Tuesday, January 25, 2011

.cita-cita.

+ Saya nak jadi engineer!

- kerja tu x sesuai dengan kamu..

+ Kenapa?

- Perempuan x sesuai panjat-panjat bangunan. Kerja tu sesuai untuk lelaki je..

+ Doktor? Doktor kerja dalam hospital je kan?

- Ya.. tapi doktor banyak on-call. Kena kerja malam-malam. Nanti kesian pada anak dan suami kamu kena tinggal-tinggalkan..

+ Umm, saya tukar nak jadi akauntan lah. Kerja office hour. Masuk pukul 8, pukul 5 dah boleh keluar..

- Oh! itu akauntan zaman purba-kala dulu, zaman Mercedes sekarang dah x sama. Tetap kekadang kena kerja sampai lewat malam dan hujung minggu..

+ Kalau macam tu, lebih baik saya duduk rumah je. Tunggu suami balik, hantar anak pergi sekolah, memasak, kemas rumah, lipat baju, sapu sampah...

- X boleh! Kamu tetap juga kena ada kerjaya!

+ Habis tu,  kamu rasa... kerja apa yang sesuai dengan saya?

- dari segi pemakaian dan luaran kamu, saya rasa kamu sesuai menjadi ustazah!

+ Oh, itupun kerja kamu juga!

***

realiti hari ini.
orang anggap kerja baik itu (read:berdakwah) hanya untuk ustaz dan ustazah sahaja.
orang bukan bidang agama, buat apa?

bukankah Islam itu indah.
saya lupa, kamu ingatkan.
kamu lupa, kita sama-sama ingatkan.
kan menyeru kepada kebaikan itu tugas kita semua?

realiti umat akhir zaman.
hanya mampu nak amal makruf.
tapi, nahi mungkar susah sekali.

"saya x mampu nak tegur. cegah dalam hati je lah"
tapi sampai bila?

ah!
tepuk dada, tanya iman.
Ya Allah, tetapkan aku dalam koridor-koridor imanMU

No comments:

Post a Comment

inspiring words