Wednesday, December 14, 2011

.ketuk.

mungkin kita tidak sedari..
 
kadang-kadang 
suatu percakapan, 
suatu pertemuan, 
suatu interaksi yang pendek dengan seseorang,
atau 
hanya mungkin 
dengan secebis nota,
dengan sebuah pesanan sms,
dengan lontaran spontan daripada seseorang,
mampu mengubah kita,
mengubah cara kita berfikir,
mengubah tingkah laku kita

sukar untuk difahami 
sukar sekali untuk mengerti
bagaimana pertemuan atau perbincangan atau apa-apa yang tidak disengajakan dengan itu
sama ada secara langsung mahupun tidak
mampu menjadi satu turning point
lantas membawa satu perubahan baru dalam diri
 
mungkin Tuhan menghantar seseorang itu kepada kita
mungkin DIA menggunakan seseorang itu untuk menyentuh 
atau membangkitkan kesedaran pada diri kita
lantas kita pun berubah
berubah dan terus berubah ke arah kebaikan!

jujurnya,
Allah juga telah menghantar beberapa orang individu melalui alam maya ini untuk 'menyentuh' hati saya
sungguh,
besar kemungkinan mereka tidak menyedarinya
tulisan mereka bisa membuka minda saya,
tulisan mereka mempelbagaikan cara saya berfikir
dan tulisan mereka jugalah yang sedikit demi sedikit telah mengubah diri saya 
hingga mengubah gaya penulisan saya 
yang dahulunya lebih keanak-anakkan kepada lebih bergaya matang
walaupun kadang-kadang masih kekal begitu! ;P

terima kasih saya ucapkan kepada beberapa orang individu tersebut 
dan syukur juga kepada Allah kerana telah menghantarkan mereka kepada saya
menemukan saya dengan mereka walaupun cuma di alam maya
saya berharap penulisan mereka seterusnya bisa mengetuk pintu hati ramai yang lain sebagaimana ia bisa mengetuk pintu hati saya



apakah anda juga pernah bertemu dengan seseorang yang mampu 'menyentuh' hati anda? 

No comments:

Post a Comment

inspiring words