Sunday, October 28, 2012

.tiga.

[entri tertangguh]

dah kali ke tiga berturut-turut dia tak balik raya
kali pertama sebab nak exam
kali ke dua sebab exam juga
kali ke tiga pun sebab exam besar dia

dan kali ni,
birthday dia sehari sebelum raya
tahun lepas kami buat kek cokelat kukus 
tahun ni tak sempat, 
masuk SR dan terus ambil marble cheese cake je


kakak doakan
semoga dengan pertambahan umur setahun lagi tua ni
abang makin jadi anak yang soleh, 
pelajar yang ohsem
makin tingkatkan amal, perbaiki kualiti ibadah, akhlaq, syaksiyyah
dan makin berganda-ganda buat benda baik lah kan ;)

abang ingat lagi tak
at first abang masuk IBT
sebelum abang betul-betul dah rasa ok dan boleh terima offer ni
abang rasa tak dapat nak catch-up belajar
bahasa yang sangat susah
pernah umi dengan abah kena panggil dengan kondo sensei sebab abang macam sedikit slow
pastu rasa nak quit
selalu nanges, ngadu
pernah jugak mintak pilot senyap-senyap dan dapat tawaran tu
rasa keliru nak stop yang ni, sambung pilot or teruskan
the moment kita lepak sampai malam kat taman klcc sebab kononnya nak consultkan abang
outing makan-makan, borak-borak kat SR lamanya
dan macam-macam lagiiiii laaaahhhhh
huh
kakak hanya mampu senyum

sekejap je masa berlalu kan
alhamdulillah
abang dah ok, dah boleh senyum, dah makin laju
sedar tak sedar tinggal lagi baki 4 bulan je lagi abang akan 'berperang' dengan semua ni sebelum abang fly
and now,
abang makin sibuk nak buat your last preparation sebelum the real battle by this november ni
like i said before,
makin sibuk, makin kena ingat Allah
makin sibuk, makin kena kerap telefon umi abah
makin sibuk, makin kena jaga hablum minannas, hablum minaAllah

kakak doakan semoga 
semua urusan abang dipermudahkan, dilancarkan
sentiasa tenang, lapang hati
walau apapun yang berlaku lepas ni,
terima dengan hati terbuka
yakin yang Allah dah susun semuanya at first place, terbaik
sandarkan sebulat keyakinan hanya pada Dia
moga-moga apa jua yang ditakdirkan nanti
kita tak akan kechiwa
sama-sama kita tembak doa ya!

♥ kakak

1 comment:

inspiring words