Wednesday, December 30, 2009
Tuesday, December 29, 2009
.pengijazahan.
blaja darussyifa'
pejam celik, pejam celik
setahun tu x terasa pun
sebelum ni,
nak balik weekend umah cekdo pun kena pikir 2 3 kali
takut2 ada kelas
but now, im free..
hehehe~
alhamdulillah
masanya telah tiba dan saya akan buktikan pada dunia!
hahaha..ada kaitan ke?
masih segar tarikh 030109 lalu,
tem tu 1st tyme nak pegi menghadap tok guru
perasaan semua bercampur-campur
ikhlas ke x neh?
knape nak blaja?
nati klu kena usik tengah2 malam cmne ek?
wiwiwi~
itu semua perasaan 'bodoh' yg bergelut + bergelumang lam otak neh..
tapi skrg, im reali proud to announce dat
im Darussyifa' graduated
hahaha~
papepun,
alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah..
semua ni berlaku atas izin dan kehendak ALLAH
ayah pernah tanya,
"pasni leh la rawat sakit ayah lak.."
hah!
"yg tu kena pikir banyak kali. kakak x ready ag. hehe."
dan buat permata kalinya semalam,
sampai je kat umah chiq trus nak test ilmu DS saya
"kak, tolong gak baca sket2. ase angin satu badan la..."
gurlppp!
mati kutu dibuatnya.
mana x nya, al-ilmu fi kitab, xkan leh igt sume
nak x nak,
g la cari halia kat dapur dan baca pape yg patut.
huh~
berkesan ke x ek?
x taw.. chiq cakap,
"ok la sket dari x ok".
hahaha...
asanya,
saat yg xleh lupa
bila tyme ijab dan qabul
macam kawen lak bunyinya kan..
tapi,
perkara tu la yg telah berlaku tem pengijazahan tersebut
bangga.
dan pada masa yang sama takut.
ilmu perubatan islam..
bunyinya pun da gah.
inikan pulak, kita yg beramal
semoga ilmu yang diperoleh ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan mendapat keberkatan ALLAH s.w.t
insyaALLAH~
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
ustaz Dato' Dr Haron Din:
"NURUL EEFFAH, saya ijazahkan kamu ilmu perubatan Islam"
"saya terima, ustaz"
"alhamdulillah. barokallahu fiki"
Friday, December 25, 2009
.dermatology.
umm, sakit ke x ek?
ntah.
wallhu a'lam
secara fizikalnya sihat alhamdulillah
cuma certain part je yg perlu diberi perhatian lebeyy..
huhuhu~
dermatology?
pe tuh?
ni pun 1st tyme guna term ni
yg mana didapati pada plastik ubat tuh
umm, klu diikut pada bahasa kampung saya
lebih kurang sakit badam
kulit gatal-gatal
macam ade 6 sense lak sebab
tiap kali nak makan
bibir macm bleh scan bahan-bahan yg ada dlm satu2 makanan tuh!
yg penting kena berpantang
dari makanan-makanan yg x sepatutnya dimakan
xperlu di'state'kan satu2 makanan yg elergic tu
sebab,
yg paling utama jauhkan diri dr makanan-makanan itu!
wawawaaaaa...
selamat tinggal my feveret fud.
babai~
janji ALLAH dalam sabda Rasulullah S.A.W:
"tiada seorang muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerana ALLAH akan menghapuskan keburukan-keburukan sebagaimana pohon yang mengugurkan daun-daunnya"
(hadis riwayat bukhari)
moga digugurkan semua dosa-dosa kecilku.
ana abid dhoif.
sentiasa leka dan lalai dariMU
dekatkanlah aku dengan rahmatMU, Ya Rabb.
amin~
Wednesday, December 23, 2009
Saturday, December 19, 2009
.tengkujuh.
da dua hari ayah duk umah sorang2
since chiq + mok pegi cuti2 kat langkawi
abg long dengan rela hatinya accompany ayah utk semalam + malam ni
abe pun nampaknya da ready dari tadi nk pegi teman sama,
tapi ujan yang turun on off
mcm kurang mengizinkan jek..
teringat lak kisah lucu yg ayah cerita smlm tem makan:
"ayah rebus ubi tadi"
"yang dalam periuk tu?"
"haah..yg lam periuk tu benanye da lps tuka"
means periuk yg berisi ubi tu x sama dgn periuk yg digunakan utk merebus sebelumnya
"maksud ayah?"
"ayah x taw pun api (dapur gas) tu bleh wat kecik besar. ayah buka jek dan tunggu sampai air tu kering. sedar2 da hangit.."
haahahahaaaa...
abes kami semua gelak.
