Friday, August 12, 2011

.persepsi.

alhamdulillah
tika ni, 12 ogos 2011 bersamaan 12 ramadhan 1432H
jam 8.25 pagi

Allah masih bagi kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa
dan bermula semalam, 
sedar tak sedar kita sudah masuk ke fasa 2
sekejap je kan?

bagaimana dengan amal kita sebelum-sebelum ini?
sudah mencapai pada tahap tertinggi kah?
*sob..sob..kena tepuk dada tanya iman sendiri dulu..

takut..
seandainya puasa 11 hari sebelum ini hanya sia-sia
alangkah ruginya kita

“Berapa ramai orang yang berpuasa, mereka tidak mendapat apa-apa daripada puasa mereka kecuali lapar dan dahaga.”

inshaAllah hari ini mahu berkongsi dua persepsi
yang mana saya kira mula wujud dalam diri manusia hari ini

golongan satu

orang yang hanya puasa adat
puasa yang tiada penghayatan
bila orang puasa, dia pun puasa,
tak makan, minum
bila orang bertarawikh, dia pun datang masjid sama

"yay!...ada lagi kurang 28 hari nak raya! x sabarnyaaaaaa...."

"sempat x eh nak buat kuih raya? nak pergi shopping kat jalan tar lagi..."

"bila nak habis puasa nih? lambatnya nak tunggu sebulan..."

atau mungkin,
kita berada dalam... 

golongan ke dua

orang Islam yang benar-benar faham madrasah Ramadan
pastinya mereka tidak melepaskan ia pergi begitu saja
setiap kali berpeluang menyambut Ramadan mereka pasti menjadi orang paling gembira bagi menyucikan rohani dan jasmani

"allahu rabbi, ramadhan sudah 12 hari berlalu. bagaimana agaknya puasa dan amal aku?"

"x sabarnya nak rebut sepuluh malam terakhir. moga-moga aku terpilih menjadi tetamu lailatul qadr Dia.."

"semoga dengan tarbiyyah ramadhan ini akan berijazahkan TAQWA untuk aku...amin..."

huh, kena ketuk kepala sendiri dulu
mana kedudukan iman saya sekarang?
sebabnya,

“Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadan”
 
memang rugi sangat-sangat kalau nikmat dan kesempatan ramadhan yang kita dapat kali ini,
kita tak isi mampat-mampat 
dengan amal ibadah ikhlas lagi berganda 
kita tak hiasi indah-indah
dengan qiam sujud syukur pada Pencipta

semuanya itu kita mesti rebut cepat-cepat
dengan menggunakan kudrat dan daya usaha superb yang Allah kurniakan..
bimbang sangat-sangat
takut seandainya
Allah tak temukan lagi ramadhan akan datang kepada kita
nauzubillah...

Ramadan itu taman
Taman untuk merawat diri
Daripada luka parah noda duniawi
Agar bekal taqwa dapat dicari

Sehebat-hebat Ramadan
Tuhan Ramadan lebih Maha Hebat
Mengapa hanya beribadat tika Ramadan?
Kita bukan hamba bulan ini

Allah matlamat kita
Dunia ini perjalanan sementara
Ramadan itu pemudah cara
Agar Taqwa dapat dibawa 

kena banyak-banyak doa,
kamu dan saya
moga-moga kita dalam golongan "T" sebagaimana yang disebutkan oleh Allah
amin!
=)

3 comments:

  1. semoga madrasah ramadhan pada kali ini adalah yang terbaek dan tidak sia-sia. dan andai ini ramadhan terakhir kite tiade istilah penyesalan yang akan timbul. salam ramadhan kareem..

    ReplyDelete
  2. nak share entry ni kt blog Chiq ahh...boleh la ea...thank u n baarakallahu fiiki :)

    ReplyDelete
  3. cik atin

    ramadhan kareem juga ;)

    chiq

    dah tepek pun kan? hehe..bereh..bereh..

    ReplyDelete

inspiring words