Sunday, February 27, 2011

.shark.

shark.
tema rumah sukan Biru sekolah dulu-dulu.
banyak sangat momen-momen indah telah berlaku.
\(^_________^)/
 
semangat kerumahan tu saya yakin x kan padam samapai bila-bila.
baik kamu atau saya.
even, sampai satu tahap kami nak recognized sumbody pun guna warna rumah sukan

"kenal x eeffah?.."

"eeffah mana ya...? yang rumah biru tu ea?"

"aahh..."

wink!
lagi bertambah-tambah semangat bila hari sukan.
kawan pun dah x macam kawan.
masing-masing nak naikkan rumah sukan sendiri.

seronoknya.
rindu nak kembali zaman itu.

yusma, azimah, afina, farhanah sayang
kangen sama kamu semua
;)

***

kini, semangat rumah sukan itu kembali lagi.
mungkin sudah x se'semangat' itu
tapi saya sudah cuba lakukan yang terbaik dan termampu dengan taklifan yang diberikan

alangkah bagusnya semangat itu saya kekalkan!
haih... 
'T____T'

Thursday, February 24, 2011

.benar.


post kali ini di"google" dari sini 

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya... 


1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."( Surah Ali Imran 185 )
2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"
Justeru nafsu yang menguasai diri, menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api Neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .
4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.
5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan solat". Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.
6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

*******************************************************************

terasa "zuq" masuk dalam diri
terus-menerus
satu-satu.

takutkan mati sebab cintakan dunia
"ya Allah letakkanlah dunia hanya di tanganku, bukan di hatiku.."
dan letakkanlah cintaku hanya padaMU..

"sejarah x mungkin berulang..."
sekali kita di depan, kita sudah x mampu untuk berpatah semula ke belakang
hanya sesekali bila terasa diri di atas,
jenguklah mereka di bawah sana

antara kemahuan dan kehendak
mana satu pilihan kita?
"control your desire.."

overlap tanggungjawab dan mandat.
awak, 
bila kita terasa kita terbeban dengan amanah, 
tengok sekeliling, pandang sekitar kita,
mereka pun punya amanah juga
dia dan kita x sama
beza.
kalau kamu rasa kamu sibuk dengan beban di pundak bahu,
aku juga begitu.
tapi hanya Dia yang tahu.

Dan Tuhanmu mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka zahirkan
[28:69]

dan ketahuilah
kita tetap ada tugas dan mandat yang sama
kita semua x terkecuali.
menjadi khalifah dan hamba kepada Sang Pencipta

Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya dan Dialah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya.
[28:68]


khalifah + hamba = mentadbir & memakmurkan 



solat tiang agama.

sujud, syukur dan bertasbihlah pada Dia
pemilik segalanya
panjatkanlah doa
kerana doa itu senjata mukmin.

teringat perkongsian seorang ukhti fillah ;)
"pernah x terbit rasa bersalah atau berdosa kalau kita lewat solat. contohnya : Ya Allah...bersalahnya sembahyang lambat tadi. kalau x tidur tadi, mesti sempat jemaah... kalau x pernah timbul perasaan sebegitu... banyakkan beristighfar, ingat Allah. mungkin banyak sangat bintik-bintik noda hitam dan karat yang timbul kat hati. sebab tu kita x rasa pape..."

sesungguhnya jari yang menaip ini lagi dekat dengan hati kecil yang berbicara dan ilhamNya yang mengerakkan idea

takut. takut sangat-sangat, kalau diri sendiri yang x terlaksana
lagi-lagi bila pemilik bibir ini menutur bicara, especially dengan adik-adik usrah atau sahabat-sahabat,
pemilik itu sendiri yang semakin jauh dari Dia.
doakan saya.
supaya tidak lari jauh dari Dia.

 moga kita tergolong dalam salah satu antara golongan mukhlisin, mukhsinin dan muttaqeen

Tuesday, February 22, 2011

.mohon.



Allahumma inni a’udzubika minal hammi wal hazan, wa a’udzubika minal ‘ajzi wal kasal, wa a’udzubika minal jubni wal buhkl, wa a’udzubika min ghalabatid-daini wa qahrir-rijaal

“Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sesak dada dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung pada-Mu dari sifat pengecut dan kikir, dan aku berlindung pada-Mu dari belenggu hutang dan tekanan manusia”

bila diri rasa terbeban, cepat-cepat istighfar dan kembali pada Dia.