"patutla tadi tem basuh periuk, ade se yang itam sgt2"
"hush..klu mok tahu..."
shhh!!!^^
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
status ym saya:
tengkujuh datang lagi~~
umm,
mmg da jadi satu kemestian
tiap2 taun pada bulan 12
ujan mesti turun
air sungai mula naik
dan banjir pun terjadi
benar kata orang tua-tua:
air yang tenang jangan disangka tiada buaya
setenang manapun ombak itu
kita tetap x tahu bahaya yang menanti di bawahnya
bagaimana pula nelayan?
ikan di lautan mungkin sedang bersorak kegirangan
tapi,
keluarga di rumah mungkin sedang merintih kesedihan
dek kerana bekalan yang makin berkurang
'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
tengkujuh begini,
seronok rasanya jika dpt menikmati ubi rebus 'ayah'
xpun pulut kukus + ikan bakar
hehehe~
alhamdulillah
aku masih beruntung daripada mereka.
Friday, December 18, 2009
.permulaan.
"setiap kali datangnya tahun baru, membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku,
semakin dekatnya ajalku,
semakin tipisnya waktu pengampunan ALLAH terhadapku,
semakin dekatnya hari perhitunganku"
kita pula bagaimana?
kuasa di tangan kita
kita yang mencorakkan tahun baru lebih bermakna
salam awal muharam 1431H
Wednesday, December 16, 2009
.1612.
ya rahman ya rahim
bukan mudah untuk aku mendapatkan sahabat seperti dia
bukan kebetulan aku bertemu dengannya
tapi takdir yang sudah termaktub
kehadiran dia ini adalah anugerah tidak ternilai buatku
aku tidak akan lepaskannya kerana aku terlalu menyayanginya demiMU
namun,
aku sesekali tidak minta sayang dibalas sayang
cukup sekadar aku pohon agar dirinya mendoakanku sewaktu adaku dan tiadaku di muka bumi ini
dan aku harapkan dia sedar kehadiranku sebagai sahabatnya
uhibbuki fillah..^^
masih terasa seperti di awangan
terngiang-ngiang setiap bait bicara kami
satu persatu potret kenangan tadi bersilih ganti di minda ini
ya ALLAH betapa indahnya ukhwah itu jika semuanya keranaMU
aku bersyukur ya ALLAH kerana ditemukan sahabat-sahabat dunia akhirat sepertimana
mereka
alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah..
sesungguhnya di jalan ALLAH,
persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
persahabatan ini adalah perancangan ALLAH yang mengetahui segala rahsia,
kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA juga telah menetapkan kita mengukir seribu kenangan bersama
persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang
harapanku,
moga berkekalan hingga ke jannahMU
nilai ukhwah itu lazat rasanya
nilainya itu bukan hanya terletak pada satu pertemuan
nilai itu tidak terletak pada meriahnya perbualan
nilai itu juga bukan dikira pada harga hadiah berlian
tapi ukhwah itu bernilainya tersirat pada sebuah ingatan
“ where are the ones who love each other because of My Exaltedness (for the sake of Allah)? Today I will provide shade for them in My shade – a day wherein there is no shade except for My shade” (Prophet saw)
"memori 1612"
insyaAllah upload gambar nanti..
Tuesday, December 15, 2009
.semek.
15 disember 2009
28 zulhijjah 1430H
alhamdulillah
saat ni adik a.k.a semek baru cukup umur spulOh taun
huhu~
xpercaya kan?
tuan bukan men besar+tinggi
rupe2nya baru standard 4
tengokla sendiri gambar dia yg ala-ala pakai purdah kat bawah ni!
dan utk pengetahuan semua
gambar ni penah menimbulkan kontroversi kpd saya
"eeffah ke tu?"
aisehh..
ade lak yg pikir cmtu ek?
most yang tanya tu btul2 igtkan saya yg posing maut cmtu
hihihi~
terpaksa la explen balik gambar tu
mungkin a bit persamaan
ye la kan..
kami ni siblings
sket byk pun akan ada sama gak
sempena bday dia arini
she maked me a nice + cute pic
dengan bantuan ida yg kreatif..^^
yang mana skrg ni telah dijadikan sbg main pic kat desktop
wiwiwi~~
thanx adik + ida!
cam tetau lak yg kakak suka word
EEFFAHngOkngek
froggy
belang2 yang kalerful
terharu sgt2..
mekaceh banyak-banyak
tapi pelik kan?
spe yg sambut hari lahir neh?
tetuka lak..
hehehe~
xpe2
nati klu kakak ade duit lebih
kakak belanja + beli hadiah
hahahaha~
jahat kan?
there's notim dat i can give u
no special give
no special word
but deeply in my heart
i only wanna say dat
i luv u because of ALLAH
sori byk2 sebab kakak selalu buli adik kan?
heheh~
banyak sgt nicknames yg kakak bagi kat adik
poi : singkatan dari sempoi
pamper
nama baru sbb adik manja ngat
semek
yg ni paling lama kekal kan?hihih~
and many mores
sori sangat-sangat
last,
kakak doakan semoga adik panjang umur
dimurahkan rezeki
berjaya di dunia + di akhirat
jgn lpa doakan kakak cm biasa ek?
heheh~
Monday, December 14, 2009
.windows 7.
hahaha~
windows 7 profesional..
saya agak puas hati dgn anjakan paradigma yang amat kepada laptop ni
macam baru lak asenye..^^
even tuan kedai tu lupa nak masukkan kaspersky!
aiseh..
xpe..saya maafkan.
naseb bek pandai bace instruction utk upload..
menjadi la jugak
hehehe...
x banyak nak cite sbb ada sumtim yang lebih menarik malam ni
football match sukan sea
malaysia vs laos
skrg ni dah 2-1
huh!
sengit lak asenye sbb malaysia penah kalah ngan laos lum ni
papepun,
chaiyok!chaiyok!fight!fight!
saya sokong malaysia!
