Saya masih ingat sewaktu saya menjalani latihan khidmat Negara di kem ulu pari, 2 tahun lepas
Cikgu-cikgu di sana suka panggil saya ustazah
Kawan-kawan pun sama
Yang paling x tahan, siap ada yang ber”ana-enti”
Mungkin niat mereka sekadar nak bergurau
Tapi siapa tahu, panggilan tersebut akhirnya menjadi satu doa kepada saya
Saya pun x tahu dari mana mulanya panggilan itu
Mungkin kerana pemakaian
Mungkin juga dari faktor pergaulan yang saya cuba sekat sedayanya
atau sikap saya sendiri yang malas nak ikut rencah kawan-kawan yang lain
sejujurnya, saya benar-benar bersyukur apabila Allah tempatkan saya bersama 2 lagi rakan sekolah saya
- ditempat yang sama
- dalam kompeni yang sama
- malah satu dorm!
setidak-tidaknya, mereka masih mampu nak tengok-tengokkan saya
tegur mana yang patut
saling ingat-mengingatkan
saya x boleh nafikan...
malah semua orang
plkn ada pro dan kontra-nya
baik buruk
sopan jahat
semuanya bergantung atas bahu kita
nak pilih A atau B?
Nak jadi ustazah atau budak jalanan?
Masa ni lah waktunya untuk kita uji diri dan Iman
Selepas lebih kurang sepuluh tahun di bangku sekolah
Kita tengok,
Mana satu masih kuat
Masih satu yang lemah dan hanya ikut arus
Adakah kita akan jadi macam lalang?
Sekali angin meniup, sekali ke kiri, kemudian ke kanan
Atau mungkin akan kekal berdiri seteguh karang di lautan?
Buat abang,
Selamat menjalani latihan khidmat Negara di Batu Jong
Kakak sentiasa doakan yang terbaik
Pandai-pandailah jaga diri, jaga Iman
Dan yang penting, jangan lupa pada Dia
luvs,
kakak
No comments:
Post a Comment
inspiring words