Saturday, November 17, 2012

.datings.

bismillah

cuti seminggu telah berlalu yang sangat-sangat meaningfull
meaning. full.
super duper awesome
hoyeah!
ill be missing our 'datings' very much lah

kisah jatuh tangga dan gelongsor yang paling saya ingat
(doakan tulang belakang saya cepat sembuh)
dan kisah jalan-jalan sambil makan-makan 
sepuluh di minit di rumah orang lain
dan bila sampai turn rumah dia
suruh duduk lama-lama
oo,, tak aci :p

"'segala puji bagi Allah yang telah mempertautkan hati-hati kami,
maka dengan nikmatNya jadilah kami bersaudara" 
alhamdulillah (^_^)

sangat indah ukhwah yang lazat lagi berkrim ini
makin kena erat bila dah makin bertambah

not forgotten
barakallahu feekum untuk Mr YDP dan Puan Setiausaha Sulit ;)
ada berkatnya 
disebabkan majlis ni lah
maka terjadinya unplanned jaulah-yang-hebat
#like!

note: selamat tahun baru hijrah. 

Friday, November 2, 2012

.mengayat.

satu benda yang saya percaya
apa yang kita nak bagi
jika lahir dari hati yang sangat-sangat ikhlas
maka si penerima juga pasti akan senyum bahagia
terasa mahabbah katanya ;)

"awak, bila saya text awak, rasa macam kita ni mesej pakwe-makwe je"

wah3.
awak, im a girl lah!
geleng-geleng sambil senyum

huh.
its not the first time nor the last
sebab the next orang will say the same thing!
dah banyak kali saya dengar
hoyeah...
orang kata saya pandai mengayat (mengayat=mengarang + ayat)
dan dah banyak orang saya ayatkan. eceh
(oh, bukan menggoda anak teruna ye!)

sampai ada yang kata,,

awak buat hati saya cair..

saya senyum, gelak sorang-sorang sampai orang sebelah pun pelik...

haha. 
awak jangan tergoda dengan ayat-ayat puitis chenta saya ye
saya takut awak kechiwa nanti bila saya dah berpaling kat orang lain ;p

jujurnya bila kita mesej-mesej,
awak senyum-senyum bila baca text saya
saya pun sama je. eh!
saya lagi puas gelak-gelak, pusing-pusing bila nak text awak

sampai pernah umi tanya angah 

"kakak tu dah ada orang ke?"

haha. seriyes.
awak, jom datang rumah, saya kenalkan kat umi abah ;D

Wednesday, October 31, 2012

.timun.

kisah angah dan abah (phone calling)
yang diceritakan kembali mengikut versinya

+ angah dapat jawab tak soalan tadi?

- boleeehhh la kalu membaca.... tapi masalahnya angah jawab soalan yang orang tak jawab, dan tak ada dalam silibus pun [?]

- macam mana nak jawab kalu tak baca. meh abah cerita kisah timun

- ????

+ pelajar ni macam petani lah. orang yang tanam timun [read:tembikai]. kalau kita ni rajin tanam, selalu siram, banyaklah dapat hasilnya. kalau kita ni jenis yang malas, dapat 2 3 biji je la. muat-muat raga moto je la jawabnya...

- tapi kan abah, kakak petani yang @#$%^& boleh je dapat banyak buah!

+ kakak tak sama, tanah dia subur, baja dia berkualiti. angah tak boleh ikut dia. kakak tu goyang kaki pun buah boleh datang bergolek (uh, sungguh hiperbola!)

T___T' 
sighhh

sekarang ni musim peperiksaan
dan untuk sem ini, saya ada 3 paper semuanya
1 dah sudah, dan 2 menanti
khamis (esok) dan isnin depan

cerita di atas tak ada kaitan dengan siapa-siapapun
sekadar metafora yang abah bagi kat angah
untuk kena lebih rajin membaca ;)

realitinya,
saya tetap orang biasa
yang tetap kena usaha bila nak periksa
tetap kena baca buku kalau nak jawab semua 
walaupun orang selalu tengok saya rilek-rilek je ;p

kan Allah dah kata
kalau nak berjaya, kena usaha
kena usaha dengan baca buku
bukan buku baca saya
dan bukan juga dengan duduk saja-saja


dah, pergi baca buku sekarang!

Tuesday, October 30, 2012

.qulub.

Susahnya nak memahami hati sendiri.
Kadang-kadang rasa macam tak kenal diri sendiri.
Teringat seorang kawan pernah cakap:

"nak Allah pegang hati ni so that apa saja kita buat Allah yang guide"

Kalau la hati ni boleh discan,
nampak secara zahir kat mana ada kekurangan,
kat mana ada lopong-lopong,
kat mana ada cacat,
kat mana dah gelap,
banyak ke tompok-tompok dosa.

Mesti rasa nak cepat-cepat bersihkan.
Tak nak ada kotor sikit pun.

Tapi memang dah Allah jadikan hati ni tak nampak.
Hanya boleh dirasai.