Sunday, December 13, 2009
.layakkah.
Kadangkala aku sering mengejar suatu yang tak pasti,
Dan sering lupa pada realiti,
Mengeluh pada satu tekanan,
Lupa padaMU Yang Mencipta
Mampu kah aku bertahan,
Hingga saat senyuman terukir tak terpadam,
Bernafas dan terus bernafas,
Mendiami jasad nan kerdil,
Melangkah dan terus melangkah…
Mencari redhaMU Sang Pencipta
Aku tahu aku di alam realiti
Aku sedar aku punya TANGGUNGJAWAB yang pasti
Tapi aku leka mencari hidup yang fantasi
Aku leka mengejar cinta duniawi
Aku lupa padaMU YANG MEMBERI
Dimana rasa MALU padaMU
Kau sentiasa bersamaku
Kau sentiasa mengasihiku
Kau beri aku peluang
Namun aku berpaling
Kau beri aku UJIAN
Aku mengeluh tanpa iman
Ya ALLAH,aku berdosa padaMU
Aku TAK LAYAK UNTUK SYURGA MU YA ALLAH
Tapi aku juga tak mampu menahan API NERAKA Mu yaALLAH
Semalam aku berpaling dari Mu ya ALLAH
Aku lari dari mengingatiMU yaALLAH
Hari ini aku ketawa gembira,
TanpaMU di ingatan YA ALLAH
Esok…
Layakkah aku terima KASIHMU
Mampukah aku bertemu denganMU
Terlalu banyak dosa silamku YA ALLAH
Dosa yang tak terhitung
YA ALLAH
AMPUNKAN aku
Terimalah taubatku
Terimalah taubatku
Terimalah taubatku YA ALLAH..
Saturday, December 12, 2009
.keberkatan.
agak merugikan bukan?
rindunya nak balik ipis..
saya rindukan suasana dan biah di sana
kuliah agama
solat jemaah
tentang segala-galanya
susah untuk istiqamah perkara baik di rumah..
banyak sangat cabaran + dugaan
kemalasan yang meninggi akhirnya akan membuatkan kita lupa dan semakin lalai dariNYA
"Dua nikmat yang manusia sering lupa: nikamt SIHAT dan MASA LAPANG"
masa terlalu banyak dibazirkan dengan kekuatan fizikal yang sihat dariNYA
ahhh!
manusia mudah kufur dengan nikmat pinjaman ALLAH
mudah rasa x puas hati dengan pencapaian yang ada
"elok brnti wat sesuatu bile kite da cpai thp tu..then kasi pluang kt org lain.."
huhhh..
senang nak luahkan
tapi mampukah kita laksanakan bila sampai masanya itu?
kekadang,
pernah x kita merasakan bahawa kita x cukup waktu?
sedangkan memang sejak azali dan pastinya kita semua telah diberikan masa yang secukupnya,
malah sama rata bagi semua manusia
namun, acapkali pula kita mengeluh kerana kekurangan masa..
mengapa?
dan mengapa?
"kerana TIADA KEBERKATAN di dalam waktumu"
Allahu akbar!
tiada keberkatan?
patut la awal2 cuti selalu ase lama sangat masa berlalu..
bila da nak abes..
mula la,
"alaa...sekejapnye cuti"
itu ada 7 cara
1. meninggalkan maksiat
2. meningkatkan ketaatan
3. menjaga solat di awal waktu
Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang paling bagus adalah yang apabila habis waktu solat, dia menantikan waktu solat yang seterusnya"
4. membaca Al-Quran
5. tidak tidur selepas subuh
6. memperbanyakkan menuntut ilmu
7. menjaga makanan yang dimakan
masih belum terlambat untuk kita mencari keberkatannya
gali dan carilah ia selagi belum terlambat
pintu taubat ALLAH masih terbuka untuk hambanya sentiasa mengingatiNYA
ya Allah,
tunjukkanlah aku yang hak itu hak untuk aku mengikutinya
dan tunjukkanlah aku yang batil itu batil untuk menjauhinya
note:
"sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang x mungkin dapat dijahit melainkan dengan menghadap penuh kepada ALLAH. di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang x mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama ALLAH. dalam hati itu juga ada sebuah kesedihan yang x akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal ALLAH dan ketulusan berinteraksi denganNYA. dalam hati juga terdapat kegelisahan yang x mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana ALLAH dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju ALLAH. dalam hati juga terdapat gelojak api yang x mampu dimampatkan kecuali dengan keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan ALLAH, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan denganNYA"
Thursday, December 10, 2009
.seruan.
dari seorang sahabat, Kak Ana[upm]
dalam hidup kita, Allah menyahut kita dengan 3 seruan sahaja..
