bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi
begitulah juga orang yang cantik;
kebanyakannya jarang berbudi
apabila si gadis dipuji dengan kata-kata,
“kamu ni cantiklah,”
maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya
tersipu-sipulah dia
aahhh…
siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan menawan?
begitulah resam manusia,
seronok bila dipuji
tapi kecewa bila dikeji
kawai hana; bunga cantik
wanita itu sinonim dengan bunga
dan bunga itu pula,
pasti sekali dikaitkan dengan cantik
bunga = cantik
dan bunga itu pula,
pasti sekali dikaitkan dengan cantik
bunga = cantik
soalnya,
di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita?
kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan
ada yang merasakan kecantikan wanita itu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya
namun,
jarang sekali kita akan katakan
cantik wanita itu kerana sifat malunya
ya, malu!

pernah diceritakan..
pada suatu hari, Rasulullah saw berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek :-
Pertama : Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua : Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga : Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Keempat : Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
sungguh,
wanita itu cantik jika pandai menjaga ke'malu'annya
sebagaimana juga dia menjaga kebaikan akhlak, peribadi dan kecantikan lahiriah mereka
benarlah,
malu itu separuh daripada iman

wahai wanita di luar sana,
mari kita jadi pemalu macam pohon semalu!
(malu yang bertempat)

^^
No comments:
Post a Comment
inspiring words