Sunday, November 8, 2009

.iqra'.

tutt..tutt..
tanda satu mesej masuk sebentar tadi.
dari seorang sahabat yg x pernah lupa mengingatkan diri ini tentang hari mendatang
tuturnya x pernah lari dari memberi peringatan kepada sahabat2 seperjuangan...
sungguh, benar2 membuatkan hati kecilku terusik..
syukran ya ukhti, fatimah...

"Salam, shbt2...
sempena kita mempelajari sirah dan hadis Rasulullah sem ni, cuba hayati apa yang kita pelajari tu, cuba tanya diri kita
'APA YANG AKU DAPAT SEPANJANG AKU PELAJARI SIRAH DAN HADIS RASULKU??'.
ingatlah sahabat, tidak akan berganjak kita pada hari akhirat kelak sehingga kita ditanya tentang ilmu-ilmu kita. ambil masa jap, baca KHUTBAH WIDA'.
cintai RASUL kita!"

satu peringatan yg benar2 membuatkan saya teringat kembali pesanan abah:
"jangan belajar untuk pekse. ambil pengajaran dari setiap apa yg dibaca. perbaiki diri. ingat, yang penting..lillahi taala"

kita sering kali dengar hadis ni kan?

"Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga dia disoal empat perkara, iaitu tentang usianya, pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya untuk apa telah dipergunakannya, tentang hartanya dari mana diperoleh dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah diamalkannya."

tapi, sejauh mana kita amalkannya?
wahai diri,
bacalah dengan mata hati
ia akan mendekatkan lagi seorang hamba dengan Penciptanya

Firman Allah dalam surah Al-A`raf:179 yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami masukkan ke dalam neraka jahannam itu terdiri dari kalangan jin dan menusia kerana mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat. Mereka itu seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi. Mereka inilah orang-orang yang lalai"

hayati dan renunglah setiap ilmu ALLAH itu
jika kita nak hitung pengetahuan yang kita ada
dengan segala pengetahuan yang dimiliki ALLAH
sungguh!
x terhitung banyaknnya ilmu ALLAH.. kerna sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui atas setiap segala sesuatu yang ada di langit dan bumi ini...
sungguh kerdilnya dirimu ini...

"Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah Tuhanku. sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambah lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan"
al-kahfi:109

'tuntutlah ilmu walaupun ke negeri china'
kerana orang yang berilmu akan dinaikkan darjatnya oleh ALLAW s.w.t
"Allah akan meninggikan martabat orang yang beriman di antara kamu dan diberikan ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) beberapa darjat"
al-mujadalah:11

Ya Allah,
bantulah aku dalam memahami setiap kalimahmu
permudahkan kefahaman dan tingkatkanlah ingatanku...

benarlah kata Imam Syafie:
"Sesiapa yang hendakkan kejayaan di dunia maka hendaklah dengan ilmu, dan sesiapa yang hendakkan kejayaan di akhirat maka hendaklah dengan ilmu."

No comments:

Post a Comment

inspiring words