Sunday, March 13, 2011

.memberi.

hidup kena banyak memberi; bukan untuk menerima

kan?

luarannya,
kita akan makin rasa miskin sebab apa yang kita ada akan semakin berkurang,
namun dalaman(hakikatnya),
kita sebenarnya x rugi apa-apa pun, malah akan bertambah-tambah untung!

btw, saya nak kongsi satu cerita yang di ambil dari sini

Seorang umat Nabi Musa yang sangat miskin telah bertemu Baginda dan memohon agar Nabi Musa berdoa kepada Allah supaya menjadikan dia kaya. Nabi Musa pun berdoa kepada Allah memohon umatNya itu dikurniakan kekayaan setelah selama ini hidup dalam kemiskinan yang amat sangat. Allah memberitahu Nabi Musa bahawa umur umatNya itu hanya tinggal 100 tahun dan Allah hanya akan kurniakan kekayaan untuk 50 tahun sahaja. Allah memerintah Nabi Musa bertemu umatNya dan bertanya samada dia mahu menjadi kaya 50 tahun pertama atau 50 tahun terakhir. Umat Nabi Musa tersebut memilih untuk menjadi kaya 50 tahun pertama kerana tak sanggup lagi untuk menjadi miskin.

Apabila Allah kurniakan kekayaan maka si miskin menjadi si kaya. Si kaya telah mendirikan sebuah gudang yang sangat luas dengan pintu yang sangat banyak. Gudang tersebut diisi dengan keperluan harian dan ditambah setiap hari. Si kaya telah memberi semua umat yang miskin untuk mengambil keperluan harian dengan syarat iaitu hanya boleh mengambil keperluan untuk hari tersebut dan masuk melalui pintu lain dan keluar daripada pintu lain.

Kekayaan si kaya terus bertambah dan dia terus memberi sehingga suatu hari barulah dia sedar bahawa tempoh 50 tahun yang dijanjikan Allah telah terlebih 5 tahun. Maka si kaya bertemu Nabi Musa dan bertanya mengapa Allah memberi kekayaan melebihi daripada janjinya. Maka Allah memberitahu kepada Nabi Musa bahawa DIA malu untuk menarik balik kekayaan si kaya kerana Allah hanya membuka 1 daripada 300 pintu rezeki kepada si kaya tetapi si kaya telah membuka beribu pintu rezeki kepada umat miskin yang lain.

Orang Alim ada berkata bahawa sedekah yang paling afdal adalah sewaktu kita merasa kedekut dan merasa tidak cukup dengan kurniaan Allah berbanding ketika merasa tidak memerlukan wang ataupun ketika harta melimpah ruah.

Hari ini manusia hilang kebahagian kerana sikap suka memberi semakin terhakis. Ramai yang menganggap dengan mendapat sesuatu mereka akan lebih berjaya dan bahagia dalam hidup. 

Kita sering terlupa hikmah yang diungkap menerusi kata-kata : “KITA MEMBINA HIDUP DENGAN APA YANG KITA DAPAT TETAPI KITA MEMBINA KEHIDUPAN DENGAN APA YANG KITA BERIKAN”.

*********

Usah dicari sahabat yang sejati,
kalau diri sendiri tidak memberi, 
Apatah lagi membongkak diri.

Belajar cintakan diri,
belajar memberi,
baru diri mampu meniti,
setiap minit yang berlari,
dengan ukhuwwah yang sejati.

x rugi kalau kita memberi pada orang lain,
sebab memang hukum bersahabat : "kena banyak memberi..."

husna & nazila
seronok menghabiskan cuti dengan kamu
nanti jangan segan-segan untuk datang lagi ya...
;)

maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan
moga Allah berkati jaulah kamu sepanjang 8 hari berkampung di sini

*********

x lupa,
cik ex, terima kasih untuk entri ini pula
kamu asyik buat saya rasa terharu je..

dan munirah sayang juga,
rindu akak ea?
akak lagi plus-plus-plus rindukan kamu

kamu, kamu yang lain juga
plus berganda-ganda kerinduan ini
sarat sekali
dan semoga semua kerinduan dan kecintaan ini
hanya disandarkan kepada DIA

************************************

budak charlie sudah 'pulang ke sarangnya'
welcome home abang!


kami memang dilahirkan untuk charlie kah?

jom tembak doa untuk result spm dia pula
23rd kan?
mungkin kamu benar-benar bakal budak sheffield!
Allah's will..and His helps
who knows, kan?
^______^

2 comments:

inspiring words