Thursday, February 17, 2011

.sejahtera.

haish!
hati ni mudah betul berbolak-balik
makin banyak tanggungjawab, makin bertambah-tambah pula
bolak baliknya

susah nak jaga hati kecil ini, kan?
saya nak qalbun salim
oh! alangkah indahnya kalau sayalah pemilik hati itu 
T_T 

“carilah hatimu sewaktu membaca al-Qur’an, jika kamu tidak temui, maka carilah hatimu ketika mengerjakan solat… seandainya tidak temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, jika tetap gagal menemuinya… berdoalah kepada ALLAH, pintalah hati yang baru…”
[bait qalam Imam Al-Ghazali]
 
 Hati perlu ditarbiyah atau dididik bersungguh-sungguh supaya menjadi hati yang hidup,
hati yang sentiasa ada hubungan dengan Allah SWT,
hati yang yakin bahawa kita akan bertemu Allah,
hati yang yakin bahawa Allah akan mengira segala amalan kita,
hati yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah 
dan hati yang takut akan azab Allah SWT

 tapi..layakkah saya untuk punya hati seperti itu?


Abdullah ibn ‘Amr ibn al-‘Aas said, that he heard Allah’s Messenger saying:
“All the hearts of the offspring of Adam are between two fingers of Ar-Rahman’s Fingers, as one heart. He turns it (in any direction) as He wills.”
Then Allah’s Messenger said: 

يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
Ya Muqallib al-Quluub, thabbit qalbi ala Deenik.
O Turner of the Hearts - keep my heart firm on Your Deen.
[Sahih Muslim]

Wednesday, February 16, 2011

.jiwa.

Kita sama-sama baca post ni... 
dengan rasa macam 'saya' tu adalah diri kita sendiri..


Saya rasa sangat berbunga-bunga sekarang ni.
“dalam hati ada taman”
Bukan sebab baru balik dari taman seribu bunga kat melaka tu.
Tapi sebab baru balik dari taman syurga di dunia. *halaqah lah kan..*

saya betul2 baru rasa,
betapa Allah sangat banyak bersabar dengan saya.
Diuji saya dengan pelbagai macam ujian yang saya tak tertanggung rasa,
tapi saya tidak meluahkan pada Dia. Saya tidak menyerahkan hati ini padaNya.
Sombong mungkin..
Bila duji lagi dengan ujian yang sama,,
saya menjadi sangat frust.
 
“kenapa kena lagi? Bila nak berhenti?”
 
Diluahkan ke'frust'an pada ukhti terchenta.
Tahu apa dia kata?
 
“ Allah uji kamu for the second time sebab maybe kamu tak lulus dengan cemerlang pada ujian yg first tu”

erk. Waktu tu saya sentappp.
Betul! Memang betul.
Mungkin bila ujian tu dah berlalu,
saya lupa bersyukur. Saya lupa yang Allah lah yang membantu saya.
Saya lupa yang tanpa bantuan Dia, tiada siapa yang boleh tolong, bahkan saya sendiri tak mampu bantu diri sendiri.

Dia dah banyak kali 'menampar' saya,dengan memberi pelbagai ujian,.
Untuk mengingatkan saya untuk kembali kepadaNya.
Kenapa saya masih terleka? Sombong?

Apa yang saya ada sangat, yang boleh dibanggakan?
NONE.

Macam hadith ghulam,
kisah ghulam (budak), yang sanggup korbankan nyawa untuk sampaikan agama Allah.
Bagaimana dia merelakan dirinya untuk dipanah,, hanya untuk menyebarkan bahawa yang berkuasa itu hanyalah Allah.

Tapi,
saya??
Apa yang dah korbankan?
Setelah pelbagai nikmat Dia berikan,
segala kesabaran Dia dengan perangai sombongku ini??

kadang saya terlupa dengan janjiNya,

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)

*ok, sila tanya diri sendiri juga bagi soalan2 di bawah*
  • Apa yang dah saya buat untuk membantu islam?
  • Adakah sudah semaksima mungkin?
  • Adakah sudah layak untuk digerentikan syurga itu milik kita?
  • Atau saya hanya ambil kerja ini sebagai part-time je?

Saya bersyukur, kerana Allah banyak bersabar dengan saya selama ini.
 
Nobody: “so, apa yang kamu nak korbankan?”
saya : “Everything!”
 
ayuh!
 
 

uhhu..
Moga Allah merahmati setiap jiwa-jiwa yang menjual hatinya hanya kepada Allah.
jiwa kamu, dan jiwa saya terutamanya. 

