Friday, April 2, 2010

.5S 5F.

"dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka"

perkataan ghazwul fikri mula bermain-main di minda
saya selalu memandang remeh tiap kali isu ini ditimbulkan
hinggalah liqa' helwi tadi,
benar-benar membuka minda, hati dan mata saya
kita sudah jauh dari pegangan utama
al-Quran dan sunnah!
masya-Allah...

sedar x sedar
pihak Amerika cuba mempengaruhi minda dan fikiran kita melalui konsep 5S dan 5F

5S
:: song
:: screen
:: sport
:: smoke
:: sex

5F
:: female
:: food
:: fashion
:: football
:: fun

dan bagi saya, sepatutnya ditambah 1 lagi F iaitu FACEBOOK!
ya! as i told u b4 this..

begitu kuat dakyah yg mereka guna sekarang
tapi kita?
dek kerana terlalu lagho dan bersuka suki dengan fatamorgana ini
kita lupa asal usul penciptaan kita

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia itu melainkan agar mereka beribadah kepadaKU"

allahu akbar!
benarlah ramalan Nabi Muhammad dahulu dengan senario yang melanda umat Islam hari ini
sabda baginda:

"Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan, lalu seorang sahabat bertanya: Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan. Allah akan mencabut daripada hati seteru atau musuh kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan al wahn. Lantas sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan al wahn itu? Ujar Baginda: Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati."
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

ya!
memang x dapat dinafikan bahawa sifat cintakan dunia itu adalah fitrah semula jadi manusia

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda yang diingini nafsu iaitu perempuan dan anak pinak, harta benda yang berpikul daripada emas dan perak, kuda peliharaan bertanda lagi terlatih, binatang ternakan serta kebun tanaman. Semuanya itu kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)."
(Surah ali-Imran, ayat 14)

namun perlu ditegaskan bahawa
cinta dunia yang dilarang oleh Islam ialah
cinta yang keterlaluan sehingga meminggirkan ajaran Islam!
ketahuilah...
Islam agama yang syumul
Islam adalah agama yang seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi

benarlah firmanNYA
"Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanya permainan dan hiburan serta perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak."
(Surah al-Hadid, ayat 20)

Allahu akbar!
Allahu akbar!
Allahu akbar!

ayuh..bangkitlah!
kita tetapkan matlamat dalam menuju dan mencari redhaNYA
dan semoga dipermudahkan segala urusan
amin..

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi"

anda mungkin juga berminat:
sini, sini dan sini

No comments:

Post a Comment

inspiring words