tajuk karangan
bakat
penulis:
zench a.k.a nur khaleeda binti awang
mukaddimah:
semua yang ada di muka bumi ini milik Allah, kan?
dan hanya Dialah Pemilik mutlak atas setiap apa yang ada di alam ini
dari sekecil-kecil ciptaan, sehinggalah sebesar-besarnya..
syukur dan nimatilah segala pemberiannya itu
isi penting:
bakat
huraian:
bakat - kemampuan atau kebolehan batiniah untuk memahami atau melakukan perkara (subjek) atau sesuatu ilmu yang dibekalkan sejak azali pada seseorang manusia. Bakat yang ada pada seseorang biasanya berbeza dengan bakat yang ada pada seseorang yang lain. Bakat tidak boleh dituntut atau dipelajari di mana-mana. Ia adalah kebolehan semulajadi yang dianugerahkan ALLAH pada seseorang manusia sejak belum lahir.
[credit sini]
contoh:
kesimpulan:
subhanallah!
hebat kan Allah dalam mengurniakan bakat kepada makhlukNya
dan itulah hakikatnya juga..
bila mana Allah sangat-sangat Hebat dalam mengurniakan bakat melukis pada ateh
birthday gurl yg khusyuk melukis dalam paint =) |
dan lagi hebat kalau ateh menggunakan bakat melukis dia tu dalam berdakwah kan?
contoh macam lukis komik dan kartun islamik ke...
^____^ wink!
dan suka untuk saya berkongsi bahawa dalam kami 4 beradik perempuan, sayalah satu-satunya yang tangan bangku dalam bab-bab melukis dan mewarna ni...hehehe..
walaubagimanapun, saya tetap bersyukur kerana Allah masih juga menghadiahkan saya kesama-rataan dengan mengurniakan saya bakat dalam bahagian lain, seperti ini ;)
cubaan pertama, ok x? |
buat budak yang berbakat,
selamat hari lahir
selamat berbahagia dengan nikmat Iman, Islam dan bakat kamu itu
moga Allah kasih~
>____<
luvs,
♥♥♥♥♥♥♥kakak
(hati ada 7 sebab satu dari Umi, Abah, Kakak, Angah, Abang, Man dan Adik)
No comments:
Post a Comment
inspiring words