Tuesday, January 4, 2011

.plkn.

Saya masih ingat sewaktu saya menjalani latihan khidmat Negara di kem ulu pari, 2 tahun lepas
Cikgu-cikgu di sana suka panggil saya ustazah
Kawan-kawan pun sama
Yang paling x tahan, siap ada yang ber”ana-enti”
Mungkin niat mereka sekadar nak bergurau
Tapi siapa tahu, panggilan tersebut akhirnya menjadi satu doa kepada saya

Saya pun x tahu dari mana mulanya panggilan itu
Mungkin kerana pemakaian
Mungkin juga dari faktor pergaulan yang saya cuba sekat sedayanya
atau sikap saya sendiri yang malas nak ikut rencah kawan-kawan yang lain

sejujurnya, saya benar-benar bersyukur apabila Allah tempatkan saya bersama 2 lagi rakan sekolah saya

  • ditempat yang sama
  • dalam kompeni yang sama
  • malah satu dorm!
setidak-tidaknya, mereka masih mampu nak tengok-tengokkan saya
tegur mana yang patut
saling ingat-mengingatkan

saya x boleh nafikan...
malah semua orang
plkn ada pro dan kontra-nya
baik buruk
sopan jahat
semuanya bergantung atas bahu kita
nak pilih A atau B?
Nak jadi ustazah atau budak jalanan?

Masa ni lah waktunya untuk kita uji diri dan Iman
Selepas lebih kurang sepuluh tahun di bangku sekolah
Kita tengok,
Mana satu masih kuat
Masih satu yang lemah dan hanya ikut arus
Adakah kita akan jadi macam lalang?
Sekali angin meniup, sekali ke kiri, kemudian ke kanan
Atau mungkin akan kekal berdiri seteguh karang di lautan?

Buat abang,
Selamat menjalani latihan khidmat Negara di Batu Jong
Kakak sentiasa doakan yang terbaik
Pandai-pandailah jaga diri, jaga Iman
Dan yang penting, jangan lupa pada Dia

luvs,
kakak

Sunday, January 2, 2011

.eid milad.


Dalam sedar atau tidak,
banyak sudah terpatri memori kita bersama,
Saat indah kita kenang sepenuh makna,
Saat gundah kita ingat pada hikmahnya,
Hidup ini cuma sementara,
Tiada mungkin kan kekal lama,
Akhirat jua destinasi terakhir kita.

Buat umi dan abah tercinta,
Doa kami buatmu sepanjang masa,
Moga bercinta hingga ke syurga,
Moga dalam redha dan rahmatNya,
Selamat dalam naungan Allah sentiasa.

♥♥♥♥♥♥♥♥

Salam sayang dari anak-anakmu,
 eeffah, eezzah, lutfi, khaleeda, luqman dan awatiff
Yang sentiasa menyayangi kalian berdua,
Alhamdulillah, thummal hamdanlillah.
(^_^)

Saturday, January 1, 2011

.hijrah.

lets take a deep breath
that breath you just took is only from the Mercy of Allah (SWT)
“Al-ham-du-lillah” - All praise is due to Allah

teringat kisah Nabi S.A.W sewaktu di mi`raj
baginda melihat seorang perempuan yang bongkok tiga
Lalu baginda bertanya kepada Malaikat Jibrail, "Siapakah gerangan wanita itu?"

Jibrail pun menjawab, "Itulah dunia.."
***

1.1.11
lagi hari baru
dan juga tahun baru
selamat tahun baru masihi 2011
Moga-moga tahun baru ini akan meningkatkan keazaman kita untuk terus memperbaiki diri sebagai seorang peribadi dan keluarga muslim yang lebih baik di segi amalan, ilmu dan terus istiqamah dengan Islam 

azam untuk berubah. hijrah.
bukan hanya untuk tahun baru. 
tapi hijrah itu perlu, selalu. kan?

“Seorang Muslim itu ialah orang yang menyelamatkan saudara Muslim yang lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah.”

Why you wanna change? 
because you MUST change. 
yes! MUST.
because You are a MUSLIM. 
Because ALLAH choose you to be a MUSLIM, a human being, a chaliph. 
Because You wanna be safe in the Day of Judgment. and there isnt a compromise.

kita golongan terakhir umat Nabi.
ayuh azam. kita hijrah sama-sama.

