Friday, April 16, 2010

.dipuji.

“Ya Allah, ampunkanlah aku pada perkara yang tidak mereka ketahui, janganlah kata-kata mereka itu menjadi malapetaka bagiku, dan jadikanlah diriku ini lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan.”

**********************************

"eeffah femes la kt kelas saya td..."

"bkpe lak??"

"adalah...rahsia!"

pening.
dalam hati sebenarnya berteriak nak taw.

petangnya...

"awk, nape td?"

"ada lec @#$%^&** awak kat kelas kami td"

"allahu akbar"
__________________________________

"assalamualaikum ustzah eeffah. ana rasa kagum ngan enti. kita bagai langit dan bumi"

"ya Allah! dah..dah..cukup. saya bukan sebagaimana yg lecturer tu cakap. sy hanya org biasa je"

"x..x..siapala kita nak banding ngan dia"
__________________________________

ntah bagaimana dan di mana penilaian lecturer tu pada saya..
sekadar pertemuan kita di masjid?
atau sapaan kita di jalanan..
allahu akbar!
itu hanya pada pandangan manusia
cikgu hanya boleh menilai saya pada mata kasar..
luaran semata-mata..
tapi, sejauh mana pandangan Allah pada saya?

pujian.
semua orang suka bila dipuji.
saya pun x terkecuali.
tapi, bila bab amal ibadat ni disebut-sebut...
saya x suka. bukan tu je, semuanya.
teringat satu tazkirah pendek yang pernah disampaikan oleh seorang sahabat

"bila kita dipuji, orang tu sebenarnya boleh membawa kita ke neraka"

masyaAllah.
astaghfirullah al-azim.
saya takut.
pelbagai perasaan mula timbul di lubuk hati.
pelbagai persoalan mula timbul di benak fikiran.
sedangkan,
sufyan ats Tsauri pernah berkata, "Sesuatu yg paling sulit bagiku untuk luruskan adalah niatku, kerana begitu seringnya ia berubah-ubah"

janganlah kita menjadi golongan yang terpedaya

“Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” (al-kahfi:104)

Bayangkan semua amalan yang dianggap saham kita di akhirat kelak, sebenarnya sia-sia. maka jadilah kita golongan yang tertipu dengan kehidupan kita di dunia ini.

“Ya Allah, tetapkan keikhlasan aku dalam beramal dan janganlah engkau golongkan aku dikalangan mereka yang tertipu dengan amalan-amalan aku sendiri.”

No comments:

Post a Comment

inspiring words