1. seruan azan
sambutlah seruan ini.. seruan pertama bagi meperingatimu agar menuanikan kewajibanmu kepada Yang Esa
sesungguhnya harta dunia itu akan menjadi saksi pada hari akhirat kelak. Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara yang bakal menjadi saksi ialah laungan azan. sebanyak mana makhluk itu mendengar azan, sebanyk itulah ia akan menjadi saksi di akhirat kelak.
2. seruan haji
bagi mereka yang mampu.. sambutlah seruan ini, maka engkau akan mengecapi kemanisan Islam itu
3. seruan Ilahi
panggilan ini akan mempertemukanmu dengan Tuhan Yang Maha Mengasihi
oleh itu, persiapkanlah dirumu untuk menyambut seruan pertama dan kedua, sebelum kamu dijemput untuk seruan ke tiga
"katakanlah (wahai Muhammad) : wahai hamba-hambaKUyang telah melampaui batas terhadap mereka sendiri (dengan perbuatan- perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi."
(Al-Zumar:53)
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
ingatlah,
dalam kita melangkah,
kadang-kadang kita diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita tunduk dan menangis,
peritnya terasa.
tapi, ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan..
“bersyukurlah dalam istighfar padaNya. paling tidak, hati masih lembut, masih celik tiapkali teringat khilaf yang lalu. sesungguhnya hidayah itu sentiasa berlegar-legar dalam sanubari kita. genggamlah ia dengan kejap, biar berparut pada hati, biar membekas pada jiwa, biar pelukannya mampu menghantar suara hati hambaNYA yang sentiasa berharap akan rahmat dan petunjuk di sepanjang perjalanan hidup ini menuju akhirat"
Monday, December 7, 2009
.take turn.
baru semalam saya dan adik2 tiba dari kl
arini, abah plak ke kelang
seminggu lamanya..
huuuuhuu~
ada kerja ngan LPM..
nyaris2 semalam abah bgtaw yg umi kena pegi sama klu paper dia x sampai
len yg dirancang, len plak yg jadiknya
dijadikan cerita
pagi2 ag pejabat pos kol
"cikgu, kertas dah sampai.."
hehehe~
maksudnya:
umi x perlu ke kelang utk antar kertas tu^^
bukannye x nak bg umi g jln2
cuma by tis saturday
she will sit for english paper
klu pegi, x dpt nak studi kan?
wiwiwi..
agpun,
ni kan da final sem umi
tesis pun da anta
rehat kat umah je la ya?
^^
*************************************************
pernah dgr x lagu steamyx?
ala...yg ada iras satu lagu tu
da lupa lagu pe..
tapi, lirik nya lebih kurang camni
"potong.. potong..potong..potong..
potong..potong..potong..potong sajalah"
heheh~
lirik ni sesuai untuk musim berkhatan skrg ni kan?
ye laa..
masuk je cuti sekolah akhir taun
kanak2 mula la berebut2 di klinik untuk bersunat
x terkecuali
AHMAD LUQMAN BIN AWANG a.k.a man
lalalala..
arini man telah selamat dikhatankan oleh pak cik min merangkap MA di hospital besut
selama ni..
abg pun berkhatan ngan pak cik min kat umah dia
kirenye abg pemula, then man penutup
agpun saya ada 2 je adik lelaki
huhuu~~
kirenye skrg ni da moden la sket
xperlu ada batang pokok pisang ag dan benda2 leceh
ubat bius pun da wujud
xde la rasa sakit sangat kan?
cam tetau tak..hihii
yang penting kena berpantang dalam satu tempoh masa yg xditetapkan sehingga benar2 sembuh
semalam pun,
umi + abah ada wat solat hajat sket kat umah ayah sempena man berkhatan
nak bagi semangat sket sebelum dipotong
heheh~
kat bawah ni gambar candid man yg sedang 'mengerang' kesakitan
hihiiii...
sori, abah xde! jgn demand byk sangat ya...
hahahahaha...
sengaja digantung dari gril bilik ke tali penyambung aircond
supaya dia x sakit sangat bila kain tu bersentuhan dengan kulit
huhuuhu...
tahan sket ya?^^
thanx a lot to ayah nif + abg long yg accompany man tadi
since abah xde
dorg la yg tolong tangokkan man tadi
syukran
teringat seloroh umi tadi:
"cheq x kan ajak dah abg long tolong2 klu ada khatan"
"mmg pun. cheq mane ade anak laki doh. cucu la plok"
hahaha...
note:
cheq tu panggilan untuk umi(umi's side)..
mmg la xkan ada lagi adik beradik yg akan berkhatan coz kami cuma ada 2 lebah dan 4 kuntum bunga je dalam famili..
xtaw la kut2 ada ag org lam famili ni yg nak berkhatan 2 kali
lalalalala~~
Sunday, December 6, 2009
.package.
hihihii...
pakej tu lah yg telah ditawarkan kepada saya tempoh hari
seminggu!
mengecat rumah sambil meronda-ronda di KL + melaka
memang menyeronokkan
hahahahaa~~
kirenye saya nak cite dari awal perjalanan pakej ni
since umi + abah + abe + atih
x accompany kami..
makanya, agak bebas la sket utk buat pape
huhuuu..
tapi, x bermakna kami bleh langkah panjang
sebab chiq olweys bersama
aiseh!
