Friday, February 4, 2011

.luruskanlah.

Love letter dari Dia memang hebat.

bila hati seseorang tu keras, Dia bagi kita ayat melembutkan hati
surah thohaa : 1-6
bila kita rasa 'down' sangat-sangat, Dia hadiahkan kita ayat memujuk
surah al-Insyirah
dan banyak-banyak lagi...

Allah hebat,kan?
Dia tahu semua isi hati kita

kadang-kadang tu..
buka je surat Dia, terus dia bagi
dush!dush!dush!
emang direct dan terus kena


benarlah...
"maka apakah mereka tidak tadabbur(memperhatikan dan merenungkan) Al-Quran ataukah hati mereka terkunci?"
47:24

****

Suka sangat bila Dia kata,
“kalau kamu ikut Aku, nescaya Aku akan tunjukkanmu jalan yang Aku redhai”

Kita selalu minta.
Tiap-tiap hari. Setiap kali solat.
“Tunjukilah aku jalan yang benar”

Dia dah tunjukkan kita jalan yang lurus
Tapi, kenapa sukar sekali kita nak ikut?
Kan Dia dah janji.
Orang yang buat baik, akan diberi ganjaran yang berganda.

Malas.
Itu memang perkataan keramat.
Syaitan memang x kan putus-putus nak tarik kita jangan jadi budak baik.
Kalau kita, manusia ada perjanjian dengan Sang Khaliq,
Dia pun sama.
Sampai akhir dia janji nak perdaya kita.

Berubah.
Bermula dari dalam.
“for things to change, you must change first”

Hidayah dan maghfirah Allah ada di mana-mana.
Dekat sangat dengan kita.
Sebab Dia dah janji,
“Aku sungguh dekat dengan hambaku”
X jauh!
Cuma kita.
Antara mahu atau tidak.

2 comments:

inspiring words