Friday, February 10, 2012

.khalifah.

Allah 'tembak' hati saya semasa usrah tadi
Dia kata.. 
"...nak jadi pemimpin, kena kuat dan amanah.."

kuatkah saya?
cengeng ada laa..

amanah?
sungguh, 
terlalu banyak tanggungjawab yang terpikul di pundak ini berbanding masa yang ada 
sebab tu Dia dah ingatkan awal-awal
"..serahkan kerja kepada orang yang sepatutnya,,"

suka untuk saya petik kata-kata Abu Bakar As-Siddiq ketika beliau dilantik menjadi khalifah;

Wahai manusia, sesungguhnya aku dilantik menjadi pemimpin kamu, dan bukanlah aku orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya aku melakukan kebaikan (berlaku adil) maka tolonglah aku, sekiranya aku melakukan kejahatan (berlaku zalim) maka perbetulkan aku. Benar ini amanah dan dusta itu khianat. Orang yang kuat di kalangan kamu adalah lemah di sisiku sehingga aku mengambil haknya (yang diperolehi secara zalim). Dan orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku mengembalikan kepadanya hak (yang diambil secara zalim). Tidak meninggalkan jihad oleh sesuatu kaum melainkan Allah menimpakan ke atas mereka semuanya dengan kehinaan dan kemusnahan. Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan RasulNya. Sekiranya aku menderhakai Allah dan RasulNya maka kamu tidak perlu lagi mentaatiku.  

Ya Allah, 
kami memahami sesungguhnya amanah kepimpinan adalah sesuatu yang cukup berat dan akan ditanya dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. 
Kami memohon kepadaMu agar dikurniakan pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab, adil dan sanggup memikul amanah kepimpinan dengan penuh insaf dan waspada.

Ameen Ya Rabbal Alameen

No comments:

Post a Comment

inspiring words