Thursday, December 30, 2010

.risau.

lagi beberapa hari, result akan keluar. 
taknak tengok pun takpe kot [?]. 
rasanya hampir sebulan exam tamat. 
tapi selama hampir sebulan nilah risau tu tak hilang. 
TAK YAKIN [is the keyword]. 
takpe, doa kan senjata mukmin. 

"Doa is like a weapon, and a weapon is only as good as the person using it; it is not merely the matter of how sharp it is. If the weapon is perfect and free of faults, and the arm of the person using it is strong, and there is nothing stopping him, then he can lay waste the enemy. But if any of these three features is lacking, then the effect will be lacking accordingly."
-ibn Qayyim
 
bila hati ni risau, hati ni jugalah yang cepat minta kepadaNya [takes on positive side]. insyaAllah, Allah akan bantu. 
dan, sepanjang cuti ni juga terfikir. 
mungkin Allah mendidik hati ini supaya redha dan syukur dengan apa yang bakal kita dapat nanti. 
jangan kecewa bila diuji atau gagal. 
sebab, He knows best!

ya Allah, 
berkatilah ilmuku.
berkatilah usahaku.
berikanlah kejayaan yang cemerlang.
di dunia dan di akhirat.
ameen.
 

really hope for the best result.
seek for Redha and Barakah [niat]

PRAY 




because ALLAH always listens, kan? 

Wednesday, December 29, 2010

.double.

Saya nak cerita pasal double hari ni.
Bukan single, bukan juga triple.
Tapi double = gandaan, atau dua

Orang selalu keliru dengan nama saya
Mungkin timbul ‘kepelikkan’ agaknya
Yela, mana x nya…
Saya ada double huruf pada nama double kali

Nampak macam tamak pula, sebab bolot dua-dua, kan?
;P

Saya ada dua E dan dua F
Tapi A dan H satu je ya..
Macam ni : EEFFAH

Equations rekaan sendirian berhad:
Bila E ada dua,
Bila F ada dua,
Maka A dan H hanya akan ada satu
Hehehe~
(Sori ya cikgu math. Saya memang x pandai nak buat persamaan neh!)

Bila dah tahu hukum equations tu,
Maka bilamana kita tinggalkan salah satu daripada huruf double-double itu,
(oh! Ayat terbelit-belit sudah..)
X dapatlah nak eja nama saya dengan betul
Wink! ^_^

Saya pernah ditanya,
“kenapa nama awak ada dua double ek?

Shhh..
Ni rahsia kita je ye…
Dan ini adalah cerita asal daripada umi

“Ayah yang namakan kakak. Waktu umi balik dari hospital tu, tup-tup naik je atas rumah, ayah terus kata:  “kita namakan dia عفّه ”)”
Ayah (read: panggilan kepada atok sebelah emak)

Tapi kenapa mesti dieja dua E dan F?

Saya ada dua E sebab nak samakan dengan huruf ع  pada huruf arab
Ayah kata: 
xkan nak letak ‘epostrafi’ (`) pulak pada huruf E tu
Macam ini `E
F pula diduakan sebab nak meraikan tanda ّ (syiddah) yang ada pada huruf fa
Macam ini فّ
Jadi, sebab itulah saya dinamakan EEFFAH
Yang membawa maksud pemaaf
Dan ada juga sesetengah terjemahan yang membawa erti maruah

Keseluruhannya, nama saya adalah NURUL EEFFAH BINTI AWANG
= Cahaya yang pemaaf lagi bermaruah
(saya ambil dua-dua maksud nama ;P)
Alhamdulillah.
Semoga nama yang ditaklifkan ini sejahtera dengan diri, sifat dan sikap saya.
Amin.

Ummm..memang banyak kan orang nama macam saya?
Ada yang dieja Iffah, Effah, Eefah dan macam-macam lagi
(Dan ejaan-ejaan di atas seringkali “disalah-tulis” pada sijil atau apa-apa saja tentang saya)
tapi, saya yakin.. x ramai yang ada ejaan nama macam saya
Sebab saya dua E dan dua F
siapa tahu, mungkin saya seorang sahaja kan?
bunyi mungkin sama, tapi ejaan lain-lain

Oh ya!
Bukan saya seorang je yang ada double huruf pada nama.


