Tuesday, October 30, 2012

.qulub.

Susahnya nak memahami hati sendiri.
Kadang-kadang rasa macam tak kenal diri sendiri.
Teringat seorang kawan pernah cakap:

"nak Allah pegang hati ni so that apa saja kita buat Allah yang guide"

Kalau la hati ni boleh discan,
nampak secara zahir kat mana ada kekurangan,
kat mana ada lopong-lopong,
kat mana ada cacat,
kat mana dah gelap,
banyak ke tompok-tompok dosa.

Mesti rasa nak cepat-cepat bersihkan.
Tak nak ada kotor sikit pun.

Tapi memang dah Allah jadikan hati ni tak nampak.
Hanya boleh dirasai.

Orang yang beriman hati dia akan hantar sensor,
rasa ragu-ragu kalau buat sesuatu yang salah,
tapi sesensitif mana degree sensor hati kita.
mungkin itu yang merefleksi iman dan kedekatan kita dengan Allah.
hubungan kita dengan Allah.

ya Allah. 

bimbinglah hati ni.
penuhilah hanya dengan Engkau sahaja.
agar yang lain-lain akan nampak kecil dengan sendirinya.

No comments:

Post a Comment

inspiring words