>,<
*********************************************************
011209
selasa
chiq + kak najihah + angah + me
pelancong:
adik + kak ming
ramai pemandu dari penumpang...hehehe..
actually saja je nak bawa adik pegi tengok hiasan xmas kat sana
heheh..berbaloi..
dia pun cam seronok je..^^
orang kata:
alang-alang menyeluk pekasam
biar sampi ke pangkal lengan
tourist guide kata:
alang-alang datang klcc
bek kita masuk aquaria lagi
heheheh~
benanye saya yg beria nk masuk sebab ni la 1st tyme pegi
hihihi...
sekecik-kecik adik pun da masuk..x adil!
so, nak x nak
'termasuk' la chiq+kak najihah+adik+angah buat kali ke duanya
dan kali pertama buat saya + kak ming
agak 'jakun' la gak
tengok ikan besar2 live
wiwiwi~
ikan ni asyik senyum je..agaknye senyum kat jurukamera
hehehe..(saya la tu)
kami terlepas tem feeding fishes
huhuhu...
nak wat gane
xkena timing(*.*)
klua je dari klcc,
tibalah masa yg ditunggu-tunggu
kami pegi melawat bangunan bersejarah sogo
yayy!
tapi x sempat beli papepun
org ramai sangat
lagipun, tem tu nak cepat sebab xnak jam peek hour org balik keje
kami pegi cuma pegi makan-makan je
stuff?
ambil..letak balik
ambil..letak balik
last2, balik without notim
wiwiwi~
********************************************************
021209
rabu
kami amek keputusan nak pegi melaka
since ayah de beria nak bawa pegi waterfall
why dun we grab tis oppurtunity?
heheh..
sume makanan, tempat tinggal, tiket masuk
FOC @ free
cuma spend duit untuk tiket pergi dan balik je
RM12 x pergi balik = RM24 seorang!
yahUuuuu...
perjalanan pagi tu bermula dengan berjalan kaki ke LRT putra
sebab nak rush
sampai stokin yg saya pakai pun tertuka
hehehe~
xcept angah..tu pun sebab x tahan gelak sorang2
hahahah...nampak x different kaler dy?
kami keluar akan char kue teow spesel
then, meronda-ronda sekitar bandar melaka
bak kata "org2 melaka":
melawat melaka bererti melawat malaysia
hehhe~
so, malam tu
kami telah di'treat' untuk nek river cruise + menara taming sari
xsangka melaka pun ada menara ek?
terus tido sebab nak sipan tenaga men air esok
yayy!
*************************************************************
031209
khamis
agenda utama ke melaka pun tiba
kami ke A Famosa Resort
untuk men air di wetland water A Famosa
seumur hidup
xpernah mimpi nak masuk men air tempat2 macam ni
lebih2 lagi dengan kos yg agak mahal
RM40 per head!
sape la saya yg nak pegi?
nak ajak abah?
da bleh agak...
abah will said:
"xyah la...bek g men air kat lata belatan ke.."
huhuuuu^.^
betul2 enjoy
asalnya bertudung x dibenarkan
tapi kami redah jek
asenye, kami je yg bertudung kat sana
klu muslim len pun,
pakai skaf..
paling best, men pelampung
ntah la ape nama mainan tu...
kami rela panjat tinggi2 berkali-kali semata-mata nak men mainan tu...
hehehe~~
petangnya,
kami ke telok mas untuk lawat ayah teh (adik abah yg menetap di sana)
thanx for giving me hundred
hehehe..bleh topup duit yg abes tu^^
dan malamnya plak,
kami ke mbmb di umbai untuk menikmati ikan bakar
yumm..yumm..
alhamdulillah..
***************************************************************
jumaat
041209
bertolak pulang ke kl dengan bas mayang sari
adim nyaris-nyaris ketinggalan bas sebab sakit perut
aisehhh!
papepun, thanx a lot to ayah de + cik nad
sebab da spend byk sgt duit untuk kami enjoy
hehehe
dan pada hari ni gak adalah birthday anfal
selamat hari lahir
selamat hari lahir
selamat hari lahir anfal
selamat hari lahir
even agak lambat untuk wish
tapi, sekurang-kurangnya
saya x lupa kan?
better late than never omputeh kata...
hihiii~~
******************************************************************
051209
sabtu
rancangan utama kami baru bermula
iaitu
mengecat umah!
macam la byk ngat yg perlu dicat
hehehh...
tapi demi cek do
kami tetap laksanakannya...^^
teka kaki sape tu?
hehe...
abes je cat, saya keluar ag ke jusco
saja jalan2 bawak man
sblum ni dy di melaka dan saya+adik+angah di KL
kirenya nak bawa di ronda2 sbelum balik esok
means arini..
