Wednesday, November 11, 2009

.hati.

intro^^

bagaimana kita mengungkai benang yang kusut, maka begitulah jugalah kita perlu berusaha menyelesaikan kemelut hidup.
kita perlu cari di mana puncanya atau tujuannya.
tapi ingatlah, walau sebijak manapun Albert Einstein, kita masih perlu merujuk kepada Pencipta hidup, yakni ALLAH.
kerna nescaya di sana akan ada jawapannya..

kita perlu kembali ke pangkal
bak kata omputeh..-back to basic
kita perlu selami dan kenali siapa diri kita yang sebenarnya..

"untuk membaiki dunia, baiki manusia. dan untuk membaiki manusia, baiki hatinya. dan sesungguhnya semua masalah manusia itu bermula dan berpunca dari hati!"

sabda Rasulullah s.a.w
"dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging. jika baik daging itu, baiklah seluruh anggota badan. jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. ketahuilah, daging itu ialah hati"
(riwayat bukhari dan muslim)

percambahan idea^^

hati ni susah nak jaga kan?
riyak..takabur..bangga diri dan sebagainya
semuanya bermula dari hati...
maka, x hairan lah
"hati adalah tempat jatuhnya pandangan ALLAH swt"

pelihara dan jagalah ia
Allah swt x memandang keturunan, wajah dan kekayaan
tetapi Allah melihat kepada peribadi mulia
yang mana hanya dimiliki oleh pemilik-pemilik hati yang suci

jagalah hati dengan melakukan amalan dan perbuatan baik,
amalan wajib dan sunat seperti puasa, solat, membaca Al-Quran dan zikrullah

"ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenteram"
ar-ra'd:28

dan hiasilah diri dengan sifat yang harus disemai dalam ikatan iman seperti sabar, syukur, tawakal, redha..
dan sifat2 mahmudah yang lain...

selain itu,
banyakkanlah bersujud kerana sujud itu lebih mendekatkan diri kita dengan ALLAH
mengingatkan diri bahawa kita ini sebenarnya berasal dari tanah
tanah yang kita pijak setiap hari!

asalnya dari tanah.. Allah telah bangkitkan kita
memberi segala kemuliaan sehingga Allah memberikan segala kurniaanNya untuk kita nikmati
alhamdulillah...
panjatkan seinfiniti kesyukuran kepadaNya
banyakkan diri mengingati Allah, kerana sesungguhnya Allah akan lebih mengingati hati2 orang yang mengingatinya
janganlah jadi seperti syaitan..
dek kerana kesombongannya untuk tunduk kepada Adam
terus terusir dan dilaknat Allah
nauzubillah...

firman Allah dalam surah al-hadid:16
"belum tibakah waktunya bagi orang-orang yg beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yg telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yg telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik"

bercerita tentang hati ni gak,
saya pun nak kupas sedikit tazkirah yang saya dgr semalam
walaupun xde kaitan sgt nagn tajuk entri ni..
ustaz ada baca satu hadis tentang kelebihan solat di awal waktu
lebih2 lagi kalu kita berjemaah
yang lebih kurang cmni mafhumnya:

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat"

Subhanallah! Allahu akbar!
betapa tingginya kemuliaan orang2 yang solat di awal waktu dan berjemaah
ya Allah,
berilah kekuatan tenaga dan kelapangan masa untuk aku sama2 berjemaah di rumahMU..
begitu juga dengan sahabat-sahabat seperjuanganku yang lain
amin..


holistik^^

saya nak kongsi satu lagu yang mana bagi saya amat mendalam maknanya
semoga apa yang dikongsikan pada kali ini
akan memberi ingatan pada diri dan sahabat-sahabat
sesungguhnya jari2 yang menulis ini adalah pinjaman Allah dan lebih dekat kepada saya
maka, sayalah yang lebih berhak dan bertanggungjawab atas setiap apa yang saya perkatakan ini..

"wahai orang-orang yg beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu)sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
As-saff:2-3

"mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kejbajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Kitab (taurat)? Tidakkah kamu mengerti?"
al-baqarah:44

hakikatnya, semuanya dari ALLAH tapi disandarkan kepada hambaNYA yang kerdil ini..

mari sama-sama kita hayati bait-bait lagu ini

MATA HATI

(Kump. HIJJAZ)

Pandangan mata selalu menipu
pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melulu
pandangan hati itu yang hakiki
kalau hati itu bersih…

Hati kalau terlalu bersih
pandangannya akan menembusi hijab
hati jika sudah bersih
firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati…
bila dikotori
bisikannya bukan lagi kebenaran…
tapi hati…
bila dikotori
bisikannya bukan lagi kebenaran…

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
jasad lahir tumpuan manusia
utamakanlah pandangan Allah
daripada pandangan manusia

*** bersihkah hati kita hari ini, berbanding hari semalam?

tepuk dada, tanya iman

nota kaki: esok exam PA 3312 P4..gambatene!^^

No comments:

Post a Comment

inspiring words