.itu.

nak share satu lagu dan lirik best ;)
"The Prophet"
oleh: Dawud Wharnsby Ali

Muhammad, `alayhis salam,
Sat quietly in the evening
His companion asked,
“O beautiful man, why do you sit here, grieving?”

“My ummah, those who follow me,
The future of their faith
Makes me worry ’til I cry.
My brothers and sisters in Islam,
Will they be strong and carry on after I die?”

The Prophet stood silently and prayed
His beard becoming wet as he cried for his fears.
“O Allah, don’t let this nation fade!”
As he pleaded through the night
The earth around him filled with tears.

“My ummah, those who follow me,
The future of their faith
Makes me worry ’til I cry.
My brothers and sisters in Islam,
Will they be strong and carry on after I die?”

A stillness fell over the land
Companions gathered near to where the Prophet lay.
As Ayesha, his wife, held tight to his hand,
The Prophet spoke again before he passed away,

“My ummah, those who follow me,
The future of their faith
Makes me worry ’til I cry.
My brothers and sisters in Islam,
Will they be strong and carry on after I die?”

Believers,
Brothers and sisters in Islam,
Will we be strong and carry on
Until we die...
 

maulid al-nabi
Muhammad s.a.w 1432H

Saturday, February 12, 2011

.gifted.

tajuk karangan
bakat

penulis:
zench a.k.a nur khaleeda binti awang

mukaddimah:
semua yang ada di muka bumi ini milik Allah, kan?
dan hanya Dialah Pemilik mutlak atas setiap apa yang ada di alam ini
dari sekecil-kecil ciptaan, sehinggalah sebesar-besarnya..
syukur dan nimatilah segala pemberiannya itu

isi penting:
bakat

huraian:
bakat - kemampuan atau kebolehan batiniah untuk memahami atau melakukan perkara (subjek) atau sesuatu ilmu yang dibekalkan sejak azali pada seseorang manusia. Bakat yang ada pada seseorang biasanya berbeza dengan bakat yang ada pada seseorang yang lain. Bakat tidak boleh dituntut atau dipelajari di mana-mana. Ia adalah kebolehan semulajadi yang dianugerahkan ALLAH pada seseorang manusia sejak belum lahir.
[credit sini

contoh:




kesimpulan:

subhanallah!
hebat kan Allah dalam mengurniakan bakat kepada makhlukNya
dan itulah hakikatnya juga..
bila mana Allah sangat-sangat Hebat dalam mengurniakan bakat melukis pada ateh

birthday gurl yg khusyuk melukis dalam paint =)

dan lagi hebat kalau ateh menggunakan bakat melukis dia tu dalam berdakwah kan?
contoh macam lukis komik dan kartun islamik ke...
^____^ wink!
dan suka untuk saya berkongsi bahawa dalam kami 4 beradik perempuan, sayalah satu-satunya yang tangan bangku dalam bab-bab melukis dan mewarna ni...hehehe..
walaubagimanapun, saya tetap bersyukur kerana Allah masih juga menghadiahkan saya kesama-rataan dengan mengurniakan saya bakat dalam bahagian lain, seperti ini ;) 

cubaan pertama, ok x?

buat budak yang berbakat,
selamat hari lahir
selamat berbahagia dengan nikmat Iman, Islam dan bakat kamu itu
moga Allah kasih~
>____<

luvs,
♥♥♥♥♥♥♥kakak
(hati ada 7 sebab satu dari Umi, Abah, Kakak, Angah, Abang, Man dan Adik)

.integriti.

apa perasaan ya, bila diri kita...
sering dilihat..
sentiasa diperhatikan..
dan senantiasa diawasi..
mesti sedikit sebanyak akan timbul rasa cuak kan?

takut..
kalau-kalau gerak-geri kita tidak disenangi
takut..
kalau-kalau tingkah laku kita disalah erti
takut juga..
kalau-kalau langkah kita itu akhirnya boleh membawa kebinasaan kepada diri kita sendiri nanti
takut kan?

integriti
bukankan itu konsep integriti?
jujur dan telus dalam melakukan semua perkara

tapi,
kenapa diri mesti hanya berintegriti
bila ada mata yang memerhati?
bila ada mulut yang berbunyi?
bukankah itu tanda orang yang tidak utuh dalam peribadi?

oh!
bukankah malaikat itu ada di kanan dan di kiri?
sibuk mencatat itu ini
bukankan Allah itu sedang mengawasi
melihat manusia yang lupa tujuan diri

