Tuesday, March 1, 2011

.24/7.

"jarang call rumah sekarang, kakak..."

"sedikit sibuk la umi..."

"tengok kat rumah mcm orang biasa je.. busy sangat la kat maktab tu. angah ok ja. selalu duk bilik je kalau umi call..."

"oh! maktab angah x aktif macam maktab kakak..."

ngee~

"ye laa..kalau dulu hari-hari call. kekadang tu sampai 2 3 kali sehari...tapi sekarang, macam terbalik pulak. jarang selama ni umi yang call kakak.."

"hehe...kakak kan bakal menteri.."

****

sibuk sangat kah saya atau saya yang menyibukkan diri?
ntah. mungkin juga saya penyibuk..

sekadar perkongsian
saya baru je habis baca satu buku : "sibuk ataupun penyibuk" 
banyak sangat benda yang saya pelajari dari buku tu

contohnya:
adakah saya cuba menyibukkan diri dengan menyiapkan sesuatu kerja itu adalah semata-mata kerana matlamat yang ingin direalisasikan?
atau mungkin...
saya sekadar menjadi pengejar masa yang cuba megejar date line yang telah ditetapkan?

dua perkara berbeza kan?

dan saya kena akui, kesibukan itu sebenarnya berpunca dari kita sendiri
bagaimana kita merancang masa kita dengan tugasan yang perlu diselesaikan

semua orang ada tanggungjawab tersendiri
dan kita punya masa peruntukan yang sama
24/7, tiada beza

***

satu perkara yang saya belajar dari taklifan pimpinan pelajar tahun lepas

"kita kena percaya kepada orang bawah kita (atau orang yang telah kita tanggungjawabkan) untuk membuat kerja. bilamana kita rasa kita seorang yang perfectionist dalam melakukan kerja, kita seharusnya meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa dia juga telah melakukan apa yang terbaik( amanahkan itu) dengan usahanya yang terbaik"

kalau nak cuba nak memuaskan hati semua orang tanpa memikirkan hati kita sendiri, kita ni gila kan?
(oh!macam ayat nak lepaskan perasaan marah pula)

**

hakikatnya, saya merapu.
x tahu apa yang nak ditulis, tapi nak tulis juga
terasa macam satu terapi bila dapat luahkan dalam penulisan ini
papepun, moga ada manfaatnya.

*

"ada apa call?"

"saja..rindu.."

"ngigau ea...hari ni dah brape kali call?"

"ala umi ni...call banyak x boleh, x call pun x boleh..."

"xde la...kalu dah berkali-kali, pelik gak umi..."

"sebab sekarang cuba x menyibukkan diri.."

"ada-ada je..."

;P

note 1 : kawan saya kata saya demam. demam rumah biru eh? agaknya "aura" dia dah sampai la tu...huhuu
note 2 :  ingat nak kejar post yang ke 333 pada 3 mac ni. macam lawa pula. asenya x sempat kut... n,n

No comments:

Post a Comment

inspiring words