Wednesday, November 17, 2010

.perantau.

beraya berjauhan dari keluarga ada ceritanya tersendiri
ye la..jauh dari aman-damai kampung
kambing, itik, lembu dan kokokan ayam
oh!rindunya nak beraya bersama mereka..

sewaktu called rumah pagi tadi,

"umi, rindu x kat kakak?"

jeda.
"x pernah rumah kita breakfast hari raya makan sandwish.ye la.. semua pemakan x balik rumah"

haru saya.
"washine machine pun bunyi-bunyi sebab x de baju nak basuh"

waaaaaaaaaa
benar-benar meruntuh meruntun kalbu!

rindu nak dengar takbir dari my big family
rindu dengan ayah(atok) yang jadi imam
dan x lupa ayah wa yang akan baca khutbah (since ayah x berapa sihat lately)
then, after balik solat,
semua orang akan cepat-cepat tukar telekung dan berkumpul kat belakang rumah
tengok acara korban
dan tyme tu la juga semua akan berebut-rebut nak pergi sentuh kepala lembu
haiya!rindu nya...

selain dari ketiadaan ramai orang yang balik beraya
especially ME!,
seisi rumah terutamanya c ngah dan ilham tentu akan terasa kekosongan
tiada lagi orang yang akan bertungkus-lumus melapah lembu
potong tulang dan bahagian daging
master in acara korban keluarga!
memang dialah yang selalunya sibuk-sibuk
alfatihah buat ayah ngah~

alhamdulillah, pagi tadi selamat menunaikan solat sunat aidiladha di masjid salahuddin al-ayyubi
ramai sangat-sangat orang terutamanya foreiners foreigners
walaupun tiba agak lambat, sempat gak saya dan angah mencelah di tengah-tengah saff
meninggalkan cek do di hujung sayap kanan masjid, manakala kami di sebelah kiri
satu cerita menarik untuk dikongsi kepada semua
sewaktu semua orang tengah 'sibuk' menghayati takbir raya
kelihatan seorang wanita mak cik bertelekung yang sibuk ke hulu hilir
membimbit sebuah beg hitam dan sibuk berjabat salam

"kakak, nampak x tu?"

"aah..ye wat bende eh?"

"ntah. dari tadi td angah tengok..x abes-abes ngan beg dia"

bila dia dah dekat sikit baru saya perasan..
"oohh, dia kutip duit laa. tu yang bawa beg.."

"duit korban?"

"ntah.."

tiba-tiba, dengar bisik-bisik berhampiran kami..

"kak..kak(sambil tangan angkat-angkat sebab panggil akak mak cik tadi)
"ni dermanya.."

ohh, barulah saya faham.

ingatkan senario tu berakhir di situ je..
rupa-rupanya,sebaik saja kami habis solat,
muncul pula seorang pak cik entah dari mana berpakaian 1 M******A dan di dadanya gah memakai nama PETUGAS di celah-celah saff perempuan
terkejut saya!
jarak kami cuma beza 2 saff saja dan dia betul-betul berada sebaris dengan kami...
dia sibuk bercakap-cakap dengan seorang wanita(mak cik lain pula) walhal ketika itu Imam masih menyampaikan khutbah rayanya..

"angah, tengok tuh! buleh ye lalu tengah-tengah orang puan (muslimat).."

"angah taw bakpe.. dia nak mari amek duit hok mak cik tu kutip tadi.."

"hah!!??"

saya xtaw nak komen pe tentang situasi di atas.
bagi saya, both kurang sopan...
in my side, klu nak mintak sedekah tu x perlulah sampai perlu gerak-gerak..
cukuplah kalu tabung je ke yang pass dari seorang ke seorang
xtaw la.mungkin dia takut duit tu orang curi..
xpun, letak je dekat pintu masjid. insyaAllah akan ada gak nya orang nak bersedekah..
pasal pak cik tu plak, memang x patut..
ya!walaupun dia petugas, x perlulah sampai bergerak ke bahagian saff wanita semata-mata nak kutip duit tu
nanti-nanti, boleh la minta dari mak cik tadi tu kan?

******************************************

around eleven tadi, kami bergerak ke klang
saja ke sana untuk beraya dengan abe di kisas
huhuhu~
he'll be going to sit his SPM by next week
so sekarang ni dalam tempoh kuarantin laa..
xdapat balik umah gak..
hehehe~
papepun, im really thanks to cek do sebab dia ada di sini
thanx for ur first try nasi lemak
walaupun sambalnya kakak yang buat. wink!
plus, for treating us at Nando's semalam

opps!terbalik pula gambar ni ya...

cek do yang lengan berbaju merah itu
arigato ya!
^________^

u saved my money.
semalam kiteorang memang nak makan kat sana dah tyme hang out kat sogo..

"kakak, pernah try x Nando's?"

"ya..once."

"best?"

"not bad"

"belanja angah la. nak try laa.."

"mak oii, demand betul. dah la kakak yang treat u!"

"yela..yela.. dasar kedekuts! mcD je la"

hehehe~
rupa-rupanya keinginan angah tu x sampai situ je
sebab tem kami ke JJ wangsa maju,
cek do ajak dinner di sana
yum!yum!puas hati angah ^^

sememangnya beraya jauh dari keluarga dan di tempat orang berbeza
ya!amat ketara
x semeriah merayakan qurban di kampung
tapi, inilah kehidupan
saya baru di malaysia, bukan di oversea lagi
hehehe~
agaknya bagaimanalah kalau saya di sana?

2 comments:

  1. nak merasa beraya di oversea? meh la sini :D

    ReplyDelete
  2. hehee...nak3!
    kak nadiah belanja tiket ek?
    ;P

    ReplyDelete

inspiring words