**************************************************************
061209
ahad
tempoh seminggu bercuti akhirnya tamat jua
huhuhu~
jam 11 tadi
bart antar kami ke LRT putra untuk nek tren ke sentral
b4 amek bas ke lcct
sambil2 tu
dia dtg antar birth certs adik + man yg tertinggal di umah
hehehhe...
naseb bek abah x marah!
huish..
dan,
pukul 2 tadi kami check in di R39
amek tiket + terus masuk boarding room
act x bawa byk baju pun sbb da ada kat umah cek do...hihiii
saya tido jek!
keletihan agaknya..
angah said:
"adik + man 'terlekat' je muka kat tepi"
ni 1st tyme dorg nek...agpun ni hadiah abah+umi untuk man sebab dpt 5A
papepun,
ni adalah holiday terbaek utk taun ni
hehehh~
thanx 4 umi + abah yg byr tket
cekdo 4 tempat penginapan
ayah de + cik nad 4 travelling to melaka
n everybodi yg contributes dlam pakej percutian ni
heheh~~
time kaseh daun keladi,
len kali nak pegi dan belanjalah lagi!
Wednesday, December 2, 2009
.pudu.
arini kami akan 'merendek' ke melaka lak
heheh~
kurang lagi 1 jam
klu ikut plan chiq
kami akan ke pudu + amek bas ke MC
ni kali ke 2 saya akan ke MC
klu ke melaka...
ummm, da xleh nak kire..
wiwiwi~~
perancangan di melaka?
A Famosa Resort
betul ke name nye?
hihiii...nak mandi manda..
menara taming sari + eyes on melaka
jumaat baru balik kl semula..
so,
doakan keselamatan kami ya!
need to go 1st
chiq da suruh bersiap...
tata~
Tuesday, December 1, 2009
.planning.
agaknye sebab lame sgt bercuti di sini
6 days!
aiseh...
lame + panjang sgt tempoh tu..
ase da boring duk sini..
kononnye sbb da lame 'bertapak' di sini
even saya hanya duk bangi..T.T
plan asal nak dtg cat umah..
then bawa adik jalan2..
asenye kena tambah ag tempat2 yg kena dilawat + dijajah
melaka?
dlm perancangan...
hihihi..
kelip2?
xde rezeki tul..
kak ashek ada course..
gamaknye klu nak dtg
kena sendiri2 la plak..
papepun,
jgn lupa pegi lawat bangunan bersejarah SOGO
bak kata chiq:
never say NO to YES
wawawa...
comin!
wait for us ya...
Sunday, November 29, 2009
.puding roti.
alhamdulillah...
kita semua telah selamat menyambut hari raya qurban
dan my big famili..
selamat menumbangkan 2 ekor lembu
act, saya nak upload gambar2 raya qurban + raya aritu..
tapi,
so sad to say yg kamera ni wat hal lak
tiap kali nak transfer
dia mesti kata:
"the folder is empty"
pelik.
bin.
ajaib.
macamne leh jadi gitu?
lam kamera ada.. tapi lam folder dia kosong.
memori kad pun xleh baca.
umi said:
"aritu cg din ada tolong burnkan lam cd. cbe tgk kut2 ade"
cg din=pk sekolah umi...
sayang gak. memang xde.
asenye kamera ni yg ada prob.
sadisss!
huhuhu....(>.<) papepun, saya nak ubati kesedihan ni ngan share satu lagi invention "puding roti" heheh~~ sebenanye, wktu mgrib semalam ag sy sibuk2 duk tanye umi "umi... tolong la wat puding tu" "umi x taw" "alaaa... angah. plisss!!!" keinginan nak makan puding tu tiba2 dtg. tapi terbantut dek sume org xtaw cara2 nak wat. lepas solat isyak smlm, saya + angah + umi ke umah cik yah utk tolong2 cik yah ni jiran depan umah
esok: means arini ade kenduri kak long
masa nak balik tu,
tiba2 cik pah tanye
cik pah ni plak jiran sblh umah cik yah... tapi umah dia ag btul2 dpn umah saya...
x pham?
abaikan..heheh
"long, mane tupperware kuih cik pah bawak?"
"tupperware? cik pah isi mende tadi? cuba tanye cik.."
"puding roti..."
hahhhh!
terbeliak saya ngan angah. baru je tadi berangan2 nak makan
tetiba,
"cik...nak sket"
angah yg mintak... saya malu...hihihi
memang dasar x malu!
kami pun santap la sambil jalan2 balik ke umah.
otw balik tu,
cik pah pun ikut sama sebab td dia dtg awal sket ngan umi.
so, balik pun sama2 gak la...
saya dgn beraninya:
"cik pah, wat gane ek puding roti?"