Sayyidina Ali r.a. pernah ditanya oleh seorang sahabatnya bernama Zi’lib Al-Yamani,
“Apakah anda pernah melihat Tuhan?”
Beliau menjawab, “Bagaimana saya menyembah yang tidak pernah saya lihat?”
“Bagaimana anda melihat-Nya?” tanyanya kembali.
Imam Ali menjawab, “Dia tak bisa dilihat oleh mata dengan pandangan manusia yang kasat, tetapi bisa dilihat oleh hati dengan hakikat keimanan …”

saya nak ada sifat muraqabah dalam diri
kesedaran bahwa Allah itu Maha Melihat dan Mengawasi kita dalam segala keadaan
kesedaran bahawa Allah itu Maha Mengetahui apa yang kita rasakan, ucapkan dan kita lakukan
dan juga ihsan sebagaimana yang dikatakn oleh Imam Qusyairi 
Asy-Syahid untuk menunjukkan sesuatu yang hadir dalam hati, yaitu sesuatu yang membuatnya selalu sadar dan ingat, sehingga seakan-akan pemilik hati tersebut senantiasa melihat dan menyaksikan-Nya, sekalipun Dia tidak tampak. Setiap apa yang membuat ingatannya menguasai hati seseorang maka dia adalah seorang syahid (penyaksi)”.

kamu dan kamu.
doakan untuk saya dan kita semua.
semoga kita tidak buta.

Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).”

awak, jom kita berintegriti!
\(^____^)/

Monday, February 7, 2011

.dua.

ada dua perkara berlaku dalam hari ini.
malu dan terkejut.

******
cerita satu ; tersangat-sangat malu

tengah hari tadi saya buat makro teaching arab
dan dijadikan cerita ustaz masuk time saya x betul-betul x sedia ; masih pot-pet itu ini dengan kawan-kawan

"okeh, kita mulakan sekarang. turn siapa?"

"saya...tapi ustaz, bagi saya masa sekejap, boleh?"

"kenapa?"

"nak ambil mood"

"ok. ambil la selama mana kamu mahu"

TT__TT

terketar-ketar waktu nak pergi depan tadi.
mana x nya, saya kena nyanyi sebab salah satu langkah pengajaran saya tu nasyid
aduh!
malu sangat-sangat-sangat
merah. panas. semua ada
vocab arab pun dah tunggang-langgang tenggalam bersama cuti seminggu lepas
sampai tersasul-sasul lagi cakap

"in malayayuwiyyah(dalam bahasa melayu)..."
nah!amek..
terkeluar pulak bahasa englar : english + arab
'X_____X'

yang paling x tahan bila ustaz cakap macam ni...

"pengajaran kamu bagus. unik! sebab kamu gunakan kaedah tradisional (grup saya buat sendiri ABM. gunting-gunting kotak dan kertas. x guna bahan bantu elektronik pun. yg paling baeeeek punya, siap nyanyi live lagi! arrgghhhhhh...). saya cadangkan apa kata kumpulan kamu kita jadikan contoh mikro dan kita rakam. nanti saya betulkan apa yang patut.."

rasa nak gugur + luruh jantung
mak oiiii...x larat eden camgini

dah la ustaz, saya x sanggup mengajar 2 kali.
malu.
n.n

*****
cerita dua; terkejut

petang tadi ada ISL di libry. kononnya nak ambil short-cut ke sana, saya turun ikut tangga masjid. waktu nak turun tu, tiba-tiba...

"eeffah, ni la adik.."

"adik?..."(dengan muka blur + x habis mood malu mengajar lagi)

"aah..adik. aliaa"

"aliaa????!!"

"aliaa...ni la eeffah.."

memang x sangka-sangka. unsangkarable betul.
first time jumpa kut.
dah la kat atas tangga.
selama ni kami chatting-chatting, berYM, call dan mesej je.
x pernah jumpa.
betul...

pernah sekali tu, dia bagitahu dia ada datang maktab, tapi saya pula yang x ada.
memang selama ni x pernah jumpa muka-to-muka pun.
tapi hari ni...

"aliaa!!..(dengan muka terkejut)"

"akak!.."

memang masing-masing jelas nampak terkejut.
huh!

"bila balik?"

"baru je sampai KLIA..."(dari mesir)

"sihat?"

"sihat..."

itu sahaja.
bersalaman dan terus berlalu.
memang sekejap sangat-sangat.
tapi bermakna.
macam dia kata ; fursoh sai'dah!^^

terus saya text dia.
minta maaf sebab x tegur banyak. 
saya terkejut. dia tergamam.
oho!