post random ;)
jika aku hanya sebatang lidi
aku hanya sendiri
tiada siapa-siapa di sisi
lidi
kalau hanya dibiarkan sebatang
mudah patah
mudah rapuh
tapi kalau lidi dah seberkas
satu..satu..
demi satu disatukan
makin kuat
kuat dan terus kuat
sekuat bilangan lidi yang makin bertambah
kadang-kadang
nak juga rasa jadi sebatang lidi
sebab saya nak jadi salah satu lidi yang akan mengetatkan lidi-lidi lain
mendokong dia tanpa sedar
kadang-kadang juga
tak mahu jadi sebatang lidi sahaja
sebab saya perlukan lidi-lidi lain
saya nak dia ikat saya ketat-ketat
biar nanti kita mampu jadi penyapu lidi yang kukuh
yang penting,
jangan terlalu ghairah nak kemaskan ikatan lidi
sampai kita terlupa debu-debu yang masih tertinggal
di sudut itu..
No comments:
Post a Comment
inspiring words