"ooo... bawak pisang lu. baru cik pah ajar"
heheheh~
pandai gak ek.
so, bila da berbasi2 ngan dia sket2..
barula dia bgtaw:
"senang je kakak"
kalu bekas besar :
roti gardenia 3/4, telur 5 biji, gula 2 sudu
kalu bekas kecik :
pandai2 la make over sendiri..heheh^^
cara buat:
pukul je sume bahan2 tu dalam satu bekas
then tuangkan dalam dulang pembakar yg sudah tersedia roti
bakar lam suhu 180c selama lebih kurang 10 minit
dan hasilnya...
agah! bari 1st trial tapi buat 2 dulang terus...heheh
puding roti yang x berapa menjadi
...wawawa...
xde la buruk sgt taste dia. cuma kurang manis jek
aiseh!
xpe2..keep trying girl. go! go!
mode:
nak cari resepi kek batik lak
*************************************************
esok saya akan ke KL
jalan2 ngan adik2
since abah buzy ngan keje dia yg nak marking paper
n umi ngan tesis
nak x nak
tapi act memang nak pun...
saya berkelana la ke KL ngan chiq. angah, man + adik
almost 1 week kami akan ke sana
dan akan pulang kembali 6hb
7hb? abah ke kelang plak...
hush!
abang + atih?
x ikut... teman umi + abah kat umah
hiihiii~~
Thursday, November 26, 2009
.begedil.
cyril simply magic..
saya telah bertungkus lumus di dapur utk siapkan satu menu tambahan pagi esok..
begedil!
hehehe...
act, ni da kali ke 2 saya wat menu ni kat umah
cuma kali ni agak spesel sebab saya gunakan minced chicken
kirenye utk kali ni..saya da ubah la cara pemprosesan 'dia'
sebelum ni
saya goreng kentang tu
tapi since nak kurangkan penggunaan minyak lam kentang
wawawawa~~~
d(^,^)b
so,
di sini sy nak kongsi sket cara2 utk wat menu tu
mcm chiq lak..dia kongsi cheese cake..hihi
menu ni saya dapat dari kak fatin
thanx ya akak!
tapi da diubah suai untuk keselesaan dan kesejahteraan saya + keluarga yg akan jadi mangsa uji kaji saya
kah23...
kentang
yg ni paling penting..klu xde kentang, xjadik la begedil..bedil ada laa..hahaha
daun bawang + daun sup
dipotong halus-halus...potong ke?hiris..mayang..pape je laa..^^
bawang goreng
coz nk tambah kerangupan dia
kiub ayam
klu nak rasa daging..letak kiub daging..klu nak ikan..letak kiub ikan..ikut ske ati..=)
dan untuk tambahan
saya masukkan minced chicken
minced chicken ni saya beli kat econjaya
keluaran farm best dgn harga rm5.30
wiwiwi~~
papepun..insyaAllah halal
cara pelaksanaannya:
hahahah~~
1.
rebus kentang hingga empuk. kalu x nak rebus, goreng dengan minyak panas.
sebelum tu, jgn lupa kupas kulitnya dan potong kecik2 sket...
supaya senang nak masak.
bagi minced ayam tu(klu nak guna gak) jgn lupa rebus lu.
klu x, alamaknya sakit perut la pagi besok..heheh
2.
sementara menunggu kentang + ayam tu, bleh la sediakan perasa tambahan dia.
daun bawang + daun sup tu bleh la dimayang halus-halus..
3.
bila da kentang da sedia empuk dan ayam da ready, toskan.
kentang tu kena la lenyek2 hingga jadik hancusss...
pastu, tambah la sume2 bahan2 yg x dimasukkan lagi tu.
ayam, daun bawang+daun sup, bawang goreng dan kiub pati ayam...
kiub tu pandai2 sendiri la nak letak byk mana
yg penting, biar secukup rasa..
kalu byk sgt, masin. terkurang, tawar.
jadik, pikir2 la sendiri ya...
rambut sama itam, tapi taste bud kita laen2 kan?..^^
bila da gaulkan sumenye..
jadik la cmni..
4.
bila da jadik cam atas tu.. bleh la mula meng'gentel2'nya...
sori!xtaw nak guna word ape..
jgn wat tebal ngat..nati x best..
cukup laa seadanya..x tebal..x gak nipis..
lawa kan bulat2?heheh...
kirenye..ni la pengakhiran utk fasa pertama begedil.
sudah sedia utk digoreng.
besok,
umi will take over my job.
umi akan bgn awal utk sediakn soto plak...
hehehe...
cuma tinggal celupkan begedil tu lam telur.. then goreng dengan minyak sket.
pastu,
ready to eat!
yayy...
dan untuk malam ni gak
nasi himpit sudah direbus
x sabar rasanya nak pekena soto + begedil
as ni la my faveret fud
esok:
wat kicap cili
sup utk soto
potong daun bawang+daun sup
buang ekor taugeh
dan yg paling penting..
sume ni umi yg buat
lalalala~~~
she said dat she will wake up at 4am
wooowww...tem tu saya masih di alam mimpi...
klu kakak baek ati,
kakak akan bgn awl sket ya..
hihihi..
last,
penat lelah saya berbaloi
besok beta akan sediakan perut kosong utk santap soto!
