bismillah
usrah bulatan gumbiran semalam
saya termalu sendirian
"kamu menyuruh orang melakukan kebajikan, tapi kamu melupakan diri kamu sendiri...."
saya nak orang datang subuh berjemaah di masjid ramai-ramai
jadi,
bermula dari diri saya sendirilah
kena didik hati dan jiwa untuk bangun awal
saya nak orang di sekeliling saya pakai tudung labuh-labuh, tak jarang
baju tak ketat, kecil
jadi,
bermula dari diri saya sendirilah
kena berpakaian sebagaimana yang syariat tunjukkan
saya nak orang di sekeliling saya jadi baik-baik
tak nakal macam saya
jadi,
bermula dari diri saya sendirilah
kena banyak muhasabah, hitung diri
menjaga ikhtilat, akhlaq
selalu berdamping dengan orang-orang hebat
bagaimana anak ketam boleh jalan elok-elok
kalau ibunya sendiri yang jalan tersenget-senget masa mengajarnya
bagaimana anak mahu rintik
kalau bapanya sendiri tidak borek
sebab tu
kalau kita nak orang berubah
kita yang kena ubah diri kita dahulu
takut sebenarnya bila saya nak tegur orang
sebab inner saya sendiri tak kuat
sebab saya sendiri yang buat apa yang saya nak tegur tu
sebab saya selalu rasa, ahhh! biarkan je mereka dengan gaya hidup mereka
sebab saya tengok, dah ok la tu mereka macam tu!
sebab..
sebab.....
dan semua sebab yang tak akan berkesudahan
dan
saya sangat yakin
nak jaga disiplin diri
kena disiplinkan diri sendiri untuk bangun awal pagi
kena kuatkan diri sendiri untuk sambut seruan Dia pagi hari
inshaAllah Allah akan jaga kita satu hari!
doakan saya,
moga terus qawiyy
moga istiqomah
dan Allah redha
sebab itu yang Utama
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletejzkk. manusia itu pelupa. sangat mudah lupa, dan sangat perlukan pengetuk-pengetuk yang hebat di sisi dia untuk selalu ingatkan..
ReplyDeletesangat terkesan ;'(
ukhti, itu untungnya kita di jalan ini. kita mentarbiyah tapi dalam masa yang sama ditarbiyah.
ReplyDeletekak, carilah buku 'daie juga manusia' bes ow.