Thursday, April 1, 2010

.way.

dalam ranjau kehidupan
kita sering berhadapan dengan jalan buntu,
seolah-olah dunia ini akan kiamat.
kita diasak ke hujung jalan hingga kita tidak ada ruang untuk bernafas.

tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir.
nyawa kita belum samapai ke tenggorokan.
cuba pandang sekeliling
lihat setiap arah
utara, selatan, timur dan barat
lihat setiap ruang inci di keliling kita
mesti ada ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan.
mungkin untuk meneroka alam yang lebih luas, lebih laju dan lebih maju.

seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat, membawa kita ke jalan baru yang lebih luas

ingatlah,
penamat hidup kita hanya satu,
iaitu ketita MALAIKATMAUT memisahkan nyawa dari jasad.

itupun,
kita masih berharap menunggu untuk diiring ke satu alam lain iaitu
ALAM AKHIRAT yang lebih luas dan kekal abadi

"hanyalah kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada engkaulah kami mohon pertolongan. tunjukilah kami jalan yang lurus. (iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat"

No comments:

Post a Comment

inspiring words