Saturday, April 3, 2010

.tetapkanlah.

tertarik dengan satu anlogi yang dibawa oleh saifulislam.com

Anda memandu di lebuhraya dengan kelajuan 150km/j. Tiba-tiba sebuah kereta dari arah yang bertentangan memberikan lampu tinggi sebagai isyarat. Datang pula sebuah kereta yang lain memberikan isyarat yang sama. Apa tindakan anda?

Pasti sahaja, anda akan mengubah cara pemanduan. Kereta diperlahankan, tali pinggang dikenakan, telefon bimbit disembunyikan. Mengapa anda berubah?

Takutkan polis?

Sudah nampakkah polis di hadapan?

Anda belum nampak polis, tetapi anda sudah mengubah perlakuan. Pernah tanya mengapa?

Jawapannya mudah.

Anda yakin dengan isyarat yang diberikan. Keyakinan, mengubah kelakuan dan perbuatan.

Anda sudah TAHU Tuhan itu Allah. YAKINkah anda?

*****************************

TERBUKA MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN HAMPIRNYA ALLAH S.W.T.
PENYAKSIAN MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN KETIADAAN KAMU DI SAMPING WUJUD ALLAH S.W.T.
PENYAKSIAN HAKIKI MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU HANYA ALLAH YANG WUJUD,
TIDAK TERLIHAT LAGI KETIADAAN KAMU DAN WUJUD KAMU.

*****************************
kita ada sekeping hati yang berada antara dua jari ALLAH
dan Dia boleh membolak-balikkan hati kita mengikut kehendaknya...

berkata para ulama':
sepanjang yang memberikan hidayah atau petunjuk adalah Allah,
sepanjang sikap istiqamah itu tergantung pada kehendak Allah,
sepanjang akibat yang terjadi tidak ada yang sanggup mengetahui selain Allah,
dan sepanjang keinginan Allah adalah segalanya,
maka kamu jangan terburu-buru mengagumi imanmu, solatmu, puasamu, amal-amalmu yang lain, dan seluruh pengorbananmu,
kendatipun secara lahiriahnya itu adalah hasil dari jerit peritmu,
namun hakikatnya TuhanMulah yang menciptakannya
dalam erti kata lain,
kamu boleh melakukan semua itu semata-mata adalah kerana KURNIAANNYA

..astaghfirullah al azim...

"Allahumma ya muqallibal qulub, thabbit qulubana 'aladinik, wa 'ala thoa'tik"
..wahai Tuhan yang membolak-balikka hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat padaMU..

No comments:

Post a Comment

inspiring words