dan jangan sesekali kita lupa bahawa nikmat di dunia ini hanya sementara
nikmat di akhirat adalah kekal selamanya..
kerana,
kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga,
berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah
jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya..
:: sekadar perkongsian. it has nothing to do with dead or live^^
Saturday, April 3, 2010
.tetapkanlah.
tertarik dengan satu anlogi yang dibawa oleh saifulislam.com
Anda memandu di lebuhraya dengan kelajuan 150km/j. Tiba-tiba sebuah kereta dari arah yang bertentangan memberikan lampu tinggi sebagai isyarat. Datang pula sebuah kereta yang lain memberikan isyarat yang sama. Apa tindakan anda?
Pasti sahaja, anda akan mengubah cara pemanduan. Kereta diperlahankan, tali pinggang dikenakan, telefon bimbit disembunyikan. Mengapa anda berubah?
Takutkan polis?
Sudah nampakkah polis di hadapan?
Anda belum nampak polis, tetapi anda sudah mengubah perlakuan. Pernah tanya mengapa?
Jawapannya mudah.
Anda yakin dengan isyarat yang diberikan. Keyakinan, mengubah kelakuan dan perbuatan.
Anda sudah TAHU Tuhan itu Allah. YAKINkah anda?
*****************************
PENYAKSIAN MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN KETIADAAN KAMU DI SAMPING WUJUD ALLAH S.W.T.
PENYAKSIAN HAKIKI MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU HANYA ALLAH YANG WUJUD,
TIDAK TERLIHAT LAGI KETIADAAN KAMU DAN WUJUD KAMU.
*****************************
dan Dia boleh membolak-balikkan hati kita mengikut kehendaknya...
berkata para ulama':
sepanjang yang memberikan hidayah atau petunjuk adalah Allah,
sepanjang sikap istiqamah itu tergantung pada kehendak Allah,
sepanjang akibat yang terjadi tidak ada yang sanggup mengetahui selain Allah,
dan sepanjang keinginan Allah adalah segalanya,
maka kamu jangan terburu-buru mengagumi imanmu, solatmu, puasamu, amal-amalmu yang lain, dan seluruh pengorbananmu,
kendatipun secara lahiriahnya itu adalah hasil dari jerit peritmu,
namun hakikatnya TuhanMulah yang menciptakannya
dalam erti kata lain,
kamu boleh melakukan semua itu semata-mata adalah kerana KURNIAANNYA
..wahai Tuhan yang membolak-balikka hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat padaMU..
Friday, April 2, 2010
.5S 5F.
saya selalu memandang remeh tiap kali isu ini ditimbulkan
hinggalah liqa' helwi tadi,
benar-benar membuka minda, hati dan mata saya
kita sudah jauh dari pegangan utama
al-Quran dan sunnah!
masya-Allah...
sedar x sedar
pihak Amerika cuba mempengaruhi minda dan fikiran kita melalui konsep 5S dan 5F
5S
:: song
:: screen
:: sport
:: smoke
:: sex
5F
:: female
:: food
:: fashion
:: football
:: fun
dan bagi saya, sepatutnya ditambah 1 lagi F iaitu FACEBOOK!
ya! as i told u b4 this..
begitu kuat dakyah yg mereka guna sekarang
tapi kita?
dek kerana terlalu lagho dan bersuka suki dengan fatamorgana ini
kita lupa asal usul penciptaan kita
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia itu melainkan agar mereka beribadah kepadaKU"
allahu akbar!
benarlah ramalan Nabi Muhammad dahulu dengan senario yang melanda umat Islam hari ini
sabda baginda:
"Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan, lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan. Allah akan mencabut daripada hati seteru atau musuh kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan al wahn. Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahn itu? Ujar Baginda: Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati."
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)
ya!
memang x dapat dinafikan bahawa sifat cintakan dunia itu adalah fitrah semula jadi manusia
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda yang diingini nafsu iaitu perempuan dan anak pinak, harta benda yang berpikul daripada emas dan perak, kuda peliharaan bertanda lagi terlatih, binatang ternakan serta kebun tanaman. Semuanya itu kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)."
(Surah ali-Imran, ayat 14)
namun perlu ditegaskan bahawa
cinta dunia yang dilarang oleh Islam ialah
cinta yang keterlaluan sehingga meminggirkan ajaran Islam!
ketahuilah...
Islam agama yang syumul
Islam adalah agama yang seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi
benarlah firmanNYA
"Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanya permainan dan hiburan serta perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak."
(Surah al-Hadid, ayat 20)
Allahu akbar!
Allahu akbar!
Allahu akbar!
ayuh..bangkitlah!
kita tetapkan matlamat dalam menuju dan mencari redhaNYA
dan semoga dipermudahkan segala urusan
amin..
Thursday, April 1, 2010
.way.
kita sering berhadapan dengan jalan buntu,
seolah-olah dunia ini akan kiamat.
kita diasak ke hujung jalan hingga kita tidak ada ruang untuk bernafas.
tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir.
nyawa kita belum samapai ke tenggorokan.
cuba pandang sekeliling
lihat setiap arah
utara, selatan, timur dan barat
lihat setiap ruang inci di keliling kita
mesti ada ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan.
mungkin untuk meneroka alam yang lebih luas, lebih laju dan lebih maju.
seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat, membawa kita ke jalan baru yang lebih luas
ingatlah,
penamat hidup kita hanya satu,
iaitu ketita MALAIKATMAUT memisahkan nyawa dari jasad.
itupun,
kita masih berharap menunggu untuk diiring ke satu alam lain iaitu
ALAM AKHIRAT yang lebih luas dan kekal abadi
"hanyalah kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada engkaulah kami mohon pertolongan. tunjukilah kami jalan yang lurus. (iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat"