Saturday, December 17, 2011

.semoga.

*entri yang sudah lama dibekukan dalam draft ;)

pertama
tahniah atas kejayaan dapat 5A dalam UPSR
semoga dapat meneruskan kecemerlangan dalam PMR dan SPM pula 
(ayat skema!)

dan kedua
selamat hari lahir (15 dis)
semoga dengan pertambahan umur ini
adik akan jadi lebih matang dan tak gediks, oke? ;P

our spesial rainbow home-made cake-yang-tak-berapa-menjadi ;)
 
my dear adik,
 wishing you all the best on your birthday
may Allah bless you with success, health, happiness, patience and strength
may all your dreams come true 
and may you live the life that you have always dreamed of
may Allah bless you with victory in this life and eternal life too
selamat hari lahir!

Wednesday, December 14, 2011

.ketuk.

mungkin kita tidak sedari..
 
kadang-kadang 
suatu percakapan, 
suatu pertemuan, 
suatu interaksi yang pendek dengan seseorang,
atau 
hanya mungkin 
dengan secebis nota,
dengan sebuah pesanan sms,
dengan lontaran spontan daripada seseorang,
mampu mengubah kita,
mengubah cara kita berfikir,
mengubah tingkah laku kita

sukar untuk difahami 
sukar sekali untuk mengerti
bagaimana pertemuan atau perbincangan atau apa-apa yang tidak disengajakan dengan itu
sama ada secara langsung mahupun tidak
mampu menjadi satu turning point
lantas membawa satu perubahan baru dalam diri
 
mungkin Tuhan menghantar seseorang itu kepada kita
mungkin DIA menggunakan seseorang itu untuk menyentuh 
atau membangkitkan kesedaran pada diri kita
lantas kita pun berubah
berubah dan terus berubah ke arah kebaikan!

jujurnya,
Allah juga telah menghantar beberapa orang individu melalui alam maya ini untuk 'menyentuh' hati saya
sungguh,
besar kemungkinan mereka tidak menyedarinya
tulisan mereka bisa membuka minda saya,
tulisan mereka mempelbagaikan cara saya berfikir
dan tulisan mereka jugalah yang sedikit demi sedikit telah mengubah diri saya 
hingga mengubah gaya penulisan saya 
yang dahulunya lebih keanak-anakkan kepada lebih bergaya matang
walaupun kadang-kadang masih kekal begitu! ;P

terima kasih saya ucapkan kepada beberapa orang individu tersebut 
dan syukur juga kepada Allah kerana telah menghantarkan mereka kepada saya
menemukan saya dengan mereka walaupun cuma di alam maya
saya berharap penulisan mereka seterusnya bisa mengetuk pintu hati ramai yang lain sebagaimana ia bisa mengetuk pintu hati saya



apakah anda juga pernah bertemu dengan seseorang yang mampu 'menyentuh' hati anda? 

Friday, December 9, 2011

.simbolik.

bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi
begitulah juga orang yang cantik; 
kebanyakannya jarang berbudi

apabila si gadis dipuji dengan kata-kata,
“kamu ni cantiklah,” 
maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya
tersipu-sipulah dia

aahhh… 
siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan menawan? 
begitulah resam manusia,
seronok bila dipuji 
tapi kecewa bila dikeji

kawai hana; bunga cantik
wanita itu sinonim dengan bunga 
dan bunga itu pula, 
pasti sekali dikaitkan dengan cantik 
bunga = cantik

soalnya, 
di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita?
kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan
ada yang merasakan kecantikan wanita itu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya

namun,
jarang sekali kita akan katakan
cantik wanita itu kerana sifat malunya
ya, malu! 

pernah diceritakan..
pada suatu hari, Rasulullah saw berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.

Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek :-

Pertama : Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua : Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga : Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat : Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


sungguh,

wanita itu cantik jika pandai menjaga ke'malu'annya
sebagaimana juga dia menjaga kebaikan akhlak, peribadi dan kecantikan lahiriah mereka
benarlah,
malu itu separuh daripada iman

wahai wanita di luar sana,
mari kita jadi pemalu macam pohon semalu!
(malu yang bertempat)
^^

Wednesday, December 7, 2011

.ilham.

nikmat yang Allah kurniakan kepada kita 
sebenarnya, jauh lebih besar daripada nikmat yang kita minta, kan?

saat kita meminta rezeki, 
pada saat bersamaan rezeki yang Allah curahkan kepada kita, 
jauh lebih melimpah

saat kita meminta kebaikan, 
pada saat bersamaan kebaikan yang Allah berikan 
jauh lebih banyak dari yang kita duga

hanya masa, keterbatasan ilmu dan ketertutupan mata hati, 
membuat kita jarang menyedari besarnya kurnia Allah tersebut

Allahu rabbi
kita sering meminta, dan Allah tak pernah pun mengecewakan semua permintaan kita
tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, 
setiap doa pasti Allah beri perhatian

“Apakah ada siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa, dan menghilangkan keburukan dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada di samping Allah tuhan yang lain? Terlalu amat sedikit apa yang dapat kamu mengingati.” 
(27: 62)

cuma
hanya masa yang membezakan
ada yang cepat,
ada yang lambat,
dan ada juga yang Allah tangguhkan dulu permintaannya itu
kerana Dia akan berikan sesuatu yang lebih baik di akhirat kelak
amin..
EnshaAllah

menurut pandangan ulama tasawuf, 
apabila Allah telah ringankan lidah seseorang hamba-Nya untuk berdoa, 
itu petanda Allah telah memberi lampu hijau untuk memperkenankan doa itu

kata Imam Ibn Ataillah: 
“Tatkala Allah membukakan mulut anda dengan bermohon kepada-Nya maka ketahuilah, sesungguhnya Allah berkehendakkan doa anda diperkenankan.”

yakinlah bahawa apabila Allah mengilhamkan kepada hati kita untuk berdoa, 
maka sudah tentu Allah akan memperkenankan doa kita itu
tetapi jika Allah tidak berkehendak memperkenankan sesuatu doa, 
maka sudah tentu Dia tidak mengilhamkan kepada hati kita ke arah itu

bukan mudah bagi seorang hamba Allah mengerakkan hati dan lidahnya untuk berdoa ,
jika tidak kerana taufik dan hidayah Allah
apabila hati dilembutkan untuk berdoa, 
bererti seseorang itu telah berasa kefakirannya di hadapan Allah
apabila kita sudah benar-benar berhajat kepada-Nya, 
maka Allah pasti tidak akan mengecewakan hajat kita itu
dipetik dari sini

Allahumma inni as'aluka ridhaakawal jannah, 
wa 'audzubika min sakhaathika wannaar
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, ridha-Mu dan syurga; dan aku berlindung kepada-Mu dari murka-Mu dan api neraka".

dan jangan sekali-kali kita lupa, 
apa yang telah Allah berikan kepada kita sebenarnya lebih banyak daripada apa yang sedang kita minta!