Orang yang beriman hati dia akan hantar sensor,
rasa ragu-ragu kalau buat sesuatu yang salah,
tapi sesensitif mana degree sensor hati kita.
mungkin itu yang merefleksi iman dan kedekatan kita dengan Allah.
hubungan kita dengan Allah.

ya Allah. 

bimbinglah hati ni.
penuhilah hanya dengan Engkau sahaja.
agar yang lain-lain akan nampak kecil dengan sendirinya.

Sunday, October 28, 2012

.tiga.

[entri tertangguh]

dah kali ke tiga berturut-turut dia tak balik raya
kali pertama sebab nak exam
kali ke dua sebab exam juga
kali ke tiga pun sebab exam besar dia

dan kali ni,
birthday dia sehari sebelum raya
tahun lepas kami buat kek cokelat kukus 
tahun ni tak sempat, 
masuk SR dan terus ambil marble cheese cake je


kakak doakan
semoga dengan pertambahan umur setahun lagi tua ni
abang makin jadi anak yang soleh, 
pelajar yang ohsem
makin tingkatkan amal, perbaiki kualiti ibadah, akhlaq, syaksiyyah
dan makin berganda-ganda buat benda baik lah kan ;)

abang ingat lagi tak
at first abang masuk IBT
sebelum abang betul-betul dah rasa ok dan boleh terima offer ni
abang rasa tak dapat nak catch-up belajar
bahasa yang sangat susah
pernah umi dengan abah kena panggil dengan kondo sensei sebab abang macam sedikit slow
pastu rasa nak quit
selalu nanges, ngadu
pernah jugak mintak pilot senyap-senyap dan dapat tawaran tu
rasa keliru nak stop yang ni, sambung pilot or teruskan
the moment kita lepak sampai malam kat taman klcc sebab kononnya nak consultkan abang
outing makan-makan, borak-borak kat SR lamanya
dan macam-macam lagiiiii laaaahhhhh
huh
kakak hanya mampu senyum

sekejap je masa berlalu kan
alhamdulillah
abang dah ok, dah boleh senyum, dah makin laju
sedar tak sedar tinggal lagi baki 4 bulan je lagi abang akan 'berperang' dengan semua ni sebelum abang fly
and now,
abang makin sibuk nak buat your last preparation sebelum the real battle by this november ni
like i said before,
makin sibuk, makin kena ingat Allah
makin sibuk, makin kena kerap telefon umi abah
makin sibuk, makin kena jaga hablum minannas, hablum minaAllah

kakak doakan semoga 
semua urusan abang dipermudahkan, dilancarkan
sentiasa tenang, lapang hati
walau apapun yang berlaku lepas ni,
terima dengan hati terbuka
yakin yang Allah dah susun semuanya at first place, terbaik
sandarkan sebulat keyakinan hanya pada Dia
moga-moga apa jua yang ditakdirkan nanti
kita tak akan kechiwa
sama-sama kita tembak doa ya!

♥ kakak

Monday, October 22, 2012

.undeniably.


semua orang, masing-masing ada tanggungjawab
ada hak untuk ditunaikan
dan itu membuatkan kita akan kelihatan seolah-olah sangat-sangatlah sibuk kan ;p

"memangla orang nampak kita macam sibuk. tapi kita ni bukannya sibuk sangat pun."

hehe~
orang yang nampak

hakikatnya..

"bukannya 'sibuk', tapi sebenarnya 'kita letak benda lain sebagai priority kita."

um, dan dalam sibuk-sibuk 
pernah tak pop-up dalam fikiran kita
antara 'kepentingan sendiri' dan 'kepentingan untuk semua'
hak mana satu kita akan dahulukan?

diri sendiri :
ada assignment
nak keluar hang-out dengan kawan-kawan

kepentingan semua orang :
mesti buat bulatan gumbira
kena datang meeting

huh.
dan satu lagi persoalan
bila yang semua-semua tu bertembung/ 'clash'
mana satu yang kita akan utamakan?
memang masa tu
kena tepuk dada, tanya iman
masa ni lah juga kena aplikasikan
'fiqh aulawiyat' yang dan 'hadam' tu

mesti tahu mana satu 'priority',
saya yg buat-buat sibuk

Friday, October 19, 2012

.8:63.


"And brought together their hearts. If you had spent all that is in the earth, you could not have brought their hearts together; but Allah brought them together. Indeed, He is Exalted in Might and Wise."

Infaqlah sebanyak mana pun.
Bagilah semua wang yang kita ada.
Masa yang mampu kita luangkan.
Tenaga yang mampu kita curahkan.
Pengorbanan yang mampu kita buat.
Kasih sayang yang melimpah ruah.

Andai Allah tidak mengizinkan, takkan bersatu hati-hati insan ciptaannya.
Bukan usaha kita yang menyatukan tetapi kehendak Allah yang mendahului segala sesuatu.

Bukankah lebih indah jika ukhwah itu disandarkan pada Dia.
Moga kemanisan iman menjadi milik kita. :)


Persaudaraan itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. -HAB-


Hati dan roh.
Bukan jasadi.