Sunday, February 21, 2010

.pertamanya.

alhamdulillah..
pagi tadi saya diberi kesempatan dan keluangan masa untuk mengikuti kuliah dhuha

if im not mistaken,
ni kali pertama pergi untuk tahun ni
(klu x silap gak..baru 3 x je kuliah ni diadakan)

alasannya?
balik gombak. x tahu. dan 'terlajak'
huhuhu~

kuliah hari ni agak santai dengan kehadiran 3 orang ahli panel yg hebat

1. akhi aizuddin khalid
engineer petroleum petronas klcc.. merangkap ketua PEMBINA dan bekas ketua pelajar sewaktu di Aussie

2. ukhti syazamawati zam hashari
student usim.. skrg ni tgh smbg phd dalam bidang food tech

3. akhi amin idris
pakar motivasi dan penulis buku magnet diri

bersama satu tajuk forum yg amat menarik untuk dibincangkan..

"BILA BAJU MELAYU BERTEMU BAJU KURUNG"


first impression?
mesti ada kaitan ngan jiwa remaja
cinta-cintun.
islamic coupling.
bercinta sebelum kahwin
x kurang juga, of course isu ikhtilat serta masalah sosial yg semakin menghimpit..
dan telahan saya itu benar sama sekali..

masalah jiwa dan perasaan atau lebih dikenali dengan istilah 'cinta' ni adalah fitrah
ya, fitrah!
memang fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai
namun,
ke manakah kita salurkan perasaan itu?
adakah betulkah pada tempatnya?

masih teringat tika saya ditanya oleh seorang sahabat sewaktu forum "saatnya melamar cinta"

dia: apa yang anda tahu tentang cinta?
saya: fitrah
dia: perlukah kita bercinta?
saya: perlu. jika kena pada masa, tempat dan orangnya
dia: adakah anda sedang bercinta?
saya: x. insyaAllah cinta saya hanya untuk ALLAH

jika cinta kita hanya untuk Allah..
apa buktinya?
cukupkah sekadar solat 5 waktu?
cukupkah hanya dengan kita melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang?
masyaAllah...
diri kadang kala hanya tahu mengatakannya..
tapi, sejauh mana pelaksanaannya?

kita masih mempunyai komitmen yang tinggi terhadap Sang Pencipta
kita hanyalah seorang hamba yang akan diuji dengan segala macam perkara
soal hati, perasaan
xkurang juga musibah dan cabaran yg menimpa

"apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main(tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?"
[al-mu'minun:115]

setiap kali diuji,
kembalilah padaNya
mengadulah dengan rasa penuh rendah diri

[masih terngiang-ngiang kata-kata ukhti syazamawati tadi..]

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin….

**********************************

"cintailah Yang Mencipta lebih daripada yang dicipta kerana Yang mencipta itulah mencipta yang dicipta dan mencipta cinta untuk yang dicipta mencinta Yang Mencipta dan dicipta"

No comments:

Post a Comment

inspiring words