Thursday, March 3, 2011

.3J.

walaupun angan-angan saya untuk mencapai post yang ke 333 tarikh 3.3 memang x sempat direasisasikan
tapi saya sangat-sangat bersyukur kerana untuk post kali ini, tetap x kurang hebat untuk dikongsikan juga

********************

saya sudah demam
sana biru, sini biru
ya! demam rumah sukan
terasa macam angau overboard je
banyak sangat-sangat-sangat kenangan yang x boleh dilupakan
kalau nak cerita satu-satu
memang x tahu nak pilih yang mana satu untuk di"nominate"kan sebagai the best story
huuh!


Allah sangat sayangkan saya kan?
oh! apa kaitannya?
saya dipilih sebagai sayap kanan rumah sukan pun dari belakang
betul. ketua rumah yang jumpa sendiri dengan saya.
 
Dia sayang saya, sebab tu Dia bagi saya kerja
Dia nak tengok, saya lupa Dia x bila saya sibuk


awalnya memang saya sangat ragu-ragu
mana x nya, masa tu sedikit overlap dengan komitmen lain
saya takut nak terima amanah ini, sebab bimbang x dapat laksanakan yang terbaik
amanah ni bukan benda kecil, malah paling berat kalu ikut timbangan dunia
tapi, saya ingat satu je time tu..
"Allah x kan bebankan kita dengan sesuatu yang kita x tertanggung untuk laksanakannya.."

ya!memang mulanya kelam-kabut
sekejap nak tune otak untuk taklifan itu, kejap tune otak dengan taklifan ini
sangat-sangat menuntut saya untuk bekerja dengan lebih cekap

tapi...
macam saya bagitahu tadi, Allah sangat sayangkan kita kan?
Dia x kan tinggalkan kita bila Dia bagi satu urusan(taklifan) pada kita
Allah memang hebat
Dia x bagi saya kerja saya sorang-sorang
sebab tu Dia bagi kesempatan pada saya untuk kerja dengan orang hebat-hebat


ketua rumah yang sangat superb memberi komitmen ; zulhusni
alan ; naib 1 merangkap pencari buluh yang sangat busy
setiausaha yang berwibawa ; azli dan kak tina
bendahari yang x menang tangan nak pungut duit ; dayah dan akmal
x terkecuali, sayap-sayap kanan yang sangat-sangat membantu
cik ex : peneman setia, izzan si pengurus makanan, dhabitah & zaman si designer khemah yang hebat, haziq & hafidz si konduktor yang sangat berdisiplin, welmina si kecik yang nakal dan aisya : si chaperon yang sanggup hantar saya ke mana-mana
dan x lupa, semua ajk-ajk batch yang dedikasi, ahli rumah yang sangat-sangat disayangi dan pensyarah
anda semua memang hebat333....
saya bersyukur sangat-sangat ALLAH bagi kesempatan untuk saya mengenali kalian semua
dan saya amat mengharapkan agar Allah mengurniakan keberkatan dan kerahmatanNYA atas jasa dan pengorbanan semua

paling saya x boleh lupa,
mereka pakat ramai-ramai untuk kenakan saya...
thanx ya welmina si budak nakal atas idea 'hebat' itu
memang benar-benar menjadi!

mereka curi purse saya!
ya...
malam sebelum KOT tu..
dorang memang dah pakat awal-awal
patutlah malam tu macam busy je duk bincang kat luar khemah
ingatkan borak apa, saya x pergi la join sebab tengah siapkan batang sepanduk
bila saya tanya kemudiannya...

"owh. tadi kami bincang tentang pengurusan peserta esok..."
time tu terfikir, ada lagi ke yang x setel..

paling x boleh tahan, ketua pun perancang yang hebat eh?
boleh dia buat-buat x tahu bila saya tanya dia
siap boleh pulak dia announce pada semua ahli sape2 yang ada terjumpa purse!
cik ex si pengambil purse- boleh pula dia buat-buat tipu cari purse tu dengan saya merata tempat
kat padang, parking kereta, kat pak guard
mesti korang gelakkan saya x habis-habis kan?