...wawawa...
.lima.
1
2
3
da lama ya saya xpost sebarang entri di sini
last: berganda, tu pun 19 nov lepas
umm,, terlalu banyak yg ingin dikongsi + diceritakan
bermula dari kisah saya mengikuti kursus tarannum di jelebu
dan kisah cuti akhir sem yg panjang
sehinggakan saya da buntu nak wat pape
hik23...^^
awal2 memang ase lambat..bila da nak buka sek nati..tengokla!
as i said b4 tis
saya telah mengikuti kursus asas tarannum di pusat pemantapan aqidah, JAKIM di jelebu selama hampir 4 hari
maktab hantar 8 wakil even dy mintak 4 jek
paling ramai..hehe
nazmi, syafiq MY, syafiq shalehudin, khomeini, shiqah, diah, farehah + of course saya!
kami telah dibimbing oleh 2 orang ustaz yg memang benar2 mant0p!
1- ustaz faizul
2- ustaz radzi
both ustaz ni adalah johan qari tilawah peringkat antarabangsa
gosh!x penah terpikir oleh saya untuk berguru dgn org2 hebat sebegini
saya masih igt waktu 1st saya jumpa ust faizul
tem tu kami muslimat otw ke surau utk solat dhuha
"enti ni nak pegi solat ya?"
"ya...pakcik"
sahut saya perlahan...tem tu langsung x taw yg pak sik saya jumpa tu adalah ustaz!
masuk je kelas pastu...
"eh!awk..cuba tgk ustaz tu! bukanke dia yg kite jumpa kat surau tadi?"
gurlp!
mati la....
ustaz tu pun da senyum2...
aduhaiii..
maaf ya ustaz a.k.a pak cik
x sangka la plak..
kikiki..^^
papepun, saya paling terkesan dan 'tersentap'
tem ustaz baca quran malam last tu
ALLAHU AKBAR!
benar2 meruntun jiwa saya
dengan gaya dan cara bacaan
ditambah dgn maksud ayat surah furqan tu...
ase nak nangis2 je..
x lupa, nazmi vs ibn khaldun memang hebat!
congrate ya...
i know dat u deserve to do it..
hihihi~~
memang x cukup 4 hari nak blaja...
bende ni kena berterusan
kan?
kenapa?
xtaw nk wat pape kt umah..
adusss..
hujan..hujan..hujan..
apa yg nak dikeluhkan?
bukankah hujan itu satu rahmat?
bosan..bosan..bosan.. bukankah
masa terluang itu perlu diisi dengan sesuatu yg bermanfaat?
ALLAH!
itulah manusia mudah mengeluh..
kita sering lupa 5 perkara..
sebelum perkara itu datang..
macam lirik ingat 5 sebelum 5 by rabbani
Duhai Teman Dan Tuan-Puan
Mari Kita Berpesan-Pesanan
Baik Lelaki Juga Perempuan
Duduk Di Kampung Atau Di Pekan
Zaman Ini Zamam Kemajuan
Kebendaan Menjadi Ukuran
Hidup Saling Bersaingan
Jika Lalai Tinggal Sendirian
Nabi Junjungan Pernah Berpesan
Agar Hidup Ada Pegangan
Semak Selalu Jangan Lupakan
Agar Tak Susah Di Hari Kemudian
Kena Diingat Lima Perkara
Sebelum Tiba Lima Perkara
Aaaaaa...aaaaa...
Semoga Hidup Aman Bahagia
Waktu Lapang Buatlah Amalan
Sebelum Sibuk Pelbagai Urusan
Isilah Dengan Amal Kebajikan
Menuntut Ilmu Dan Baca Al-Quran
Waktu Senang Beringatlah
Sebelum Tiba Waktunya Susah
Jika Datang Ancaman Musibah
Mampu Bersedia Selesai Masalah
Bila Sihat Jagalah Badan
Sebelum Derita Sakit Tak Keruan
Kawallah Makan Untuk Kesihatan
Ringan Ibadah Nak Dikerjakan
Jika Kaya Bermurah Hati
Dapat Pahala Menolong Orang
Aaaaa...aaaa...
Jikalau Miskin Apa Pun Tak Ada
Waktu Kita Hidup Di Dunia
Sediakan Bekalan Sebelum Mati
Walaupun Susah Banyak Halangan
Tabah Dan Sabar Allah Kan Sayang
Ingat-Ingat Kita Semua
Jangan Mudah Sombong Diri
Insafilah Pesanan Ini
Untuk Kita Suluh Diri
Semoga Lembut Hati Kita
Untuk Taat Dan Berbakti
Dari Allah Kita Datang
Kepada Allah Kita Kembali
9 zulhijjah bersamaan hari wuquf di arafah
alhamdulillah..
kerana masih diberi kekuatan utk berpuasa
dan esok,
insyaAllah kita akan menyambut hari raya aidiladha
selamat berqurban!