Walau apapun, berbanggalah dengan nama yang diberikan oleh ibu bapa kepada kita
Nama itu adalah sesungguhnya yang terbaik buat kita
Sebab, nama itulah yang akan kita bawa sepanjang hidup ni.. 
(Melainkan ada orang yang tukar nama dia)

Saya pernah terbaca satu artikel tentang motivasi hidup 
yang mengatakan bahawa nama kita menggambarkan diri kita sendiri, cara hidup kita, sifat perangai kita, cara kita berfikir serta apa yang orang lain fikir tentang kita dan sebagainya
semuanya adalah kerana nama adalah identiti dan nilai diri kita sendiri

saya suka ini
Kamu akan di seru Hari Qiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama kamu.

juga yang ini. tentang hak kita sebagai seorang anak

Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah lalu bertanya :
Apakah hak anakku ini, jawab Baginda : Berilah nama yang baik kepadanya, ajarlah ia akhlak yang baik dan letakkanlah dia di tempat yang baik.


oh! berangan pula saya(sambil senyum-senyum) sebab tengah fikir apa nama anak yang sesuai bila dah bina baitul muslim nanti
ketuk kepala sendiri baru tahu*
ishk..nakal betul =)

Tuesday, December 28, 2010

.discuss.

Great minds discuss ideas;
Average minds discuss events;
Small minds discuss people.
-Eleanor Roosevelt.



What does your blog discuss?

************


+ kenapa suka sangat dengan blog?


- ntah. mungkin sebab boleh tulis banyak-banyak-banyak.saya tulis dan kongsi apa yang saya rasa. macam kisah dari hati untuk hati. lebih kepada heart says words convey ;)


untuk saya dan kamu:

"Teruskanlah menulis, tulis terus dari hati, kerana apa sahaja datangnya dari hati, merupakan apa yang kita rasa, timbul dari perasaan."

Sunday, December 26, 2010

.thepotpetking.

greetings to all.
alhamdulillah. all praises to Allah. 

klik pada gambar untuk ke blog penganjur kempen =)

kisah budak sekolah rendah dan seorang ustazah..

"ustazah, aurat tu apa ek?"

"aurat tu segala perkara yang dirasa malu(jika didedahkan) dan kita sebagai perempuan WAJIB memeliharanya. kena tutup semua anggota-anggota tersebut. xboleh nak dedah-dedah"

"apa yang kena tutup tu ustazah?"

"semua...kecuali muka dan tapak tangan"

"oh! macam kita nak solat ek? macam mana nak sure kita dah tutup aurat?"

"umm, bilamana kita yakin pakaian kita tu mampu dipakai untuk solat. tidak nipis, ketat, sendat, pendek dan semuanya lahhh...."

"tapi...."

"apa yang tapi...nya??"

"kenapa ustazah sendiri yang pakai jeans ketat, baju sendat dan tudung nipis ni? ustazah x tutup aurat ke?"

"eerrr...errrmm..ustazah terlupa. lagipun ustazah x boleh solat hari ni..."(sambil terus berlalu)
______________________________________________________

baju trend itu, trend ini
tudung lilit situ, lilit sini
akhirnya,
mulalah nampak itu dan ini
terbuka terdedah situ dan sini

tampal bedak miyami berinci-inci
letak blusher revlon untuk pipi merah-merah
pakai eyeliner maybelline sampai lebam mata
spray minyak wangi Bvlgari mewangi satu rumah
dan lipstik silky girl
untuk siapa?

dengan ipar duai
sepupu sepapat
mudah sangat kita x ambil peduli
siapa nak kisah?
kita kan satu keluarga.

nauzubillah...
itu baru sebahagian
tapi, inilah realiti kehidupan hari ini
ayuh!
buka mata, buka hati.
perbaiki mana yang lompang, perkemaskan mana yang patut
aurat itu milik kita. hak kita.
dan kita sebagai perempuan, terlalu banyak aurat yang perlu dijaga.
x malukan bila orang lihat keaiban kita?

saiyidina Aisyah pernah berpesan:
"sebaik-baik perempuan adalah perempuan yang tidak memandang dan tidak dipandang"

***

sekarang saya nak sebarkan kempen ni kepada:

(oppss..semua budak maths ye.hehe)

last,
doakan saya moga mampu istiqomah pada pakaian-yang-boleh-dibawa-solat ini
"when I wore the hijab, I felt confident and focused"

special thanx to:
thepotpetking yang menganjurkan kempen cover aurat 
dan naima yang bagi tag(sori lambat jawab ya...)