saya memang x tahu nak buat apa
nak sedih ke..terkilan ke..
jujurnya,x la rasa sedih sangat sebab saya rasa memang bukan kecuaian saya(ayat melepaskan diri)
macam mana orang boleh ambil purse tu dalam beg merah tu, melainkan orang yang tahu sahaja
saya dan aisya
sedangkan purse aisya yang ada bersama dalam beg tu.. x diambil pula
waktu tu, fikir satu je..

macam mana nak bagitahu umi ea? ic hilang lagi.. lepas ni bertambah la pulak nombor siri ic kat belakang-03 (sebab kalau betul-betul hilang, ni dah kali ke 3). yang nasib baiknya, tiket bas malam esok, saya dah keluarkan awal-awal dan simpan dalam laci.. yang lain, memang xde rezeki...haish!

siap ada post mortem lagi lepas KOT tu..

"eeffah, lepas ni wat post mortem ea?"

"post mortem? oh. ok.."
pelik gak..selama ni memang ada post mortem rasmi eh untuk KOT. tapi, saya ikut je la sebab x tahu pape.. ketua yang bagi arahan, anak buah ikut je..

bila time post mortem tu...

"ok, kita mula. ada sapa2 nak bagitahu kelemahan pengurusan kita tahun ni?.."

sorang demi sorang bagitahu..
dan tiba-tiba,

"saya AJK makanan. saya sedih sangat bila mana saya cuba contact MT terutamanya Kak Eeffah, dia boleh buat-buat xtahu.. kata xde num ph laa..."

"saya selalu kena stay malam. akak bukan x tahu saya ada exam minggu depan.."

"saya pun sama. selalu je ada orang suruh tunggu sampai lewat malam. dah la ada assignment yang nak kena hantar...."

dah! sudah!
semua kata-kata tu hanya merujuk pada saya sorang
memang saya boleh rasakan, muka saya memang berubah sangat-sangat
rasa nak nangis, lemah rasanya lutut ni nak menyokong tubuh untuk berdiri
rasa malas dah nak dengar satu demi satu reflkesi dorang
paling x tahan, mimik muka ketua yang x abes-abes mencerlun
ase nak lari je dari khemah tu
tidaaaaaaaaaaaaKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!

banyak benda sangat-sangat bermain-main di fikiran saya masa tu...

saya x bagi sepenuh komitmen lagi ke?
saya ke yang paksa awak stay sampai lewat malam?
saya bagi x kerjasama pada dorang ke...
saya sebabkan awak x dapat study untuk exam ke?
semuanya saya ke penyebabnya....

abes tu...
purse saya yang hilang dorang x nak kisah?

macam-macam saya fikir!
time tu,xde sorang pun nak fikirkan apa perasaan saya..
nak back up ke..
dan time tu la juga, ase kechiwa sangat-sangat
rasanya dah all-out saya buat untuk rumah biru
berair ase mata. memang x dapat nak tahan-tahan lagi
rasa nak jerit je..
berat rasa bahu, sampai muka pun dah x boleh nak angkat

tiba-tiba...
terasa ada orang tepuk bahu
dan semua orang nyanyi

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO KAK EEFFAH...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..."

masa tu la juga, cik ex keluarkan purse saya....
terus saya terduduk dan telengkup muka
menangis!
sampai hati kamu, kamu dan kamu berpakat untuk kenakan saya.... 

memang terharu sangat
speechless!
xtahu nak gambarkan apa perasaan masa tu
terima kasih semua

kamu semua benar-benar hebat!
\(^___________^)/ 

akhir,
saya pohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kelemahan diri
semoga ALLAH berkati setiap usaha kita semua
“Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami..."

dan saya amat mengharapkan
perkenalan kita yang singkat ini akan diredhai ALLAH
amin~

note: hari ini 0303 bukannya hari lahir sebenar saya.. tapi lagi dua hari. hari ini nazmi, esok sarah dan lusa baru saya =)

2 comments:

  1. adeh.kak eeffah..sori ye.xda niat pon nk wt gtu..ampun kak ampun.pape pon sy hepi jupe org mcm akak n mereka yg lain.

    ReplyDelete
  2. to cik ex

    hahahah!!xpe3...buat la lagi..seronok..mmg x sangke..
    bos siap wish smlm "jgn hilang purse lagi ya..."
    karen betul korang2 sume yaa...
    nakal!
    sayang semua =)

    ReplyDelete

inspiring words